***Syh Najri Dalam Kenangan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria. Malam tadi anjang tidur awal selepas mengajar bahasa Arab kepada remaja di sini. Sebelum Subuh, berdebar di dada ketika baca bbm Syh Hussain dari Madinah: 

Hussien Saiman ZonPenang Sy Najiri telah meninggal dunia jam 12 malam waktu Mekah, moga RSA rahmati ke atasnya

Rasa belum lama ketika Syh Najri duduk di Irbid beberapa ketika sebelum dia bersama anjang naik bas berdua ke Madinah pada 29hb Mei 2012 yang lalu. Seorang yang simple, mesra, pemurah, bekas anggota TLDM Lumut. Wajahnya sangat anjang kenali ketika anjang remaja lagi kerana abg Akub duduk di Manjung, satu usrah dengannya. Di bawah Perak 3, Amirnya (atau naqib) Syh Fakhrurazi. 

Menantunya kawan baik anjang, Sy Salleh Saliyan. Akhir bulan 5 tu anjang dan Syh Najri travel bersama ke Madinah, dia dengan visa tijarah, anjang dengan visa umrah. Sampai Madinah kami berpisah tugas sebab anjang di kebun kurma tetapi beliau di pasaraya GISB dekat Kompleks Perniagaan GISB di Madinah. Bila Allah panggilnya pergi, terasa sayu juga di hati. Lebih-lebih lagi anak lelakinya, Hisham 15, duduk dengan kami di Irbid ni.

Bila kawan-kawan bertanya, sebab apa kematiannya. Yang anjang tau, dia ada kencing manis. Rupa-rupanya baru-baru ni dia dah masuk ICU, katanya stroke. Tapi chek lepas tu tak ada stroke. Kencing manis stabil. Darah tinggi tiada. Ada hospital yang mengatakan masalah penghadaman, hospital lain pula kata tak ada. Hospital dah x ray tiga kali, tak dapat kesan penyakitnya sedangkan beliau semakin lemah dari sudut ingatan dan fizikal. Biasanya bila hospital biasa tak dapat kesan penyakit, besar kemungkinan adalah serangan sihir. Anjang rasa begitulah.

Dr (H) Hamzah yang merawatnya sejak awal tentu lebih tahu perubahan-perubahan diri aruah sehingga menghembuskan nafas yang terakhir.

Beruntunglah Syh Najri meninggal di istana RSA, di musim Haji Akbar pula. Dialu-alukan RSA. Berbahagialah rohnya di sana. Kita sendiri tak tau nasib kita, di dalam badai ujian luar dan dalam jemaah ini. Moga-moga kematiannya mencerdikkan kita lagi, agar memilih akhirat lebih dari dunia. Benrlah firman Allah:.

وما تدري نفس ماذا تكسب غدا وما تدري نفس باي ارض تموت

Seseorang tidak mengetahui apa yang akan dia lakukan esok hari dan seseorang itu tidak mengetahui di bumi mana dia akan meninggal dunia.

Ampunkan kami Tuhan.

Duwwar Qubbah, Irbid.

10.44, Nov 8, 2012.

  • salam subuh (19)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Syh Najri Dalam Kenangan***

  • November 8, 2012 at 11:35 am
    Permalink

    Al Fatihah..

    Reply
  • November 8, 2012 at 12:52 pm
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN,WA INNA ILA RABBANA LA MUNKALIBUN.Ana ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Shy Najri atas pemergian beliau.Semoga Allah Azza Wajallah mencucuri rahmat ke atas roh beliau & tempatkan beliau di sisi NYA,Amin,Amin Ya Rabbal Alamin.Al-Fatihah.
    Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *