***Curi Masa***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageSalam ceria. Banyak nak kongsi dengan korang tapi… Tak pandai curi masa. Aktiviti jemaah di Malaysia sangat rancak, cerita pelancaran 5 produk terkini GISB belum sempat anjang share, sekarang kawan-kawan dah sibuk nak buat road show ‘Saham Akhirat’ untuk menghiburkan umat Islam dengan Show Kumpulan Budaya GISB dan memberi peluang mereka membeli direct dengan para Ikhwan barang-barang makanan halal. Halal sebenar-benar halal. Bukan halal pada cop sahaja. Malah sangat dipastikan kesuciannya. Pengusaha-pengusahanya orang yang menunaikan sembahyang, orang yang berusaha untuk jadi ikhwan, yang buat sesuatu semata-mata kerana Allah bukan keuntungan duniawi. Moga Allah datangkan berkat RSA, mereka yang datang ke road show nanti juga ingin membeli kerana Allah. Seperti bonda wasilah yang sangat menjaga hubungan dengan Allah, maka Allah datangkan ramai manusia dari semua golongan masyarakat ke Chalet Nur Muhammad, di Mekah…moga-moga mereka datang untuk dapat Tuhan. Untuk rindu Rasul. Kerana cintakan sistem Tuhan yang sedang membesar, me’negara’ dan meng’empayar’ ni. Pencaci-pencaci ‘Nenek Kebayan’ di laman sosial (so sial/too sial) pun datang ke program besar ‘Nenek Kebayan’…. Tak tau la, atas niat apa? Ok, kita jumpa lagi. Bilik Subang Permai, 9.16am, Jul 16, 2012, Anjangmuor.wordpress.com

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *