***Ramah Mesra GISB dengan PERMAI***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageImageImageSalam ceria. Malam tadi berbeza dengan 297 malam yang telah berlalu sejak pindahnya pelajar-pelajar lelaki GISB di Syria ke Irbid. Apa peliknya? Korang nak tau? Bukan kerana kami diziarahi oleh PM Malaysia, seperti pertemuan Syh Azri dengan Dato’ Seri Najib di London, tapi oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) En Wan Mohammad Najib Daud (kebetulan namanya sama dengan nama PM) dan sebahagian dari ajknya iaitu 6 lelaki 4 perempuan. 

Kesudian mereka datang beramah mesra bersama warga GISB sangat dihargai dan membuktikan beliau benar-benar ingin menjayakan elemen-elemen penting bagi membentuk komuniti harmoni di Irbid yang beliau sarankan semasa Program Sambutan Hari Raya Aidiladha PERMAI 2012  di Dewan Kindi, Universiti Yarmouk, Irbid.

Elemen tersebut ialah:

*takut kepada Allah.

*memahami tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam masyarakat. 

*saling menghormati antara satu sama lain

*meraikan perbezaan dan kepelbagaian orang di sekeliling kita.

Sejak GISB berada di Irbid, keutamaan di berikan untuk mendapatkan tempat belajar dan membuka premis perniagaan tanpa menyusahkan mana-mana pihak. Perhubungan dengan PERMAI tidak rasmi, hanya dengan menyediakan khidmat restoran tempat warga Malaysia di Irbid menjamu selera.  

Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid [PERMAI] merupakan Persatuan pelajar Malaysia di Jordan yang dinaungi oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) serta Education Malaysia Jordan (EMJ).

Majlis yang dipengerusikan oleh Syh Megat Jiwa mengalu-alukan kedatangan tetamu dan meraikan mereka dengan persembahan 3 buah nasyid. Mungkin pelik bagi mereka kerana Hazim yang selama ini mengambil order di NM rupa-rupanya vokalis kumpulan RH Irbid. Khunais si pembuat air, tak kurang sedap suaranya, juga sebagai solo. Eeh, Mujahid yang selalu di ‘cashier’ dan pakar masakan panas, malam ni memukul duff. Khusyairi penebar roti, bermain shaker. Serba boleh rupanya. Mujur Hisham dan Arif tak tunjuk skill flip mereka malam tadi.

Selesai show, anjang berucap sedikit mengenai matlamat diadakan majlis ramah mesra ini dan memperkenalkan satu persatu ahli GISB Irbid kepada tetamu, majlis diteruskan dengan tayangan sebahagian profile GISB yang sangat diberi perhatian oleh semua tetamu. Malah En Najib dalam ucapannya mengatakan GISB telah mencontohi Rasulullah SAW yang berdakwah melalui medium perniagaan dan mengatakan sepatutnya rakyat Malaysia mencontohi GISB yang punyai lebih 700 rangkaian perniagaan seluruh dunia. Profile GISB pun nampak gempak, macam The Lord of The Rings (tau tau dari sudut apa, muziknya kut?). Bila En Najib tanya anjang, “GISB tak buka premis di Palestin?” Anjang jawab, “Kita kepung dulu, sampai masa kita akan masuk!”

Malam tadi kita jamu En Najib sekadarnya, adala nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, kuah lontong, mi sup, kuih keria dan karipap serta buah-buahan.

Rahmat majlis, berkat tetamu kami seisi rumah dapat makan sekali seperti jamuan raya pula. Sambil menjamu selera ditayangkan drama-drama dari TvRSA seperti merokok, surah yasin, hakikat diri, kematian (entah betul tajuk-tajuk ni, maafkan anjang, dah tua). Mereka teruja melihat lakonan-lakonan remaja GISB. Mudah-mudahan majlis selama 2 jam ini menghiburkan En Najib dan kawan-kawan. Sayang Ulya jiran Ibu Adi di Manjung, yang juga Ajk PERMAI tak hadir malam tadi. Moga Allah tetapkan hati kita berkasih sayang dan dalam membentuk komuniti harmoni di Irbid seperti yang PERMAI harapkan dengan meraikan perbezaan dan kepelbagaian orang di sekeliling. GISB sendiri melalui didikan Abuya Ashaari ingin melahirkan masyarakat yang cintakan Allah dan berkasih sayang sesama manusia.

Nak tulis tentang SB Jordan, upgred jalan tar di BH, Yus Taiping dan Makan Amal di Ipoh tapi tak cukup bahan. 

Ok, jumpa lagi.

Duwwar Qubbah, irbid.

4.18pm, Dis 17, 2012

.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *