***Suhu ‘Bahang’ di Ambang ‘Syitaa’***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Macam mana perkembangan di tanahair? ‘Cuaca’ semakin panas nampaknya. Di GISB Syria ni dah ada udara sejuk, angin dingin yang halus menyucuk ke anggota badan. Tapi Syh Lan dan Us Zul masih tidur malam tanpa selimut. Remaja je yang pelik. Tidur guna selimut tebal, pastu pasang kipas kuat-kuat. Tak tau la mazhab apa? Jenuh nak kejut tahajjud. 

Sujud syukurlah. Hantar power kita satu dunia telah dikabulkan. Bukti RSA sengaja ingin menguji kita. Menapis keahlian. Bukankah ikhwan itu tapisan atas tapisan? 

Sebelum ni anjang ada cerita yang PA System kita kena rembat, diiringi dengan lain-lain barang RSA kena rembat. Lalu panduan dari BUJ, kita hantar power minta harta RSA dipulangkan. Rupanya, di Ekspo Saham Akhirat kali ini Tuhan tunjukkan kuasaNya. Tadi dapat bbm yang difowardkan oleh Ust Zul: Dari Sy Lokman Hakim AR

Dgn kebesaran RSA dan berkat doa bonda, A sudah ganti PA system yg baru, yg menurut pakarnya, berpuluh kali ganda lebih baik dari PA system yg mrk ambil. Dan sbhgn dari wangnya adalah hasil assignment dari kursus remaja yg dijalankan tempohari. Selain itu, di saat ini A juga izinkan kita memiliki sendiri 25 buah kemah arabic. Kedua2 kemudahan itu mula dimanfaatkan utk expo saham akhirat dan produk halal yg akan bermula esok di pulau pinang. Tk RSA.

Ya, bukan sahaja PA System, khemah pun tak perlu sewa selepas ini.

Maka kita perlu belajar dengan segala apa yang berlaku, belajar untuk benar-benar redha dengan Tuhan. Terima keputusan Tuhan, memang ada orang yang kena dikeluarkan, orang yang kena kita jadikan musuh lantaran dia bersekongkol dengan musuh. Masih nak berhujah-hujah yang Abuya begitu dan begini terhadap musuh kerana apa? Kerana dia yakin Abuya dah meninggal, maka dia mengandai-andaikan tindakan Abuya berdasarkan pengalamannya. Ini yang membezakan kita, kita yakin Abuya masih ada. Ini arahan Abuya. Jangan berkerjasama dengan musuh. Abuya sampaikan arahan melalui wasilah. Ini yang mereka tak faham dan tak nak faham, walau dah berkali-kali dicuba beri faham. “Nahnu fi wadin, wa hum fi wadin aakhar. Syatta bainal fariqain.”

Yang RSA pandang besar, mereka pandang kecil. Pada RSA, tak taat tu salah besar. Pada mereka kecil. Pada RSA, bersekongkol dengan musuh, menerima pendapat-pendapat mereka, merujuk kepada mereka adalah kesalahan besar, pada mereka tak. Ni kecik je. RSA sangat meminta agar kita semua meniru hati Syh Nasir Ar, mereka pula menuduh Syh Nasir dengan bermacam-macam tuduhan. Pada kita, bonda wasilah adalah satu-satunya sumber untuk mendapatkan arahan dan panduan dari RSA. Pada mereka, tak. Asalnya menentang dalam senyap, sekarang berterang-terangan. Sedangkan banyak panduan-panduan yang sampai pada kita mengenai siapa itu BUJ di sisi Abuya. Bahkan terkini, cuba korang teliti apa yang Syh Fakhrur Ar sampaikan:

Pentingnya mengenal peribadi dan roh mursyid.

Pada suatu malam di tahun 1980, ketika saya, Sy. Nizam dan Sy. Nasrul sedang tidur di ruang depan rumah Abuya di Sg. Penchala, tiba-tiba pintu bilik diketuk. Rupanya Abuya baru balik dan terus mengejutkan kami yang sedang tidur lena. Kami lihat Abuya datang dengan seorang perempuan. Selepas kami bersalam dengan Abuya, maka Abuya memperkenalkan perempuan itu, “Ini mak baru kamu, isteri ayah yang keempat. Namanya Hatijah Aam”. Kami pun bersalam dengan perempuan itu. Kemudian Abuya menyambung, “Kalau Abuya tak ada nanti, kamu kena jaga mak kamu ini seperti mak kandung kamu sendiri.”

Pesanan itu saya tak pernah lupa, sebab saya rasa itu pesanan penting Abuya. Tak pernah Abuya kejut orang tidur, melainkan untuk sembahyang atau menyampaikan sesuatu yang teramat penting.

Kalau tidak terlalu penting, tentu Abuya akan tunggu sahaja kami bangun esok pagi untuk menyampaikannya. Lagipun, Abuya baru sahaja balik rumah, bukan nak kemana-kemana lagi.

Cara Abuya menyampaikan, raut muka dan gerak-gerinya sungguh serius, sangat menarik perhatian kami, sehingga kami jadi merasa penting sangat pesanan itu. Lebih-lebih lagi, ini adalah kali pertama Abuya berpesan sedemikian perihal isterinya (ibu tiri kami), walhal dia adalah ibu tiri yang ketiga. Kalaulah itu pesanan biasa, patutnya pesanan itu juga Abuya sampaikan masa Abuya bawa balik 2 ibu tiri sebelum itu (Ummi Nor dan Walidah). Kenapa Abuya buat pesanan itu ketika membawa balik Ummu Jah? Tentu ada sesuatu yang istimewa pada ibu tiri kami yang ketiga ini.  

Bila tengok Syh Fakhrur bersungguh-sungguh membela BUJ, lain pula kenyataan dan tuduhan dibuat kepada Syh Fakhrur Ar. Walhal ribuan orang sedang pelik, kenapa ada orang yang sedang bersungguh-sungguh membela Tuan Zul. Kenapa ye?

Terima kasih pada Syh Fakhrur Ar yang sentiasa memberi panduan demi panduan yang terkini, bukan hanya sajak-sajak yang bertujuan mencari salah orang lain. Inilah antara ingat-ingatan terkini yang beliau sampaikan:

“Pastikan roh cukup redha dgn Allah! Tunduk setunduk-setunduknya bahawa tiada yang sia-sia apa yang ditakdirkan! Bila Abuya Sohibuz Zaman datag ertinya proses roh kepada keluarga dan anak-anak muridnya sudah sempurna!”

Oh Tuhan! Jadikanlah kami orang yang sangat redha kepada segala keputusanMu. Proseslah roh kami. Jadikan kami orang-orang roh! Lebih-lebih lagi terima kasih yang tak terhingga kepada BUJ yang tak jemu-jemu memberi teguran dan panduan kepada kita semua. Moga Allah bela BUJ dalam seluruh tindakannya.

Amin Ya Allah.

Ghurfah fi villa GISB Syria bi Irbid

4.49pm, Okt 14, 2012.ImageImageImage

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Suhu ‘Bahang’ di Ambang ‘Syitaa’***

  • October 15, 2012 at 5:38 am
    Permalink

    Btulkah putera bani hashim itu seorg pemuda yg mjejaki jejak langkah abuya? SiApakh beliau,Apakh ciri cirinya,apkh perAnannya,?mhn sy hAron serba sdikit trangkn yg samar. Min fAdhlik

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *