***Angel or Hero?***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria. Setelah selesai ekspo Saham Akhirat di Kuantan, insyaAllah GISB akan menyambung roadshow ini ke utara tanahair di Kedah. Cuma tarikhnya belum ditentukan memandangkan motivasi dwi bulanan GISB juga akan diadakan dalam masa terdekat.

Dalam masa yang sama Ramadhan yang mulia semakin meninggalkan kita. Bulan kemenangan bagi orang-orang bertakwa. Apakah layak kita mendapat kemenangan? Apakah berjaya kita memperolehi takwa? Adakah puasa kali ini memproses kita atau kita tetap seperti dulu…

Melihatkan ujian sepanjang para ikhwan mengendalikan roadshow dari Segambut, Seremban 2 dan terkini di Kuantan ini teringat dengan sejarah orang-orang dulu berjuang. Mereka juga serba kekurangan. Hayatilah kisah peperangan Badar yang juga berlaku di bulan Ramadhan. Sudahlah bilangan sedikit dibanding musuh, senjata pula ala kadar. Itulah yang ada setelah berkorban habis-habisan. Hasilnya Allah datangkan malaikat-malaikat sebagai bantuan ghaib. 

Ya, perjuangan kebenaran mesti ada bantuan ghaib, walaupun ia perjuangan kebenaran yang tidak dijanjikan, lebih-lebih lagi yang dijanjikan. Kita biasa baca kisah peristiwa ganjil berlaku kepada Mujahidin Afghanistan ketika menentang Russia, Allah muliakan dengan mendapat bantuan ghaib. Wali-wali di Indonesia Allah bantu ketika menentang Belanda. Pejuang-pejuang di Turki didatangi roh guru mursyid ketika memandu jet pejuang. Begitulah yang berlaku pada Abuya dan jemaahnya. Kelahiran Abuya adalah dari perkahwinan kedua ibu bapanya yang dirancang rapi oleh mursyidnya. Terlalu banyak bantuan Allah berlaku sepanjang hidupnya malah selepas pemergiannya. Cuba baca kisah Syh Fakhrur bagaimana Abuya membantu menambah keyakinannya dengan cara Abuya yang tersendiri. 

Kisah yaqazah di Mekah.

Di peringkat awal semasa orang tak ramai lagi di istana RSA di Mekah, Syh Fakhrur sering disapa oleh seseorang dengan menepuk tangan ke bahunya. Bila menoleh rupanya Abuya, dalam keadaan senyum diapit oleh dua cahaya. Syh Fakhrur sangat yakin bahawa cahaya itu adalah Rasulullah dan Saiyidi. Pada masa lain pula, ketika operasi membersihkan kolam semasa menyimbah-nyimbah air, Syh Fakhrur terasa kena simbah juga. Bila menoleh, Syh Fakhrur melihat Abuya yang menyimbahnya. Oleh itu Syh Fakhrur sangat yakin bahawa Abuya turut serta dalam operasi di istana itu. Tuhan jadikan keyakinannya bertambah bilamana bonda Ummu bentangkan perkongsian secara ilmiah apa yang Ummu sendiri alami. Ia sangat selari dengan yang apa yang Syh Fakhrur alami. Memang sepatutnya begitu sebab ianya dari sumber yang sama.

Perkara ini terjadi bukan sekali dua tapi banyak kali apa yang diberikan pengalaman rohani pada ummu, perkara yang sama diberikan pada Syh Fakhrur. Sedangkan Syh Fakhrur tak berpakat pun berkongsi dengan Ummu. Jadi bilamana bonda Ummu bentangkan perkongsian secara ilmiah, perkara tersebut sangat membenarkan apa yang Syh Fakhrur alami. Jadi akal dah tak mampu menafikan. Begitulah hebatnya kebenaran yang dijanjikan. Allahu Akbar sangat hebatnya kebenaran ini, benarlah kata Abuya kebenaran pasti dibantu dgn bantuan Ghaib.

Abuya pernah sebut, perhubungan di antara para ikhwan nanti tidak melalui hand phone (dan lain-lain gajet ciptaan musuh), mereka akan berhubung sesama mereka melalui gelombang rasa di hati. Allahhhhh, rezkikanlah kami anugerah tersebut!!! Teruji pakai Curve 4 yang meragam ni. Dua hari rosak, terputus hubungan secara lahir dengan kawan-kawan. Tapi semua yang berlaku ada hikmahnya. Nak baiki kena cari Abu Hanifah, dapatlah melihat projek RSA di Tanah Sekamat. Cantik tempat tu. Macam chalet peranginan. Ada ternakan keli dan ayam kampung oleh remaja-remaja kita. Lebih cantik lagi, sebelum pergi perkena Siakap stim ala Thai dulu di belakang Masjid Kajang dengan Us Zaimus dan more satay Kajang yang tak kesampaian. Hehe. 

Ya. Itu semua bantuan lahir, bantuan ghaib sangat pelik. Ketika rusuhan di Mesir, ada rakaman sosok tubuh berkuda berada di tengah orang ramai. Terkini, penentangan rakyat terhadap regim Syria yang zalim juga memperlihatkan peristiwa pelik berlaku, membuktikan Kerajaan Ghaib sedang merubah wajah dunia dengan keajaiban.

Ok, jumpa lagi.

Rumah Desa Subang Permai,

10.06am, Ogos 14, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

 

11 Ogos 2012 08:04

Ada Sosok Misteri Ketika Rusuhan di Syria, Hero atau Malaikat?

Media mujahidin Chechnya Kavkaz Center memetik satu laporan menarik tentang sebuah video klip yang menggambarkan sosok seorang berpakaian serba putih dari Syria.

Video ini memperlihatkan suasana perang di Syria yang baru sahaja berlaku. Ketika tembakan membabi-buta ditujukan kepada penunjuk perasaan, salah seorang mereka terkena peluru dan menahan kesakitan di tengah jalan. Orang ramai hanya mampu melihat tanpa berani keluar dari tempat persembunyian kerana jalanan berada dalam kawalan muncung senjata Syiah Alawi, golongan minoriti penyokong kuat regim Parti Baath yang berkuasa di Syria.

Orang ramai hanya mampu menjerit, bertakbir, panik, dan bertempiaran. Mereka tidak tahu bagaimana cara untuk membantu mangsa yang cedera. Pada ketika itulah, muncul seorang lelaki berpakaian serba putih di latar belakang video. Dia dengan sangat tenang, berjalan secara normal tanpa ketakutan seperti orang lain.

Tanpa tergesa-gesa, lelaki berpakaian putih tersebut perlahan-lahan mendekati mangsa yang kelihatan seperti telah syahid dan mengangkatnya dengan mudah, padahal berat mangsa tidak kurang dari 80kg.

Dengan hanya sebelah tangan dia membawa mangsa tersebut kepada orang ramai. Kemudian lelaki itu hilang ghaib dari rakaman video itu.

Seperti dilaporkan oleh Kavkaz Center, saksi dalam kejadian tersebut mengatakan bahwa seorang lelaki yang tidak dikenali muncul secara tiba-tiba. Dia berjubah putih, wajahnya tenang tanpa kelihatan cemas sedikitpun meskipun berada dalam situasi perang, kotoran, debu dan tembakan bertalu-talu.

Mari lihat videonya bertajuk “Angel or Hero? (Malaikat atau Pahlawan?) di bawah ini.

 

http://www.republika.co.id/berita/senggang/unik/12/08/10/m8j99y-ada-sosok-misterius-saat-kerusuhan-suriah-malaikat 

 

 

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *