Latihan Asas 1  Bezakan di antara Isim, Fi’il dan Huruf

Kongsikan kepada yang lain
Share

Latihan 1:

Membezakan di antara Isim, Fiil dan Huruf

Bezakanlah mana isim, fiil dan huruf dari ayat di bawah ini:

التَّوْحِيْدُ إِفْرَادُ اللهِ بِالْعِبَادَةِ

اَلشِّرْكُ صَرْفُ الْعِبَادَةِ لِغَيْرِ اللهِ

وَالعَصْرِ إِنَّ الإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُوْنَ

وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ

 

Jawapan:

Untuk menjawab, sila rujuk pelajaran ciri-ciri isim dan fi’il pada:

1. Bahasa Arab Asas 4 : Beza Isim Fi’il

2. Bahasa Arab Asas 5 : Ciri-Ciri Fi’il

3. Bahasa Arab Asas 6 : Catatan Beza Isim Fi’il

 

Penjelasan:

التَّوْحِيْدُ إِفْرَادُ اللهِ بِالْعِبَادَةِ

1. التَّوْحِيْدُ : Isim, tandanya kerana bersambung dengan alif dan lam.

2. إِفْرَادُ : Isim, kerana merupakan mudhof

3. اللهِ : Isim, tandanya adalah mudhof ilaih, bersambung dengan alif lam dan diakhiri dengan kasrah. Penjelasan tentang mudhof dan mudhof ilaih sila lihat kembali pelajaran idofah.

4. بِالْعِبَادَةِ : perkataan Ba adalah huruf sedangkan perkataan al-’ibadah adalah Isim, tanda isimnya adalah didahului huruf jar yaitu huruf Ba, bersambung dengan alif lam dan diakhiri dengan baris kasrah.

Terjemahan ayat di atas: 

Tauhid adalah mengesakan Allah dalam ibadah

Nota: Suatu perkataan, jika memiliki satu tanda yang menunjukkan isim atau fi’il maka ia sudah boleh dikatakan isim atau fi’il. Jika suatu perkataan memiliki lebih dari satu tanda seperti contoh kata al-’ibadah di atas, maka lebih utama lagi untuk dikatakan isim.

***

اَلشِّرْكُ صَرْفُ الْعِبَادَةِ لِغَيْرِ اللهِ

Penjelasan ayat ini mirip seperti ayat sebelumnya.

Terjemahan ayat: Syirik adalah memalingkan ibadah kepada selain Allah.

***

وَالعَصْرِ إِنَّ الإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ

1. وَالعَصْرِ : perkataan Wau adalah huruf, kalimat al-asr adalah isim, tandanya didahului alif lam dan diakhiri dengan baris kasrah

2. إِنَّ : Huruf

3. الإِنْسَانَ : Isim, tandanya adalah didahului oleh alif dan lam

4. لَفِي : Lam dan Fa di sini adalah huruf

5. خُسْرٍ : Isim, tandanya adalah tanwin dan kasrah

Terjemahan ayat: “Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian…”

***

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُوْنَ

1. قَدْ : Huruf

2. أَفْلَحَ : Fiil, tandanya didahului oleh huruf Qod

3. الْمُؤْمِنُوْنَ : Isim, tandanya didahului oleh alif lam

Terjemahan ayat: “Sungguh beruntung orang-orang yang beriman.”

***

وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ

1. وَأَمَّا : Wau adalah huruf, perkataan Amma juga huruf

2. مَنْ : Isim Syarat, tandanya (tiada tanda khas, kena hafaz/ingat)

3. خَفَّتْ : Fi’il, tandanya adalah ta’ta’nis sakinah di akhir perkataanya

4. مَوَازِينُهُ : perkataan Mawazinu adalah isim, tandanya mudhof. Perkataan ha pula adalah isim dhomir, ia juga adalah mudhof ilaihi. Penjelasan mudhof – mudhof ilaihi sila lihat di pembahasan Idhofah

فَأُمُّهُ : Perkataan Fa adalah huruf, perkataan Ummu adalah isim, tandanya adalah mudhof, sedangkan perkataan ha adalah isim, tandanya adalah isim dhomir, ia juga sebagai idhofah

هَاوِيَةٌ : Isim, tandanya adalah tanwin

Arti Kalimat: “Dan barangsiapa yang ringan timbangan (kebaikannya) maka baginya adalah neraka hawiyah.”.

 

  • latihan isim fiil (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “Latihan Asas 1  Bezakan di antara Isim, Fi’il dan Huruf

  • February 4, 2013 at 11:30 pm
    Permalink

    Usaha yang sangat baik. Saya mohon izin untuk buat salinan ke atas semua posting berkaitan Bahasa Arab ini. Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *