***Macam ini kan bagusss!!***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImage<aalam ceria. Inilah antara besarnya kemenangan di hujung Haji Akbar! Iaitu JAKIM menyumbang ke rumah amal kita melalui En Azhari pegawai JAKIM di Masjid Negara telah mengusulkan pada mesyuarat JAKIM pada 8hb Nov (selepas serbuan JAIS) iaitu memberi sponsor kepada 8 orang kanak-kanak yang belum berkhatan di rumah amal Kota Damansara di bawah Zon Barat. Majoriti setuju, hanya 4 orang yang tidak setuju. En Azhari berkata kepada yang tidak setuju, “Kita suka tengok salah orang, sedangkan kita sendiri pun banyak salah. Sedangkan kita tak pernah pun tengok apa yg mereka buat di BCH”. 4 orang yang tidk bersetuju hanya diam. Maka majlis memutuskan untuk setuju sponsor GISB seramai 8 kanak-kanak kita ke masjid negara. Dapat seorang RM150 dan terus berkhatan ditempat mereka. Sedikit tentag En Azhari. Nama penuhnya Cikgu Azhari B. Zakaria. Tinggal di segambut. Dia ada syarikat sendiri iaitu syarikat management system. Dia pemegang sistem pentadbiran Masjid Negara, Yayasan Negeri Kelantan, Yayasan Negeri Perak, Yayasan Negeri Kedah, Tadika Kemas, PASTI dan jaga sekolah tahfiz seMalaysia yang dalam pentadbiran JAKIM.

Di Pahang pula, negeri YAB PM Dato’ Seri Najib Tun Razak, Sohibuz Samahah Dato’ Hj Abd Rahman b Hj Osman, sudi datang merasmikan program ‘Maal Hijrah’ anjuran rumah Amal Raudhatul Ikhwani di bawah naungan GISB. Begitulah bila Tuhan kehendaki, berlakulah kerjasama di antara Jabatan-jabatan Agama dengan GISB yang akan memeriahkan kebangkitan Islam di Malaysia.

“Kan elok macam ini!”

Tetapi yahudilah semakin membencinya, bagaimana penjawat agama rasmi telah berbaik-baik dengan GISB. Sesuatu yang tak mereka jangka. Ya, zaman mereka hampir berakhir, kekalahan sudah pasti tiba, Muhammad ke 2 kian dekat kemunculannya. Semakin Gaza di serang, semakin kuat rintihan orang-orang yang terzalim di buminya. “Tuhan!! Datangkanlah pemimpin untuk kami! Datangkanlah penyelamat! Segerakanlah kezahiran Al Mahdi!!! Doa orang-orang terzalim tiada hijab… Imamul Mahdi pasti akan segera muncul… Mzb.

Duwar Qubbah, Irbid.

10.19am, Nov 17, 2012

Israel dakwa lakukan lebih 800 serangan di Gaza

2012/11/17 – 13:48:53 PM GAZA CITY: Tentera Israel hari ini mendakwa sudah melakukan serangan lebih 800 sasaran di Semenanjung Gaza dan serangan akan ditambah sebagai membalas tembakan roket dari Wilayah Palestin. 

Jumlah itu termasuk 180 serangan udara yang dilancarkan sepanjang malam tadi. 

Tentera Israel mendakwa kempen serangan yang bermula Rabu lalu dilancarkan berikutan serangan roket dari tentera kumpulan Hamas dari Gaza. 

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Gaza berkata, pesawat pejuang Israel melancarkan serangan ke atas pejabat kerajaan dan balai polis serta terowong yang didakwa mereka sebagai tempat penyeludupan dan sebuah pangsapuri tiga tingkat. 

Pejuang Palestin sudah membalas serangan dengan melancarkan 500 roket termasuk satu yang tersasar dari sebuah tempat suci di Baitulmaqdis. – AP 

.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *