***Segambut dan Ikhwan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageImageSalam ceria. Segambut ni korang tentu tau, loaksinya di Kuala Lumpur, Malaysia. Di sini terletaknya kondominium bertaraf tinggi Mont Kiara dan Sri Kiara, kawasan bertaraf tengah Taman Sri Segambut dan Bandar Manjalara, serta kawasan pedalaman Segambut Dalam dan Kampung Sungai Penchala.

Kawasan Parlimen Segambut dibuka pada tahun 1994 dan pernah menjadi satu kerusi selamat Barisan Nasional. Datuk Dr Tan Kee Kwong dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) memenangi kerusi ini sebanyak 3 kali. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008, Ketua Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ma Woei Chyi, menggantikannya untuk bertanding di sini, tetapi kalah kepada Lim Lip Eng dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Terdapat 59,690 pengundi di kawasan pilihan raya ini, hampir separuh darinya berketurunan Cina. Kawasan seperti Taman Bukit Maluri dan Taman Sri Sinar mempunyai peratus besar pengundi Cina manakala kawasan seperti Segambut dan Taman Bunga, pengundi Melayu.

Itulah info yang anjang amik dari wikipedia. Maklumat yang ringkas dan lebih fokus kepada politik. Sedangkan bagi para Ikhwan Segambut dan Sg Penchala ada nilainya yang tersendiri. Bukan kerana value tanahnya yang tinggi kerana bergeran putih, boleh dimiliki oleh sesiapa pun atau kerana lokasinya yang sangat dekat dengan Pusat Bandaraya, malah dikelilingi oleh bandar-bandar baru.

Tetapi, korang semua kena tau, valuenya tinggi pada kita kerana Segambut adalah tempat Abuya Al Fata At Tamimi membesar, banyak sejarah yang kamu boleh perolehi tentang Abuya yang kita rindui, pemimpin yang paling ajaib ini secara ‘first hand’. Anjang rasa nak jumpa sangat Pengerusi Masjid di sini kerana dia sebaya Abuya. Kawan Abuya ketika kecil.

Tentu banyak pengalaman dia dengan Abuya yang boleh kita manfaatkan.

Malam tadi ada peristiwa besar berlaku, mudah-mudahan menjadi titik pertama persaudaraan yang lebih erat antara penduduk Kg Segambut dengan staf GISB. Tahlil dan kenduri aruah ayah Abuya Syeikh Muhammad bin Idris di surau GISB Segambut, tingkat 3, Bangunan M-Avenue. (Berhampiran Tmn Sri Sinar). Jln 1/38A, Segambut Bahagia.

Syh Johan mengalu-alukan para penduduk kampung dari pelbagai peringkat umur lebih 30 orang dan menyerahkan ‘mic’ kepada Abg Din yang duduk betul-betul di sebelah anjang. Baru je anjang berkenalan, tak sempat tanya, rupanya dia orang kuat masjid. Ust Che Pin minta dia bawa tahlil. 30 orang kampung duduk bertahlil bersama lebih 40 orang Abuya, terasa lebih rapat persaudaraan. Diikat dengan tali keimanan. Di tambah dengan hidup berjiran dan yang lebih mengukuhkannya ialah mempunyai ikatan sejarah, sejarah Abuya dan keluarga Abuya yang merupakan penduduk di sini suatu ketika dulu.

Suasana bertambah mesra bila turun makan bersama di kafe bersebelahan Suq Al Ikhwan. Nasi tomato (kalau anjang tak silap) daging masak kurma, ayam masak merah, acar jelatah, limau dan epal potong, air dan pencuci mulut… Bubur kacang lemak, likat kurang manis…perghhh. Layanan istimewa dari Abuya kepada semua yang mahu berkasih sayang demi Islam. Ketika ini, tiada cerita undi, bilangan pengundi, berapa pengundi hantu, harga tanah, jalan yang bertambah sesak sebab short cut, orang Cina kuasai ekonomi dan hartanah dan lain-lain cerita dunia. Sembang-sembang banyak menuju mengenang sejarah lama. Seorang beritau anjang dia sebaya Che Pin, seorang lagi kata dia sebaya Che Bidin. Entah dia ingat aku lagi ke tak, mata dah sama-sama kabur. Ketika tu Che Bidin sedang rancak berbual dengan rakan sebaya Abuya, Tuan Hj Mohd Zin, Pengerusi Masjid Kg Segambut Dalam di hujung meja. En Jamal pula menceritakan rumah Arqam di Kg Baru dulu, itu rumah datuknya. Betambah rancak berbual bila Che Pin minta anjang ceritakan perkembangan jemaah Ikhwan di Mekah dan Madinah.

Melihat projek di Segambut pun dah terasa besarnya aktiviti Ekonomi Abuya. Pasaraya yang gah dengan gondola penuh berisi barangan, pasar basah di belakangnya. Sebelahnya kafe untuk membasah tekak bila dahaga dengan pelbagai jenis minuman panas dan sejuk. Boleh makan nasi ayam, ayam ARI, mi kari, roti canai, roti bakar dll. Anjang lihat ramai pelanggan pelbagai bangsa datang, Melayu, China, India dan paling ramai dan kerap, Bangla. Seronok lepak di sini sebab kelilingnya terbuka, laluan udara segar. Pada anjang, kalau dah orang China makan nasi ayam di kafe Abuya, mesti nasi ayamnya sedap. Sebab nasi ayam ni makanan mereka…. Tapi apa pun… JANGAN PERCAYA!!!. Mai sini cuba. Anjang pun belum cuba nasi ayamnya. 

Ditambah lagi dengan projek Mat’am Ikhwan yang sangat eksklusif dan Butik Nur Muhammad dengan fesyen Islamic terkini (Mana ntah Ibu Fizah, tak nampak pulak?)

Tentulah Tuan Hj Mohd Zin, En Jamal, Che Din dan semua orang lama Kg Segambut sangat nampak apa yang Abuya buat untuk Islam. Orang-orang lama begini, walaupun kadang-kadang mulut mereka tak berkata, tetapi hati mereka mengakui kehebatan Abuya. Melihat dan mendengar sendiri apa yang di luahkan penuh hiba oleh Syh Hj Mohd Mustafa contohnya, bagaimana Abuya ‘tacle’ dia untuk bawa pada Islam. Di awal 70’an, semasa masyarakat Melayu masih berkebaya dan tak pandai bertudung menutup aurat, Abuya dah beritaunya, nanti semua orang (majoriti) akan bertudung. Dan ianya berlaku, semua yang Abuya katakan berlaku satu persatu. Yang belum berlaku, hanya menunggu masa sahaja. Begitu juga orang-orang lama di Segambut tentu boleh berkongsi cerita dan pengalaman dengan anak-anak remaja penggerak projek-projek Abuya di sini. Korang jumpalah mereka. Korek-korek cerita lama. Ia baja kepada jiwa kita. Perjuangan ini realiti. Negara Islam akan diserahkan pada Abuya. Ia pasti berlaku. Orang politik dah tak ada masa depan. Lepas jumpa mereka, jangan lupa, kongsi dengan anjang. Moga dengan program road show GISB ini, menambah keyakinan semua orang, GISB sedang diproses untuk dilayakkan memegang amanah Allah terhadap umat ini.

Aduh mana Syh Syidi Zakaria ni? Nak tumpang ke Segambut. Keta WEG masih di baiki Amin. Lambat sikit siap sebab dia sibukkk sangat. Tak dapat drive sendiri. Visa ke Haramain pun belum siap. Moga-moga Us Hanif dibantu. Anjang tunggu panggilan je. Tiket? InsyaAllah ada. Ya Allah! mudahkan segala urusan kami.

Ok, jumpa lagi. 

 

Bilik rumah BCH,

10.21am, Jul 17, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

………………………………………………………..

………………………………………………………..

Ekspo dan Pameran Jualan Amal Barangan Halal 

Untuk Saham Akhirat  

Diambang Ramadhan 

 

Konsert kebudayaan Islam

Bersama Kumpulan Budaya Remaja Harapan

 

Anjuran: Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia

 

Penaja Utama: GISB Malaysia

 

Tarikh: 18/7/2012 – 20 / 7/2012

Masa: 10am – 11pm

(20/7/12 – 10am – 6pm)

 

Tempat: Perkarangan Bangunan M-Avenue. (Berhampiran Tmn Sri Sinar). Jln 1/38A, Segambut Bahagia, Kuala Lumpur

 

Acara: 

*Gerai-gerai jualan amal (pelbagai produk halal) Olih rumah rumah amal

*Pameran:

 – Kelab Taat Suami (KTS)

 – Global Ikhwan Sdn. Bhd.

 – Projek Ladang Unta GISB Mekah

*Persembahan dari Kumpulan Budaya remaja harapan:

18.7.12 – 9.30pm

19.7.12 – 9.30pm

20.7.12 – 3.30pm

Semua dijemput hadir. Semoga kehadiran tuan/puan menambahkan lagi keberkatan dan kemeriahan ekspo ini.

  • sejarah segambut (3)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

6 thoughts on “***Segambut dan Ikhwan***

  • July 17, 2012 at 7:01 am
    Permalink

    Teringin sgt nak tgk kedai runcit milik mane2 parti politik.. Lbh lg yg bertaraf Islamik..

    Reply
    • July 17, 2012 at 6:15 pm
      Permalink

      karang dorang duk promosi HPA pulak kang… 🙂

      Reply
  • July 18, 2012 at 4:24 am
    Permalink

    nk pergi!!!!!!!!!!!!!! Sape2 bwaklah kami T_T RSA TLGLAHHHHHHHHH……

    Reply
  • July 18, 2012 at 5:58 am
    Permalink

    …datanglah dengan niat yang satu iaitu kerana Tuhan atau dengan berbagai-bagai niat yang baik… Atk betulkan niatku…meriahnya ekspo boleh dibayangkan Atk

    Reply
  • July 18, 2012 at 10:25 am
    Permalink

    buat masa ni,sumber kewangan teman skeluarga tak cukup utk join prgram di sana,namun hati ini teringin sgt nak pegi utk melihat keindahan & kesyumulan Islam,moga2 Allah merezkikan keajaiban ke atas kami skeluarga..

    Reply
  • July 18, 2012 at 12:33 pm
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.Apa2 yang dizahirkan TANPA TAQWA,kurang berkah atau istidraj.Alhamdulillah.Dah lama tak nampak majlis2 GISB seperti ni,terutama di JB.Insya’Allah,Ustadz,Insya’Allah.
    BUKIT pun dah surut ni,hampir 180°,HEHEHE.
    Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *