***Travel lagi?! – ii Di mana kategori kita?***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria. Di dunia lagi manusia telah di kelas-kelaskan. Di kategorikan mengikut asas yang tertentu. Mengikut keupayaan yang tertentu. Contoh ketara bila travel begini, masuk ke perut pesawat, walaupun ‘flight’ yang sama, lorong permulaannya dibezakan antara ‘first class’ dan ‘business class’ berbanding ‘economy class’. Si ekonomi class akan melalui kedua-dua class tersebut, melihat selesa sungguh seat mereka. Ruang yang sangat luas antara kaki dengan seat depan, belum lagi lain-lain khidmat yang berbeza dengan kelas ekonomi yang sempit tu. Apapun okla, dapat naik flight. Orang dahulu kena naik kapal berbulan baru sampai. 

Fikiran masih lagi mengenangkan nasib Ust Zul dan Faah yang baru selamat keluar dari tahanan. Teringatkan kasih sayang BUJ yang segera respon atas ujian perjuangan yang dihadapi anak-anaknya. Masih terbayang-bayang susahnya ‘ijraat’ yang kena dibuat oleh Ummu Anas dan I Atiyyah untuk bebaskan mereka. Sudah-payah Syh Mazlan dan Ibu Lin kumpulkan semua anak-anak agar jangan lalai dari Tuhan. Taubat, muhasabah dan hantar power. Gigihnya kawan-kawan di Malaysia usahakan ‘amount’ denda yang diminta. Terima kasih pada semua. 

Hinggakan paramugara bertanya, “Prata or omlet.”, anjang terpilih omlet walhal dah biasa sangat makan omlet dalam kapalterbang ni. Ibu Jera pun dah buat kursus di Irbid. “Jangan biarkan dia masak di atas dapur!!, nanti dia garing. Jadi telur goreng pula, ni omlet bukan telur mata kerbau.” “Angkat kuali, biar dia masak di bawah…” Celoteh ‘Islam’ penuh panduan dari Ibu Jera Ar masih terngiang-ngiang di telinga anjang. Ingat nak try prata, di ketinggian 24 ribu kaki dari aras laut. Tapi dah silap pilih, belasah je la.

Hakikatnya ujian adalah kasih sayang Tuhan: 

i.Kadang-kadang penghapus dosa.

ii.Adakalanya peningkatan darjat. 

iii.Tak kurang juga penghinaan dan kutukan Tuhan pada kita. Nilailah! Kita di kategori mana…

Kalau di dunia kita tak pandai menilai, di akhirat nanti kita pasti mengetahui nilai ujian pada kita. Dunia adalah negara bala’ dan ujian. Akhirat tempat menerima keputusan dan pembalasan.

….Dan adapun orang-orang yang berat timbangan kebaikannya,

….Ia berada di dalam kehidupan yang memuaskan.

… Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan kebaikannya, 

….maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah…

Seat 18A, Kuwait Airlines

2.39pm, Sep 21, 2012

 

 

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *