***Perjalanan Haji 1433H – Catatan Syh Jo***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageImageImageImageImageImageImageSalam ceria. Bibarakah RSA, aktubu hazihil maqalah. Bila baca catatan dari Syh Johari Morad ni, AMI rasa elok dikongsikan dengan pembaca sebab ceritanya ‘fresh’, semasa, hidup, bersahaja dan banyak pengajaran. AMI kenal Syh Jo semasa belajar di Mesir tahun 1989-90 dan 1992-93. Selain minat menulis, dan xpdc, Syh Jo juga minat menulis khat. Ketika di Cairo, kalau kami adakan majlis harijadi, Syh Jo akan tulis khat yang cantik nama kami di atas kertas putih (kertas lukisan). Kertas ini diedarkan untuk semua yang hadir menulis ucapan hari lahir kepada yang diraikan. Ianya idea yang simple, murah tetapi berkesan untuk menambah ukhuwah dan kasih sayang. Masa tu Syh Jo tinggal di Kaherah dengan aruah isterinya Ummu Khair mak Dek Dah. Terima kasih banyak pada Syh Jo atas didikan yang diberi. Allah saja yang boleh membalasnya. Mari kita membaca catatannya yang AMI dah edit sikit… Sikit jer, dengan persetujuan penulis… “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ .

Syh Johari Morad:

Baru lepas melontar Jamrah Aqabah, jalan kaki 20km, sangat dahsyat. Jauh, sesak, panas dan berpeluh-peluh. Belengging becampur dengan peluh Pakistan, Mesir, India, Afrika dan lain-lain. Busuk segala macam. Tak makan pun sejak pagi kelmarin, hanya makan kari dengan nasi impit. Lepas tu sepanjang hari hanya minum susu dan air. Malam tadi jumpa orange dan delima; makan malam itu saja la. Pagi tadi makan roti adala sebesar tapak tangan. Sampai sekarang belum makan apa-apa lagi (tak pasti AMI, jam berapa catatan dibuat). 

Kami mula dgn niat haji dan terus wuquf di arafah. Jalan kaki tenghari semalam, solat zohor jamak taqdim di tengah panas dan tunggu hingga Maghrib. Bayangkanlah 4 juta orang berkumpul di satu tempat. Sesak sangat. Kami naik bas ke Muzdalifah yang hanya 6km tapi selama 6 jam. Lepas subuh terus jalan kaki ke Mina untuk melontar Jamrah Aqabah yang batunya di kutip 7 biji di Mudzalifah. Selesai melontar dan gunting rambut sikit dah boleh buka ihram, pakai pakaian biasa. Tapi belum sempat tukar kerana kena jalan kaki balik ke Mekah.. Rupanya BUJ Ar minta ana mengerjakan haji, membantu Syh Salleh Ar adalah untuk mendapatkan pengalaman yang sebegini. Terbayang hari Kiamat, padang mahsyar, semua orang begerak ke sana ke mari, datang dan pergi di bawah panas matahari yang hanya sejengkal di atas kepala, dalam keadaan hati tertanya-tanya; masuk ke syurga atau ke neraka aku ni?!! 

Sedangkan neraka itu seolah-olah satu tempat ‘bedah’ tanpa bius. Sakitnya tidak mematikan tapi hancur anggota badan dan tumbuh semula, disiksa lagi, hancur dan tumbuh lagi. Mengenangkan ini sepatutnya kita sungguh-sungguh ikut Abuya dan Bonda Wasilah Ar kerana pada mereka sahajalah keselamatan dan harapan keampunan Tuhan. 

Ibadah haji sebenarnya Cara Tuhan memaksa setiap diri yang sombong untuk rasa hina, tak mampu dan tak berdaya. Sikit sahaja arahan Tuhan dalam pekerjaan haji ini tetapi jelas kelihatan wajah-wajah manusia yang letih dan tak berkuasa benar-benar membuktikan manusia sebenarnya hanyalah hamba yang tertakluk pada kasih sayang dan rahmat Tuhan. Diperlakukan baru 2 hari, manusia yang semalamnya datang dengan ego / bising-bising dan sombong akhirnya hari ini dipaksa untuk tunduk dan tak boleh bekata-kata lagi. Beruntunglah bagi yang insaf kerana ini pengajaran yang besar. Dipaksa untuk kembali merasa diri hamba yang hina, Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa.

Begitulah kisah dari catatan Syh Johari Morad, moga menjadi iktibar kepada kita yang belum berpeluang ke sana. Ya Allah, dengan berkat RSA hadiahkan kami Haji Roh…

Amiiin.

Ghurfah Bait Duwwar Qubbah.

6.33am, Okt 27, 2012

P/s Moga Syh Najri mendapat rasa kehambaan yang tinggi dengan ujian sakitnya. Moga Allah sembuhkan untuk terus berjuang di bumi haramain. Amin..

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Perjalanan Haji 1433H – Catatan Syh Jo***

  • October 31, 2012 at 11:46 am
    Permalink

    salam. anjang..syh najri sakit apa?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *