Hantu Sg Jelai

Kongsikan kepada yang lain
Share

Saya mula masuk sekolah Arqam masa sekolah rendah lagi, kecik-kecik lagi dah kena duduk asrama, mmmm… Apa lagi asyik menangis je lah ingat kat mak… Sebulan dua je pastu ok dah… Masuk sekolah menengah kena hantar lagi jauh la alamatnya…

Masa zaman Arqam dulu asrama agak dhoif tak macam sekarang nak buka lampu, petik je suis. Nak mandi, pulas je kepala paip, kadang-kadang sampai membazir pulak, maklumlah senang semuanya… Dulu tak, waktu malam je baru ada lampu, itu pun guna generator. Ada had limit pulak, sampai pukul 10.30 malam je… Pastu dah bergelap.

Kalau nak guna air pulak pakat-pakat bawa baldi, gi cedok air sungai… nasiblah …

Satu cerita, kira tak dapat dilupakan. Di Kg Air Putih Dangi, Jarak antara asrama ke sungai kira 150m. Antara asrama ke bilik air pulak dalam 200m. Tengah malam kalau nak ke bilik air pakai lampu suluh je. 1 malam rasa nak ke bilik air, kejutlah member sebelah ajak teman mula-mula dia ikutlah jalan bersama oleh kerana perut dah sakit, saya jalan dululah dari dia. Dah selesai saya pun panggil-panggil dia. Oleh kerana gelap suluh punya suluh tersuluh 1 benda putih tergantung kat zink bilik air. Yang kawan tadi dah tak de rupanya dia dah patah balik asrama waktu saya dalam bilik air tadi. Apa lagi, tak cukup kakilah berlari ke asrama. Esok kecohlah kata nampak lembaga kat bilik air. Bila ketua pelajar pegi siasat rupanya telekung yang tersangkut kat zink bilik air tu… =D =)) ({})

Sumbangan: IZ

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “Hantu Sg Jelai

  • September 17, 2012 at 9:06 am
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.Err,”tak cukup kaki lah berlari….”.WAKAKAKA.Astaghfirullah Hal Azim.Alhamdulillah,dapat juga lari.Kalau lah ana,pada waktu tu,DAH JAM DAH.JAM HABIS TAU.HEHEHE.Syukran,Ustadz,Syukran.Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam dari ana {masih ketawa ah}.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *