***Buang yang Keruh***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. 

Bibarakah RSA aktubu.

Sebenarnya, di hari berita tentang GISB Irbid masuk Berita Minggu lagi anjang nak jumpa TYT Duta Besar Malaysia ke Jordan, Dato’ Abdul Malek Abul Aziz. Anjang ada sms pada En Anuar, bertanya bila masa yang sesuai untuk bertemu Dato’, tapi tak dapat respon. Anjang juga tanya tentang kenyataan seorang pegawai kedutaan mengenai GISB, samada ia kenyataan rasmi Kedutaan Besar Malaysia di Jordan atau hanya kenyataan peribadi beliau. Juga tiada jawapan. Oleh kerana MNM baru dibuka semula, keadaan agak sibuk, anjang tangguhkan pemergian ke kedutaan hinggalah ada kelapangan baru-baru ini, dapat ke Amman, ambil peluang bertemu Dato’. Mungkin Dato’ tak ingat nama anjang tapi ingat rupa anjang sebab anjang yang layan Dato’ semasa program Perasmian KTS di Jerash 1hb Mei 2011. Ketika itu Dato’ datang dengan lebih kurang 30 kakitangan dan keluarga staf-staf kedutaan. Pastu, 13hb Mei, Dato’ jemput kami ke rumahnya meraikan majlis perpisahan seorang staf yang sambung berkhidmat di Malaysia. Teringat anjang keramahan Dato’ melayan kami, solat berjemaah di tingkat atas rumahnya, “Buat macam rumah sendiri,” kata Dato’ ketika itu. Malam itu, sebelum bernasyid, Us Ajwad terus terang mengatakan, hari ini ulangtahun pertama pemergian ayah kami, kumpulan 1 ayah, 4 ibu. Tetapi persembahan diteruskan dengan ceria. Dato’ sporting berkaroake macam-macam lagu termasuk lagu ‘Widuri…

Elok bagai rembulan…ooh sayanggg…’

Datin pula, bawak lagu Hindustan. Anjang dah dalam majlis, nak wat cam ne!. Tapi tak le ‘…layan..’ Sangat. Siap dengan ‘dry ice’, ‘sound system’ dan ‘lighting’, ‘ganaz’ gak Dato’ tapi takat saiz ruang tamu la, tak macam yang GBA rembat tu. Lagipun, Dato’ bukan orang lain, sepupu Abg Amin, berkali-kali Abg Amin pesan, kirim salam kat Dato’ bila jumpa. Pastu, masa di Australia, Dato’ baik dengan Syh Rizal rasanya.

Jadi, berkat RSA, Allah takdirkan, dapat Anjang jumpa Dato’ beberapa hari lepas. Ni la nak kongsi. Dengan berkat RSA, pada pukul 2.00pm, 18hb Nov 2012 anjang dan Ust Zulkefli Mohd Mokhtar telah bertemu dengan Duta Besar Malaysia ke Jordan, Tuan Yang Terutama Dato’ Abdul Malek Abul Aziz di Lobi Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan.

Tanpa temujanji, setelah buat urusan di Kementerian Dalam Negeri Jordan, anjang minta Us Zul contact PA TYT Duta untuk bertemu dengannya sebagai wakil GISB. PAnya, seorang wanita separuh umur beritau, Dato’ ada program waktu itu, tetapi dia akan cuba bertanya kepadanya. Alhamdulillah, setelah menunggu seketika, PAnya mempersilakan kami naik ke pejabat Duta dan memaklumkan bahawa Dato’ hanya mempunyai masa hanya 5 minit sebelum untuk jumpa kami sebab dia ada program, meeting katanya.

Sebaik kami duduk di sofa, Dato’ keluar dan berjabat tangan mesra serta bertanya khabar dan tak tunggu lama, Dato’ kata, secara ‘friendly’lah nak tanya perkembangan mutaakhir GISB.

Dato’: Dalam seminggu ni, saya mendengar, membaca bermacam-macam cerita tentang GISB, sebenarnya apa yang berlaku di Rawang?

Anjang : Kami berkumpul untuk mengadakan Majlis Ulangtahun Kelahiran Ust Ashaari tetapi diserbu oleh JAIS dengan tuduhan berhimpun untuk menghidupkan Arqam.

Dato’: Jadi bagaimana?

Anjang: Beberapa orang pemimpin ditangkap untuk didakwa. Tetapi apa yang berlaku, pertuduhan berubah kepada menyebarkan risalah ajaran yang telah dilarang sedangkan tiada bukti yang kukuh. Apapun kita tunggu pendakwaan dan keputusan mahkamah. Biasanya buang kes seperti di Penang. 

Dato’: Apa yang berlaku di Penang?

Anjang: Di Penang, kita pernah ditahan beramai-ramai dengan tuduhan berhimpun untuk menghidupkan Arqam walhal staf GISB berkumpul kerana motivasi syarikat.

Dato’: Ya, yang saya faham, GISB memang sebuah Syarikat perniagaan. Di sini memang tak ada sebarkan ajaran-ajaran yang dilarang dalam fatwa kan?

Anjang: Ya, kami berniaga Dato’.

Dato’: Di Jerash jalan macam biasa?

Anjang: Macam biasa Dato’.

Dato’: Di Irbid?

Anjang: Macam biasa Dato’, malah lebih meriah sekarang sebab restoran-restoran Arab dah naikkan harga, kami masih kekalkan harga lama. (Korang pun tau, harga gas di sini naik mencanak) Nak bantu pelajar, Dato’

Dato’: Kenapa tutup baru-baru ni?

Anjang: Kerana urusun lesen tidak selesai. Tutup sementara.

Dato’: Jadi, bukan kerana masalah paspot?

Anjang:Bukan Dato’, ia masalah Tuan Kedai yang menangguh-nangguhkan pertukaran lesen premisnya dari kedai hartanah kepada restoran. Bila Kementerian Buruh membuat operasi, premis terpaksa ditutup sehingga selesai urusan lesen.

Dato’: Di sini semua perniagaan GISB legal.

Anjang: Legal Dato’.

Dato’: Guna nama GISB.

Ust Zul: Memang syarat di Jordan kena ada rakan kongsi orang tempatan. Jadi lesen kami atas nama rakyat Jordan.

Dato’: Di Jordan memang tiada usaha-usaha untuk menambah keahlian seperti dalam akhbar?

Anjang: Kami niaga Dato’. Untuk menguruskan bisnes pun dah terlalu sulit di sini, tak sempat nak buat kerja lain Dato’. Pelajar-pelajar di Irbid pun tau, apa yang kami buat. 

Bila Dato’ nak datang Irbid, makan-makan di Mat’am? Anjang pancing.

Dato’: Di Irbid ada jual apa? Masakan Melayu?

Anjang: Masakan Malaysia, Siang ada lebih 10 jenis lauk, roti canai ada dari pagi sampai malam. 

Datin sehat ke?

Dato’: Datin baru sampai dari Malaysia. Dia tak berapa sehat. Lama di Malaysia. Ni ada tetamu di rumah. Tapi tak pe, kita sembang dulu. Secara kawan, friendly, (banyak kali Dato’ sebut, khasnya bila nak cakap tentang isu-isu kita) nak tanya lagi. Ada bekas Global Ikhwan (Zawawi) datang ke sini, katanya mencari isterinya. Macam mana ceritanya? Adake tekanan dari pihak GISB supaya isterinya tak ikut suami dia?

Anjang: Setakat yang saya tahu, suaminya datang untuk mengambil isterinya. Mereka telah bertemu di Jerash tapi suaminya sudah berdamai dengannya dan membatalkan hasratnya membawanya pulang.

Dato’: Sekarang dia di mana?

Anjang: Di sini, menemani anak-anaknya belajar di Jordan. Lagipun suaminya ada seorang isteri lagi di Malaysia.

Dato’: Ooh. (Sambil tersenyum)

Anjang: Dato’ sepupu Abg Amin kan? (Abg Amin Kelang keluarga Saidi)

Dato’: Ya, Amin pun ada cerita tentang GISB.

Anjang: Kedutaan tak buat sambutan Maal Hijrah?

Dato’: Tak.

Anjang: Kami adakan di seluruh dunia. Di Pahang, dirasmikan oleh Mufti Pahang.

Dato’: Buat di mana? Siapa nama Mufti tu?

Us Zul: Buat di Kuantan, Datuk Hj Abd Rahman b Hj Osman.

Anjang: Sebenarnya perhubungan dengan pihak kerajaan bertambah baik. Musim haji baru ni, YAB PM meminta GISB membuat Badal Haji untuk aruah bapanya, Tun Razak. Anak Abuya yang buatkan. 

Mufti Negeri Sembilan dan rombongannya pula melawat projek-projek GISB di Mekah dan gembira dengan pencapaian kita.

Dato’: InsyaAllah saya akan ke Irbid. Cuma sekarang sibuk. Lagipun saya ‘public figure’, kita faham-fahamlah. Saya tak mau orang menyalah gunakan nama saya. Saya bertanggung jawab kepada semua rakyat Malaysia di sini, tanpa mengira fahaman politik atau aliran pemikiran. Apa yang terjadi, bila saya datang ke satu majlis, ada yang ambil kesempatan kata saya sokong mereka. Tak sepatutnya begitu.

Anjang: Ya Dato’, kami faham.

Dato’: Pernah saya tulis di buku Catatan Pengunjung sebuah hotel, memuji perkhidmatannya. Tiba-tiba di ‘highlight’kan. Dimasuk dalam phamplet. Dikormesialkan. Sedangkan, biasala, orang tulis dalam buku macam tu. Itu yang serba salah.

Ketika pertemuan berjalan, PAnya mucul 3 kali nak beritau Dato’, prgram rasminya nak bermula tapi Dato’ kata, nanti dulu. Dari sepatutnya 5 minit, pertemuan mesra tetapi serius itu jadi hampir 20 minit. Dato’ hanya berhenti ketika drivernya naik ke atas, menjemputnya.

Selesai pertemuan, sambil bersalaman anjang ulangi pelawaan untuk Dato’ dan keluarga ke Mat’am NM di Irbid, Dato’ kata, InsyaAllah, dia akan datang senyap-senyap.  

Moga RSA pandu kita semua untuk dapatkan Tuhan dan sebarkan kasih sayang sesama manusia. 

Islam Pasti Menang.

Okla, setakat ni je post kali ni. Anak-anak remaja sedang sibuk katering di Dewan Petra sebab ada program antara siswa/i Penang dengan rombongan dari Malaysia. Kena bahagi 2 kumpulan sebab, ada yang kena handle MNM. Nampaknya Si Wafi la kena amik alih buat masakan panas sebab Mujahid dan Mus kena serve VIP. Faah, Hazim dan Khubaib pula kena serve yang bukan VIP. Moga-moga semuanya dibantu untuk dapat takwa. Dapat sifat pejuang dan roh ‘abid. Sentiasa rasa hamba. Lebih-lebih lagi di malam 8 Muharram ni. Malam-malam yang sama-sama kita tagih kemenangan. Kemenangan dari Tuhan.

MZB.

Rumah Us Solihin, Syari’ Jamiah, Irbid.

6.57pm, Nov 22, 2012

 

.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Buang yang Keruh***

  • November 23, 2012 at 7:50 am
    Permalink

    pagi tadi 10am waktu malaysia, TV1 mengadakan rancangan live,
    nama rancangan “fikrah” dengan tajuk kalau tak silap “ajaran sesat akhir zaman”
    motivatornya ustaz dari jakim,
    dalam rancangan itu ditayangkan profile GISB hampir 30 atau 40% dari profile GISB ..
    kita dapat publicity percuma lagi … hee hee

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *