***Kuarantin dan Perang***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Kuarantin di dalam GISB walaupun pernah berlaku di sepanjang zaman, dengan pelbagai nama, matlamat asasnya tetap sama iaitu untuk mendekatkan diri dengan Allah. Kadang-kadang disebut suluk, khalwat atau takhannus. Tetapi di dalam jemaah Ikhwan, ia lebih didetailkan iaitu untuk melahirkan abid dan pejuang. Abid yang pandai untuk takut dengan Tuhan, paling tidak takut dengan orang-orangNya. Juga ada rasa cinta kepada Allah dan kekasih-kekasih Allah. Hasilnya mudah-mudah dapat rasa kehambaan yang sangat mendalam hingga mampu taat setaat-taatnya kepada pemimpin walaupun diberi arahan yang tidak logik. Disamping itu berjuang membangunkan dan mewibawakan projek-projek yang ada dalam jemaah. Masa inilah kita tingkatkan muhasabah, taubat, kemaskan ibadah agar berubah sikap dan perangai kita. Rasulullah saw selalu bersendirian, mengasingkan dirinya untuk beribadah dan bertafakur di Gua Hira’. Pada tahun terakhir sebelum baginda ditabalkan sebagai Rasul penutup, baginda berkhalwah di situ selama sebulan Ramadhan. Ketika Rasulullah saw serta orang-orang mukmin dengan Bani Abdul Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hasyim dipulaukan selama 3 tahun oleh Quraisy Mekah, tak ubah seperti dikuarantinkan bahkan lebih dahsyat lagi sehingga kebuluran. Saiyidina Ibrahim AS dibakar oleh kaumnya selama 40 hari, 40 malam. Begitu juga Saiyidina Yunus AS di dalam perut ikan Nun. Nabi Ayub AS sakit dan dipulaukan oleh kaumnya selama 18 tahun. Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS dengan Bani Israel sesat selama 40 tahun di Padang Teh. Saiyidina Yusuf AS pernah dijadikan hamba malah dipenjarakan. Nabi Allah Sulaiman pernah hilang kekuasaan selama 40 hari. Nabi Nuh AS, dikuarantinkan dalam bahteranya bersama pengikut-pengikutnya dan haiwan-haiwan. Begitulah sejarah para Anbia’, seolah-olah diperangkap dengan segala kesusahan dan penderitaan. Mereka redha menerimanya. Layaklah mereka menjadi wakil Tuhan di zaman masing-masing. Begitu juga Abuya, dipersiapkan Allah dengan pengalaman-pengalaman yang penuh kesusahan tetapi sangat berharga. Kita pula perlu diprogramkan untuk mendapat sebanyak-banyak pengalaman demi cita-cita untuk menjadi ikhwan dan asoib. Bacalah sejarah Abuya yang Abuya catit sendiri dalam sajak Biografi hidupku. Cuba bandingkan dengan kita, sangat jauh berbeza. Itulah madrasah yang Abuya lalui untuk menjadi ketua Ikhwan. Malah sempat melalui zaman perang.
Bercakap tentang perang ni teringat Anjang dengan kawan-kawan di Irbid. Keluar dari Syria akibat pemberontakan rakyat terhadap pemerintah. Terpaksalah ditutup dua premis GISB di Ruknuddin, Damascus tetapi perjuangan tetap diteruskan. Sebuah mat’am dibuka di Irbid, Jordan. Oleh kerana belum mendapat iqamah, bila visa 3 bulan di Jordan tamat, kawan-kawan akan masuk sempadan Syria, cop dan patah balik ke Irbid. Tak ada problem. Itu dulu, tapi bila kerajaan Malaysia mengeluarkan Duta Malaysia ke Syria dan menutup kedutaan, keadaan terus berubah. Baru-baru ini, bila 4 orang cuba cop paspot seperti biasa, imigresen Syria enggan melakukannya. Ya, pada Syria, kerajaan Malaysia tidak menyokongnya dalam menentang pemberontakan rakyatnya. Maka keistimewaan terhadap rakyat Malaysia juga ditarik balik. Terpaksalah kawan-kawan di Irbid pergi ke Mesir, seberang laut Merah. 7 orang, 4 orang syabab dan 3 orang muslimah dapat pengalaman baru. Kalau Saidi Syeikh diselamatkan oleh ikan merah di Laut Merah, warga Irbid dapat peluang naik feri besar ke Mesir. Anjang dah 2 kali naik. Fuuhh, ramainya orang-orang Mesir. Zahmah awi-awi. Alhamdulillah, Subuh tadi semuanya dah selamat sampai kembali ke Irbid. Kak Maliha ada bbm anjang tadi. Ya, peperangan meragut segala keselesaan. Di Syria dah lebih 20 ribu orang terkorban. Rejim Bashar semakin brutal nampaknya bila menggunakan jet pegebom untuk menge’bom’ dan me’roket’ rakyatnya sendiri. Kesian kawan-kawan di Syria. Bagaimanalah nasib Abu Omar, Abu Amer, Abu Khalid, Abu Salam, Abu Anas, Dr Badi’, Syh Solah? Moga Allah selamatkan mereka. Abuya sendiri lalui zaman peperangan dan rasai suasana ketakutan bila kapal terbang perang datang menyerang seperti yang Abuya nukilkan dalam sajaknya.

“Pernah berlaku dua kali di zaman
Jepun kapal terbang Jepun datang
Satu kampung penduduk kampung lari ketakutan termasuk aku yang masih kecil
Pernah aku melihat sebuah kapal terbang terbakar di udara
kemudian jatuh di tempat yang aku tidak tahu
Beberapa lama kemudian aku tahu
Sebuah kapal terbang British jatuh ditembak oleh Jepun
jatuh di Kampung Sawah Raja, Rembau”
Beberapa hari lepas, dalam grup e mail, ada seorang hantar berita mengesahkan apa yang Abuya nyatakan. Cuma disahkan ia adalah pesawat pengebom AS bukan British. Mungkin kerana keduanya tentera Bersekutu, Abuya nyatakan ia tentera British. Ok, kalau ‘free’ di celah-celah program kuarantin, bacalah post anjang kali ni.
Salam kemaafan.
Ruang Tamu, Rumah BCH,
9.55pm, Ogos 24, 2012

Pesawat Pengebom Amerika terhempas di Rembau
Mungkin ramai antara kita, khususnya orang Negeri Sembilan tidak mengetahui sejarah bahawa sebuah pesawat pengebom Amerika Syarikat jenis B-29 telah terhempas di Kg. Astana Raja, Rembau pada 11 Januari 1945 selepas melakukan misi pengeboman ke atas pangkalan laut tentera Jepun di Singapura. Beberapa tentera Amerika telah terselamat apabila terjun menggunakan payung terjun dari pesawat tersebut.
Orang-orang kampung antaranya Ujang bin Mat Seh, Ibrahim bin Wahab, Talif bin Ali, Sudin bin Sidek, Karim serta dibantu oleh orang Cina dan India dari sekitar Astana Raja, Semerbok, Kendong dan Kota telah menyelamatkan tentera Amerika dari buruan tentera Jepun dengan menyerahkan tentera Amerika ini kepada gerila komunis pada ketika itu yang berada di sekitar Rembau.
Bagaimana pun, dua orang tentera Amerika telah berjaya ditangkap oleh tentera Jepun hasil maklumat dari seorang anggota polis berbangsa Melayu.
Menarik bukan sejarah di Rembau ini, kita harapkan pihak kerajaan negeri khususnya pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan dapat menjejak kembali tapak pesawat ini terhempas serta keturunan mereka yang telah menyelamatkan tentera Amerika ini samada terdiri dari orang kampung mahu pun gerila komunis.
Rujukan di bawah ini :
In 1998, an American visited Malaysia with his father diary and he contacted one of our team members Mr Sager Ahmad and told that his father bailed out from a B-29 bomber in Negeri Sembilan during World War 2. Mr. Sager met the son of the aircrew from the famous B-29 bomber ‘Postville Express’ which crashed in Rembau and they visited the crash site together. Mr.Shaharom later took some pictures to put it in our website, Malaya Historical Group
http://www.pacificwrecks.com/history/malaya/index.html

image

B-29 42-24704 which was the third aircraft in the formation, managed to avoid the flaming wreckages to carry out their mission. The Japanese subsequently salvaged and developed the film from a camera taken from a B-29’s wreckage and one of the photos developed showed “Postville Express” flying alongside the doomed B-29. The US Army Air Corp lost 14 B-29 bombers in that mission.
On the fateful day of 11 January 1945, the ‘Postville Express’ (the aircraft was named “Postville Express” after the pilot’s hometown of Postville, Iowa) was overhead their target –The Singapore Naval Dry Dock facilities at 8:54 am. After dropped their bombs, accurate and heavy anti-aircraft shells from the ground and a floating anti-aircraft platform (the badly damaged Japanese cruiser Myoko) filled the sky. The Japanese fighters which included Zero, Frank, Oscar, Tony and others flew in like swarm of angry hornets from their nest, pumping bullets and cannon shells into the B-29 bombers, some even dropped aerial bombs on the B-29 formation. While the pilot Major Humprey tried to help Col Billing, suddenly the wing gave away and snapped, flipped the B-29 on its right side and tossing them about in the nose cabin. Maj Humprey cannot recall how he managed to get out from the spinning wreckage but he landed safely on Rembau, after opened his parachute at about 4000 feet.
http://www.pacificwrecks.com/aircr

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

4 thoughts on “***Kuarantin dan Perang***

  • August 26, 2012 at 2:04 am
    Permalink

    Pengalaman adalah guru yg paling baik dlm kehidupan.. Pernah gak lah A bgi merasa perang zaman Saddam…1998. Perang antara Iraq dgn America gan sekutu2nya, tak silap masa tu Malaysia tak menyokong …wktu tu dlm bln ramadan, scud yg d hantar oleh bush tertulis “present for ramadan”.. Keadaan mmg huruhara..serin kecemasan tak putus bebunyi tanda kapal terbang perang america otw dari telok..”Perang Telok”.. Dari 13org yg masuk iraq tinggal 9org, merka balik msia pastu tinggal 4org pastu last tinggal 2org.. Tq A..

    Reply
    • August 26, 2012 at 5:54 am
      Permalink

      Kurang hajar punya Bush. Saddam pulak digantung betul-betul pada Hari Raya Korban. Dah macam ni teruk orang kafir hina orang Islam, orang Islam masih seronok ikut cara hidup mereka. Tak terfikir nak protes ke? Nak boikot ke? Itulah nasib umat Islam bila tiada pemimpin. Kena tulis tajuk ni… Mus bila nak belanja ‘ asya’? Yang pasti bukan di KFC dan MC Donald..

      Reply
  • August 27, 2012 at 5:03 am
    Permalink

    Orang tua dulu suka sangat ceritakan kesusahan hidup mereka masa perang jepun dulu dan langsung tak dengar tentang kuarantin, mungkin mereka tak pernah di kuarantin kerana ianya lebih susah untuk dilalui maklumlah bukan mudah proses menjadi abid dan pejuang sekaligus, disamping perlukan pemimpin dan jemaah kebenaran.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *