Bahasa Arab Asas 4

Kongsikan kepada yang lain
Share

الْفَرْقُ بَيْنَ الاِسْمِ وَ الْفِعْلِ

(Perbezaan antara Isim dan Fi’il)

Ciri-ciri Isim:

عَلاَمَاتُ الاِسْم

1.التََّنْوِيْن

Baris dua seperti ( ً ٍ ٌ ) 

Seperti pada akhir perkataan (مُحَمَّدًا )

مِثْلُ : أَشْهَدُ أَنْ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللَّهِ

 

2.الخَفْض

Baris bawah pada akhir perkataan-perkataan di bawah. 

مِثْلُ : {بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ} الفاتحة:1

3.الْأََلِفُ وَاللاَّم

Perkataan yang dimulakan dengan alif dan lam, seperti pada perkataan الدِّيْنِ 

مِثْلُ :{ماَلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ}الفاتحة:4 

4.حَرْفُ الجَرِّ

Perkataan yang sebelumnya ada huruf jar (huruf yang membariskan bawah*). Lihat perkataan حَضْرَةٍ huruf terakhirnya berbaris bawah kerana sebelumnya ada huruf إِلىَ yang merupakan huruf jar.   

مِثْلُ. : إِلىَ حَضْرَةٍ النَّبِيِّ 

 

*Erti yang lebih tepat adalah huruf-huruf yang meng’kasrah’kan perkataan selepasnya kerana ‘kasrah’ itu tidak semestinya baris bawah.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *