***Ibu Salwa dalam Kenangan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageImageSalam ceria. Semasa minum di Mat’am Nur Muhammad di Seremban 2 yang terkenal dengan kelazatan Nasi Ayam Herba Hainan (jangan percaya! Kena datang cuba dulu maa… Anjang pun tak test lagi), selepas solat tarawih di bilik A, anjang berbual dengan anak lelaki Syh Mokhtar. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kecik molek orangnya. Macam Syh Mokhtar. Kira Mokh Jr la. 

“Tak ziarah nenek ke?,” sapa anjang. “Tak, kami baru balik ziarah 2 hari lepas,” katanya. Moga ibu Syh Mokhtar Ar disambut oleh Allah dan para malaikat dengan alu-aluan berkat anak-anak dan cucu-cucunya gigih berjuang di dalam jemaah RSA. Anjang dapat berita kematian ibu Syh Mokhtar dalam grup dari isterinya Norlizah bt Ramli: (Mak mertua ana ( mak Sy.Mokhtar AR) telah kembali kerahmatullah pukul 8.30pg td. Al Fatehah) 

Ya malam itu, anjang juga dapat berita kematian Mak Yang, ibu saudara belah isteri. Orang-orang lama jemaah tentu kenal. Dia dulunya tinggal lama di Jln Raja Udang, Larkin. Menantunya, Ust Rahim Jusoh.

Malam itu juga, atau lebih tepat seperti yang disebar dalam grup bb, pada 12.55 pagi Rabu 8hb Ogos 2012, Ibu Salwa atau nama sebenarnya Siti Salwah binti Suparman pergi menuju Allah. Meninggalkan suaminya Syh Dr Abd Rahman Ar, para madu, keluarga serta jemaah… Menuju alam yang lebih tinggi. Jasadnya di kebumikan di kampung halamannya di Kg Sri Cheeding, Banting. Tapi rohnya mudah-mudahan telah terbang berhimpun dengan kekasih-kekasih Allah. Pernah anjang ziarah ke rumahnya di Banting ini dengan YM Dr Rahman. Keluarganya orang baik-baik. Ketika Ibu Salwa bertugas di pentadbiran sekolah Menengah, BCH, ibu Salwa pernah membawa Ummu Halimah ke Al Jenderami menemui ibunya. Ibunya sangat baik. Mungkin dari keturunan orang baik-baik. Selepas kematian Ibu Salwa, Ummu Halimah Allah izinkan pula bertemu Ibu Salwa dalam mimpi. Bersalaman dengannya, dan dia tersenyum. Moga indah kematiannya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Walaupun tiada zuriat yang ditinggalkan samada dari Dr Abd Rahman mahupun suami terdahulu, tapi kebaikannya tetap dikenang orang. Mati dalam perjuangan. Moga syurgalah balasannya. 

Perginya ibu Syh Mokhtar, Mak Yang dan Ibu Salwa, semakin mengingatkan kita semua, sebenarnya kematian itu sangat hampir dengan kita semua.

Ampun maaf.

 

Homestay Kak Maa, Kg Permatang Badak, Kuantan 

7.51am, Ogo 10, 2012 

 

JIKA AKU..

DIMAKAMKAN HARI INI

 

(Suatu Renungan) 

 

Aku mati,

Perlahan,

tubuhku ditutup tanah. 

Perlahan….

semua pergi meninggalkanku. 

Masih terdengar jelas langkah-langkah terakhir mereka,

 

Aku sendirian,

di tempat gelap yang tak pernah terbayang,

Sendiri,

menunggu pertanyaan malaikat.

 

Belahan hati,

belahan jiwa pun pergi.

Apa lagi sekadar kawan dekat atau orang lain.

Aku bukan siapa-siapa lagi bagi mereka. 

Sanak keluarga menangis,

sangat pedih,

aku pun demikian,

tak kalah sedih. 

 

Tetapi aku tetap sendiri, di sini,

menunggu perhitungan. 

Menyesal sudah tak mungkin.

Taubat tak lagi dianggap dan maaf pun tak bakal didengar, 

Aku benar-benar harus sendiri.. 

 

Ya ALLAH jika Engkau beri aku satu lagi kesempatan,

jika Engkau pinjamkan lagi beberapa hari milikMU,

Untuk aku perbaiki diriku, 

Aku ingin memohon maaf pada mereka,

yangg selama ini telah merasakan zalimku,

yang selama ini sengsara kerana aku,

tersakiti kerana aku, 

Aku akan kembalikan jika ada harta kotor ini yg telah kukumpulkan,

yg bahkan kumakan.. 

 

Ya ALLAH Beri lagi aku beberapa hari milik-Mu,

Untuk berbakti kepada ayah dan ibu tercinta.

Teringat kata-kata kasar dan keras yang menyakitkan hati mereka,

Maafkan aku ayah dan ibu, mengapa tak kusedari betapa besar kasih sayangmu,….  

 

Beri juga ya ALLAH aku waktu untuk berkumpul dengan keluargaku,

menyenangkan saudara-saudaraku….. 

Untuk sungguh-sungguh beramal soleh.

Aku sungguh ingin bersujud 

di hadap-Mu lebih lama lagi…..

Begitu menyesal diri ini…..

Kesenangan yg pernah kuraih dulu,

tak ada ertinya sama sekali 

Mengapa kusia-siakan saja waktu hidup yang hanya sekali itu?

Andai aku mampu kembalikan waktu itu.

 

Tapi aku dimakamkan hari ini dan semua menjadi tak termaafkan dan semua menjadi terlambat dan aku harus sendiri…..

Untuk waktu yang tak terbayangkan sampai yaumul hisab dan dikumpulkan di padang mahsyar…

 

Ya RAB sampaikan salamku untuk sahabatku yg selalu mengingatkan ku akan hari terakhirku di dunia

 

Sesungguhnya sahabat yang terbaik iaitu sahabat yang mengingatkan tentang kematian.    

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Ibu Salwa dalam Kenangan***

  • August 10, 2012 at 3:22 am
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.Al Fatihah kepada Ibu Sy Mokhtar,Mak Yang & Ibu Salwa.Semoga Allah Azza Wajallah mencucuri RAHMAT & tempatkan mereka di sisi DIA.insya’Allah.Amin,Amin Ya Rabbal Alamin.
    CANTIK madah Ustadz,Alhamdulillah {SUJUD}.
    Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    Reply
  • August 10, 2012 at 5:22 am
    Permalink

    Sajak yg mengharukan.. Semoga kita sentiasa mengingati hari kematian kita..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *