***Mohd Sabu Habis Modal***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Image.Salam ceria. Ramadhan ni nak cakap yang baik-baik je. Ta’rif yang baik ialah, cakap kebenaran. Cakap yang hak. Walaupun kadang-kadang orang yang dengar rasa sakit, sebab terkena kepala dia. Walau cakap tu terkena batang hidung sendiri, terasa pahit. Kena cakap juga. Sabda Nabi SAW: ‘Qulil haq, walau kana murra’, tak yah terjemahla.. Semua dah hafal. 

Ok, nak sentuh sikit tentang sikap orang politik. Sikap sangat berkepentingan. Sikap susah nak dipercayai. Sikap boleh berubah prinsip ikut kepentingan atau tak berprinsip langsung. Bukan hendakkan kebenaran, tapi kepentingan. Semalam dengar Syh Nawi bersembang dengan Syh Lah tentang cari tapak roadshow GISB di Seremban. Al Maklumlah cerita tentang GISB sedang hot sekarang. Cuma orang-orang politik sedang lemah, takut nak cerita. Hot sebab dah ramai orang-orang politik ke chalet NM dan ladang kurma GISB di Haramain. Timbalan Menteri, Datuk-datuk, Undang Luak, Pengarah Filem, Artis-artis, wartawan-wartawan, TV3 dan lain-lain. Ditambah dengan roadshow besar-besaran GISB Malaysia dan Indonesia. 

Lemahnya orang politik nampak jelas bila Syh Nawi jumpa seorang daripada mereka, usulkan untuk buat ekspo barang halal, yang paling dia takuti kalau naikkan bendera PAS. Malah dah sampai peringkat exco negeri, apa kata-kata dia: ‘Kalau kau naikkan bendera PAS, masa tu juga aku minta bukak khemah ekspo!!’ Tapi dalam masa yang sama, seronok menumpang ekspo GISB, dapat nama. Mau tak seronok ada sekumpulan orang Melayu buat ekspo ‘Saham Akhirat’ di bulan Ramadhan sedangkan seramai-ramai manusia bernama peniaga sedang mengambil peluang berniaga di bazar-bazar Ramadhan untuk mengumpulkan ‘dunia’ hingga tergadai tarawih dan tadarus. Belum lagi, bila azan je, puluhan liter air yang tadinya bernilai sebungkus RM1.20-2.00, sudah tiada nilainya dituang semuanya ke longkang-longkang. Membazirrr. Tapi grup ikhwan ni, tak fikir berbuka dengan anak isteri di rumah atau ke hotel mencari buffet, mereka berkumpul dari seluruh Malaysia, berkampung demi jayakan roadshow GISB. Sanggup berkorban masa dan tenaga. Kualiti ahli begini, semua ahli politik berkenan. 

Itu di pihak parti pemerintah, ingatkan PAS kuat ke yang jadikan mereka sangat takut. Tidak, bukan kerana PAS kuat tapi kerana mereka sangat lemah. Malah PAS pun sangat lemah. Tak pernah dengar atau sangat sukar pemimpin PAS nak iktiraf ‘Islam’ orang lain, lagi-lagi nak memujinya. Abuya kata, sebabnya umpama masing-masing jual pisang goreng. Pisang goreng kita laku, pisang goreng mereka tak laku. Jadi kita perjuangkan Islam, mereka juga dakwa perjuangkan Islam, tapi Islam Abuya lebih diterima. Nak tunggu daulah baru nak buat ekonomi Islam, susah lah masyarakat nak terima. Lagilah nak pakai songkok atau kopiah pun nak tunggu dapat kuasa ke? Kalau macam tu, tak laku la pisang goreng PAS. 

Tiba-tiba di Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang dekat dengan bandar GISB, pada Rabu 25 Julai 2012, 5 Ramadhan yang lalu, Naib Presiden Pas, Mohd Sabu dalam kuliah tazkirah Ramadhannya telah menyentuh tentang perpaduan dan ekonomi umat Islam. Diantara kata-katanya (lebih kurang) “Kita amat berterima kasih pada Us Ashaari kerana telah memperkenalkan kita produk Islam dan cara berpakaian Islam lebih kurang 30 yang lalu. Kalau tidak kerana Us Ashaari dan jemaah Al Arqam,mungkin hari ini kita masih lagi makan produk Yahudi dan produk yang tidak halal. Jadi marilah kita bersatu padu untuk menyatu padukan umat Islam.”

Nampaknya PAS pun sangat lemah, nak bergantung pada GISB juga. Mohd Sabu ternyata telah kehabisan modal. Nak suruh orang mengundi PAS terpaksa guna nama Abuya. Dia nak PAS menang tapi guna nama Abuya. Gunakan Abuya sebagai simbol perpaduan untuk tarik undi. Parti kerajaan dan pembangkang dalam keadaan memerlukan Abuya. Orang Politik lihat road show GISB adalah peluang mereka menarik penyokong untuk memenangi PRU akan datang. Sedangkan GISB buat roadshow untuk istihar PRU tak perlu. Kalau buat juga, orang Melayu Islam akan hancur. Bersatulah dalam jemaah kebenaran untuk membuktikan janji Tuhan, Malaysia akan jadi Daulah oleh Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim, bukan dengan jalan politik. Allahu Akbar.

 

Otw ke Manjung.

11.38am, Jul 31, 2012

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

4 thoughts on “***Mohd Sabu Habis Modal***

  • July 31, 2012 at 12:42 pm
    Permalink

    Mudah2an disegerakan.

    Reply
  • July 31, 2012 at 1:50 pm
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.KEBERKATAN DAH DI CABUT.JASAD TANPA ROH!!!.MACAM MANA???.Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    Reply
  • July 31, 2012 at 2:18 pm
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.Ada sesiapa di kalangan ahli jemaah yang boleh jadi “liaison officer” kepada Pas???.RUB dengan penuh hemat,hikmah & kasih sayang,insya’Allah.Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    Reply
  • August 10, 2012 at 3:12 am
    Permalink

    terimakasih kpd abg mat sabu kerana menghargai dan mengiktiraf peranan ust. ashaari dan arqam dulu dlm produk ekonomi sdgkan pemimpin kerajaan tak de pun sebut apa2 jasa arqam….yg depa tau arqam sesat….kurafat..poligami…bla..blaa. jgn bfikiran negatif… kalu mt sabu xsebut arqam pun yg mana nk sokong pas tetap akan sokong lagipun jenerasi baru ni dh tak brapa kenal arqam so eloklah mat sabu peringatkan balik peranan arqam… tak timbul soal habis modal tapi soal menhargai peranan jemaah lain dlm membantu Islam. ntahlah…sy xdengar apa intipati ucapan mt sabu hnya bedasarkan artikel diatas saja….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *