***Corat coret Arqam-GISB***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageAImagerqamSalam ceria. Dah 2 hari anjang dan Sy Saadon cari deep fryers untuk roadshow GISB di Seremban 2. Zon Perak/TT 2 kena sediakan frozen food. Bila nak goreng-goreng depan pelanggan, yang standard kena guna deep fryers. Semalam survey kat depan ACS, Ipoh, 3 kedai harga lebih kurang. Yang gas 2 kuali tanpa kaki, harganya RM950, boleh tahan mahal. Otw ke Bt Hampar, call En Wahab, pengusaha Restoran Nasi Lemak di Medan Gopeng. Anjang kenal semasa dia datang dengan Sykri Melaka ke Syria tahun 2005 atau 2006. Minta dia carikan. Alhamdulillah, hari ni tunggu dia di Tesco Pasir Putih, Ipoh untuk ke kilang, buat pembayaran dan amik barang. Dapatlah harga murah sebab dia yang deal dengan taukeh tu, berkat Abuya. Sambil menunggu Syh Saadon dan En Wahab berurusan, anjang cuba selesaikan corat coret di bb ni. Saja kongsi-kongsi pengalaman. ————-

Jam 4.45am, bulan Ramadhan, tahun 1988, lokasi: Perkampungan Islam Yayasan Arqam Bt Hampar, Bruas, Perak. Dalam kedinginan pagi, kegelapan masih menyelubungi suasana, hanya bunyi cengerik sahut menyahut, embun sejuk di rerumput membasahi kakiku ketika berjalan menuju pondok enjin di hujung kampung. Selepas generator diesel di’hidup’kan barulah pelajar-pelajar boleh dikejut sahur dalam masa yang sama hidangan sahur dapat disajikan di dewan makan. 5 orang duduk mengelilingi 1 dulang, berlaukkan ikan pelaling sambal dan nasi kukus Apollo, kami makan. Sayur? Kadang-kadang ada, selalunya tiada. Air kopi O atau teh O. Memadai. Dengan muka yang masih mengantuk, mata yang kelat, dapat juga melaksanakan sunah bersahur. Itulah kenangan mahal semasa remaja. Malam tadi berbual ringkas dengan Asmadi Alias dan Sufian Ayob, antara rakan sekelas (87- 89) yang masih setia dengan jemaah. Asmadi tanpa perlu sijil berjela, berkat belajar di sekolah Abuya, pandai berniaga, sekarang bergaya dengan Toyota WISH warna silvernya. Plat pun cantik. Sufian pula, tak payah ke luar negara, menabur bakti mendidik remaja di rumah amal, di Ayer Tawar, Sitiawan, Perak. Terima kasih Abuya atas didikan di Yayasan Al Arqam….

2 Ogos 2012 bersamaan 13 Ramadhan 1433. Bandar RSA, Bt Hampar, Bruas, Perak. Us Khusaini menjenguk di bilik Abuya, ‘Syh… Sahur di kafe!’…’Ok…’ Aku melihat BB Curve ku, 4.30am. Dingin bilik ber’air cond’ berlantai karpet tebal, hampir melupakan aku lantai papan asrama yang dihuni pijat-pijat lebih 20 tahun yang lalu. Basuh muka di sinki bersebelahan bilik air , melihat wajah di cermin, mengingatkan aku kembali ketika mandi di telaga sebelah masjid. Menyarung baju, pakai kupiah dan berjalan bersama sahut-sahutan irama nyanian cengkerink. Mungkin sudah berpuluh generasi dari salasilah datuk moyang mereka yang pernah mengiringi anjang ke pondok enjin lebih dua dekad yang lalu. Kali ini kakiku melangkah, bukan ke belakang, hujung kampung tapi ke depan, di pintu masuk BRSABH. Di Kafe yang berdinding dan berpintu kaca, siap dengan aircond dan kipas. Ada sinki cuci tangan dan tandas. Dengan meja dan kerusi tersusun rapi. Hiasan bunga di sudutnya dan catnya yang disimbahi cahaya lampu… Sangat menarik. Pak Ya, yang sudah putih rambut, misai dan janggutnya setia menunggu. Tukang masak yang tak perlu diperkenalkan dalam jemaah ini telah siapkan,,,,Daging masak kicap dan….ahhh sangat menyelerakan rendang itik sudah sedia terhidang. Bersama Pak Ya, anjang mulakan sahur… Hingga datang Che Pin, Ust Ishor, Pak Ali dan Ust Khusaini joint sama. Tiada nasi apollo dan sambal pelaling. Tiada air halban atau teh wangi panas tetapi cair yang amat, yang ada teh susu ‘power’ dan teh ‘O’ Pak Ya. Nasi periuk letrik Che Nab. 

Oh segalanya dah berubah, GISB sudah jauh meninggalkan Al Arqam. Perjalanan perjuangan diteruskan era demi era. Ikhwan adalah tapisan atas tapisan. Moga-moga kita semua selamat. Dan jam 2 pagi tadi, lori yang bertolak dari kilang Frozen Food GISB Bt Hampar telah selamat sampai ke tapak ekspo roadshow ‘Saham Akhirat’, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan. Begitu juga kawan-kawan dari Zon-zon yang lain. Untuk 2nd roadshow di era terkini GISB. Pemburu Akhirat akan Tuhan tunjukkan dunia terjelapak di kakinya. 

 

Jumpa lagi.

 

Otw ke Seremban 2,

3.56pm, Ogo 2, 2012

.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Corat coret Arqam-GISB***

  • August 2, 2012 at 1:31 pm
    Permalink

    salam anjang. saya antara indvdu yg ikuti coretan anjang. saya org biasa2 n xde kene mnegne dgn jemaah. oleh itu leh x gtau info2 bkaitan roadshow saham akhirat tu dgn detail. mcm d mana lokasi2nya, masa, agenda dan lain2. org2 biasa x leh hadir join ke? apapun teruskan menulis. slamat bebruka puasa.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *