Bahasa Arab Asas 15

Kongsikan kepada yang lain
Share

Isim Ma’rifah dan Nakirah

 
تَقْسِيْمُ الاِسْمِ بِالنَّظَرِ إِلَى تَعْيِيْنِهِ
(Pembagian Isim Dilihat Dari Segi Ketentuannya)
 
1. Isim Nakirah
Isim Nakirah adalah isim yang belum jelas ketentuannya
Contoh:
مُسْلِمٌ (Seorang muslim)
كِتَابُ طَالِبٍ (Buku seorang pelajar)
2. Isim Ma’rifah
Isim Ma’rifah adalah isim yang sudah jelas ketentuannya
Contoh:
عُمَرُ (Umar)
كِتَابُ مُحَمَّدٍ (Buku Muhammad)
Kategori isim ma’rifah
1. Dhamir (gantinama)
Contoh:
هُوَ – أَنْتَ – أَنَا
2. Isim Isyarah (kata penunjuk)
Contoh:
هَذَا – ذَالِكَ
3. Isim Mausul (kata penyambung)
Contoh:
اَلَّذِيْ- اَلَّذِيْنَ
4. Isim ‘Alam (nama orang)
Contoh:
عُمَرُ  – مُحَمَّدٌ  – خَدِيْجَةُ
5. Isim yang ada alif dan lam
Contoh:
اَلْبَيْتُ –  اَلْمِصْبَاحُ  – اَلْمَسْجِدُ
6. Isim yang disandarkan pada isim ma’rifah yang lain
Contoh:
كِتَابُ مُحَمَّدٍ   –  صَاحِبُ البَيْتِ
Catatan:
1. Isim Nakirah biasanya mempunyai baris akhir yang bertanwin
Contoh:
مُسْلِمٌ – مِصْبَاحٌ
2. Nama orang walaupun bertanwin tetap dikatakan sebagai isim ma’rifah dan bukan sebagai isim nakirah.
Contoh:
مُحَمَّدٌ – زَيْدٌ
3. Apabila suatu isim disandarkan pada isim nakirah, maka dia adalah isim nakirah. Namun apabila disandarkan pada isim ma’rifah, maka dia adalah juga sebagai isim ma’rifah.
Contoh:
كِتَابُ طَالِبٍ – Isim nakirah
  كِتَابُ مُحَمَّدٍ – Isim ma’rifah
 
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *