Akibat tak taat…

Kongsikan kepada yang lain
Share

Saya mula masuk sekolah Arqam di Taman Islam Kemaman Terengganu. Asalnya sekolah ini sekolah pondok tapi bila mudirnya waktu itu Ustaz Zawawi Abdullah (tak ada kaitan dengan mana-mana Zawawi yang bikin kontroversi) tertarik dengan sistem pendidikan yang Abuya bawa, maka dia minta untuk bernaung di bawah Yayasan Arqam.

Oleh kerana asalnya sekolah pondok, maka masih terdapat pondok-pondok kecil untuk penempatan pelajar-pelajar macam dalam drama “Tebu Ireng” terbitan Zon Kedah tu.

Seperti mana-mana Yayasan Arqam lainnya, setiap malam Isnin dan malam Jumaat diadakan program tahlil, begitu jugalah di Taman Islam ini. Jadi telah ditetapkan oleh ustaz, bahawa setiap malam tahlil, makan malam sebelum maghrib dan makannya di surau supaya aktiviti pgrm selepas itu tidak terganggu. Maklumlah waktu tu kalau program tahlilnya, siap disambung dengan berzanji atau dibae’i berserta nazamnya sekali.

Nak dijadikan cerita, petang tu saya dan kawan-kawan sepondok berpakat untuk tak taat dengan arahan ustaz.. hehe..kenakalan kanak-kanak Ribena..saya telah cilok satu dulang nasi untuk makan di pondok, tidak di surau sepertl yang diarahkan. (Sekolah Arqam bukan setakat makan je dengan dulang, minum pun pakai dulang sebab nak bagi air cepat sejuk ataupun memang takde cawan..Orang yang suka minum pakai dulang, cenderung untuk banyak bercakap sebab mulut lebar..hehe..)

Rupanya ada akibat yang menanti perbuatan saya itu…zaman tu sekolah kami belum ada bekalan eletrik. Kalau ada pun cuma eletrik dari generator. Itu pun terhad untuk kegunaan surau sahaja. Sementara kami di pondok-pondok ni menggunakan pelita minyak tanah dan biasanya pelita ni bukan yang beli punya tapi “hand made”. Biasalah..dah buatan sendiri, mana ada ‘safety’ macam yang beli Made in China yg ada gambar perempuan tu..ada tangkai boleh gantung kat dinding. Untuk besarkan dan kecikkan api, pakai pulas tu. 

Ketika kami tengah meratah hidangan dalam dulang itulah, saya tertempuh pelita minyak tanah buatan sendiri yang ada di sebelah saya dan akibatnya minyak tanah yang ada dalam pelita tu tumpah dan mengenai jubah yang saya pakai. Apa lagi melompat-lompatlah saya dalam pondok itu dengan pakaian yang masih menyala apinya. Sebiji macam orang yang bakar diri dalam tunjuk perasaan kat Timur Tengah. Mujurlah kawan-kawan saya tu tak panik. Merekalah yang berusaha memadamkan api tu. Kesannya kaki kanan saya cedera melecur dalam kejadian tu. Sebab tu bila saya tengok keadaan Ust. Firdaus yang mengalami kecederaan terbakar di cafe Hasanah Mansourah, Mesir hari tu, sedikit sebanyak saya dapat bayangkanlah kesakitan dan kepedihannya kerana saya pernah lalui detik itu walaupun kecederaan saya tidaklah separah Ust. Firdaus. (Apa khabar Ust. Firdaus dan isterinya Saidah sekarang?)

Selepas kejadian tu, ada ustaz-ustaz sindir saya..”Itulah akibatnya kalau tak taat dengan peraturan…”

Moralnya: jangan tak taat macam saya..nanti terbakar..kalau tak terbakar dengan pelita, takut terbakar dengan api neraka..wal I’yazubillah..

 

Hasil nukilan SIFA yang sekarang bertugas di GISB Zon Negeri 9 Melaka dan TT 3. Sempat menuntut ilmu di Pakistan dan Mesir. Juga lama bertugas di Mesir.

 

BA: Nasib baik tak luka parah atau berlaku kematian. Orang kata, api ni kecil jadi kawan, besar jadi lawan. Betullah kata Ustaz-Ustaz tu, kalau tak taat, inilah akibatnya. Ramai orang yang Allah bayar ‘cash’ kerana tak taat. Ia adalah kasih sayang Tuhan kerana ketika musibah itu berlaku, kita sudah tentu serta merta teringatkan kesalahan kita. Masa tu lah rasa sangat menyesal dan kalau boleh nak taat-setaatnya. Tak nak nakal-nakal, tapi biasalah, tak tau berapa lama pula bertahan……

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “Akibat tak taat…

  • June 17, 2014 at 4:00 am
    Permalink

    Alhamdulillah ana kini sehat.. Sesudah 2 tahun baru hari ini terbaca kisah yang amat menggamit perasaan ni, terima kasih pada semua yang mendoakan.. Kini ana kembali berkhidmat di mansourah, semoga mansourah menjadi saksi di akhirat kelak, inshaAllah, aminn…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *