***Berkat Mursyid***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageSalam ceria.

Kadang-kadang rasa malas nak mencorat coret. Ada masanya sibuk, tak sempat. Tapi ada rasa bersalah sebab dah selalu menulis dan sedar ada yang membaca, walaupun tak ramai. Dari 1000 lebih kali link dibuka, kurang jadi 700 lebih, pastu kurang jadi 500 lebih, sebab malas tulis, orang pun malas baca. Bertambah malas bila, ada tulisan yang tak selesai, tapi dah nak mula tajuk baru. Apa yang anjang taip hanya aktiviti harian bersulam sedikit iktibar, saja nak kongsi-kongsi dengan korang.

Beberapa hari lepas, menaiki 3 kenderaan kami bergerak menghala barat Bandar Irbid. Kawan-kawan dari Jerash menaiki MPV Dodge merah yang berwibawa. Ibu Atiyyah Ar, Syh Abd Wahab, Abd Wadud, Cemah, kak Long anak Syh Inaam Ar, anak Syh Zamri dan Amirul. Us Zul pula drive VW Golf, dalamnya Us Solihin, kak Maliha, Aishah Wan Sivi dan Ummu Hani Azhar. Saiyarah mutawadhi’ah. Anjang naik Daewoo Cielo, kereta Abu Romi dengan Syh Megat, Faah dan Syifa. Distinasi kami ialah Kg Qimam, dalam 9 km dari Irbid di mana terletak rumah Ali Matarnah atau Abu Romi. Dia dan isteri nak jamu kami.

Sepanjang perjalanan anjang berbual dengannya dalam BM sebab Abu Romi fasih berbahasa Melayu. Thumb drivenya pun penuh dengan lagu-lagu Indonesia. Sampai di rumahnya, kami tak terus naik. Anjang tunjukkan pada Syh Megat beberapa rumpun serai yang Abu Romi tanam. Ada juga pokok kari, cili api, limau purut dan kangkung. Cuma musim sejuk, beberapa jenis sayur akan mati seperti kangkung dan bayam. Tak mampu menanggung kesejukan berbulan-bulan. Nanti katanya, masuk musim bunga, semuanya akan tumbuh semula. Maha Suci Tuhan yang menghidupkan dan mematikan. Hidupkanlah hati kami yang mati ini sepertimana Kau hidupkan bumiMu di musim Robi’. Amin.

Rumah batu Abu Romi sederhana besar, mempunyai dua ruang tamu. Satu julus Arabi yang luas dan satu lagi sofa. Perut yang memang dah lapar sangat menunggu perlawaan Abu Romi dan Ummu Romi yang dah macam saudara sendiri. Buffet di dapur, amik sendiri, layan diri. Anjang amik semua sikit-sikit supaya makanan tu tak ‘terasa hati’, tetamu tak menjamahnya. “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ strategi. Nasi, dalca daging, ayam masak apa ntah, ulam daun jirgil/gergil. Sedap gak masakan orang Medan. Sedang sedap makan, masuk Abang Abu Romi, jiran sebelah. Namanya (kuniyah) Abu Qusai. Dia berkenalan ringkas dan makan bersama kami. Abu Romi ceritakan serba sedikit tentang jemaah kepada Abu Qosai, antaranya kalau nak berhenti merokok, tanyalah mereka lalu Abu Romi keluar rumah kerana merokok. Dia pun kuat merokok. Cuma dah pandai hormat orang yang tak merokok. Abu Qusai selamba je merokok dalam ruangan julus Arabi. Anjang pun cuba menerangkan beberapa perkara dalam jemaah tetapi tak diterima oleh Abu Qusai yang tampak susah memahaminya. Akhirnya anjang minta anak-anak Abuya yang berkat bernasyid. Bila Abd Wadud tarik lagu Habibul A’zom dan beberapa nasyid lagi, jelas keberkatan Abuya berlaku, nampaknya Abu Qusai baru difahamkan. Agak menerima sedikit Islam cara GISB, yang tadi dia mendakwa Islamnya dan keluarganya sudah cukup sempurna. Rupa-rupanya, dia tak ada kumpulan penghibur Islam sebagai alternatif kepada Gorge Wasuf, Fairooz, Amru Diab, Nancy Ajram, Nawal Zoghby dll. Rupanya dia baru buat Fardhu Ain sedangkan Islam seseorang masih dalam kehinaan tanpa Fardhu Kifayah. 

Bukan senang nak mengubah seseorang hanya dengan kata-kata. Lebih-lebih lagi orang yang Islam turun dalam bahasa mereka. Tapi berkat mursyid, semuanya jadi mudah. Selepas ini kami nak ziarah Tamer. Ini lagi ajaib. Tamerlah yang menangkap Us Zul dan Faah, sekarang dah jadi member kami. 

Ok, sambung lain kali. Nak tidur dah. 

Duwar Qubba, Irbid

1.57am, Dis 12, 2012.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

3 thoughts on “***Berkat Mursyid***

  • December 12, 2012 at 4:55 pm
    Permalink

    dengar nasyid minda,Abuya semua orang boleh terima ,dan nak dekat dgn jemaah.tapi lepas kenal lebih lanjut ramai yang mula lari,lebih lebih lagi d era kesesatan ummu jah ..ye x?

    Reply
    • December 20, 2012 at 5:10 pm
      Permalink

      Selambe ckp ummu jah sesat,,awk spe nk sesatkn org?? Tah2 fardhu ain pn x selsai lg

      Reply
  • December 17, 2012 at 4:21 am
    Permalink

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهْ Encik ntahpapentah… Awat kamu sakit hati ye??? Itu ke hati seorang mukmin terhadap saudara2nya… Tenang encik tenang….. : )

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *