***Travel Alone by Bus***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Dah lama tak naik bas lama-lama ni. Anjang pun lupa berapa jam untuk sampai ke Mekah dari Amman ni. Sementara masih di Jordan, BB masih bernyawa, tanya Syh Azam. Kata dia, 18 jam. Dan kena sediakan span tebal sikit sebab nak duduk lama. Fuuh. Lama tu. Tapi, anjang travel dengan Us Zul tahun 1992 Karachi-Islamabad-Quita-Taftan-Tehran-Istanbul dengan bas gak. Berhari-hari. Dari Queita ke Taftan sahaja 15 jam dalam keadaan terhentak-hentak, jalan krikil sempit, berbukit-bukit dan seat bas pula macam bas sekolah atau bas berhenti-berhenti di kampung. Capek bangat. Tapi masa tu masih muda, 22 tahun. Bujang lagi. Sekarang dah berumur.
Tiba-tiba dapat bbm dari Khas’84, “Naik bas ke? Bukan visa tijari ✗ blh naik bas ke? Haritu depa try, kena patah balik.”
Allah. Memang anjang tau. Tapi anjang pun ada info beberapa orang kawan-kawan yang lepas masuk dengan visa tijari. Naik flight, dah le mahal, barang boleh bawa sikit je. Spontan anjang jawab,
“Doakan. Dah dalam bas.” Tapi, dari asalnya tak risau, jadi risau. Mulanya tak bimbang, jadi kacau. Bawak barang banyak ni, takdir kalau kena halau di border, letih nak urus barang-barang ni. Bila tanya Syh Azam, dia jawab selamba je:
“Ramai je lepas”, dia memang selamba, hidup dengan Tuhan. Tanpa nikmat kesihatan. Tapi BB wajib ada. =D/=Dº°°ºнå•нå•н庰°º=D=D/ . Bila tanya Syh Salleh,
Dia kata, “Berdasarkan pengalaman ana.. boleh… Sy Najri pun naik bas.. ana ber4 dulu pun naik bas dari jordan.”
Tenangla sikit. Tapi bimbang tetap ada, lalu terus usaha Hadiah Al Fatihahpada Abuya, cuba resap-resapkan di hati. Itulah untungnya kita. Ada teknologi roh. Boleh berhubung dengan mursyid. Moga-moga bukan berhubung di waktu susah je. Tapi, kalau ketika susah pun, tak mau berhubung, jelas sombong. Anjang pun di’lari’kan oleh bas Sykt Al Muttahidah ke border Jordan-Saudia, seperti mana Syh Megat dan Us Solihin di’lari’kan VW Golf ke Irbid. Tapi mereka kena amik Us Zul yang dipanggil SB Jordan kerana memohon permit kerja.
Bertolak jam 12pm, jam 2 lebih dah tiba sempadan. Di imigresen Jordan dimudahkan, anjang tajawuz 3 hari tak kena gharamah. Patutnya 1 hari denda JD1.5. Dia cuma tanya buat apa di sini, ziarah isteri jawab anjang ringkas.
Jawab banyak-banyak nanti macam-macam hal. Staf tu tengok muka anjang, tersenyum dan cop paspot.
Di imigresen Saudi suasana berbeza. Driver-driver bas dan penumpang agak ramai di lobi berhadapan dengan deretan kaunter tetapi seorang staf pun tiada. Mungkin mereka sembahyang Asar. Dalam 20 minit menunggu keluar 3 orang staf imigresen dengan sut hijau dan mafler serba hijau, segak dan kemas tapi air muka mereka tak mesra. Pekat dan kelat. Macam tak suka je orang masuk negara ‘Islam’ mereka.
Ketika menunggu-tunggu, tiba-tiba pembantu driver memanggil anjang. “Malizi!!, Malizi!, ta’al..”
“Yallah, nunzil agradh! Anta mamnu’ dukhul bil bas” (Orang Malaysia! Mari sini, jom turunkan barang-barang, kau dilarang masuk dengan bas) katanya sambil menunjukkan visa tijarah anjang yang jelas bercop masuk dengan penerbangan/udara. Bisnes man le katakan. Anjang buat tenang je tapi dalam hati, Allah je tau. Sambil bertawassul di hati, anjang beritau dia, biar anjang sendiri berurusan dengan staf tu.
Ketika berhadapan dengan staf yang terus-menerus bermuka pahit tu, anjang kata dengan lemah lembut dan buat muka kesian, “tolonglah benarkan aku ikut jalan darat, lagipun dah sampai sini.”
“Tak boleh! Ini undang-undang! Kamu turun di sini, patah balik ke Amman, ambil kapal terbang.” Katanya tegas.
Anjang terus merayu, “Tapi, barang-barang aku banyak.”
“Tak apa, barang-barang kau terus naik bas, kamu balik naik flight!”
Allah. Sapa pulak nak uruskan barang-barang ni waktu taftisyh, masing-masing fikir diri sendiri.
Pembantu driver terus mendesak, “Jom turunkan barang-barang! Tak kan kami nak tunggu kamu seorang!”
Setakat tu anjang masih tenang, kalaulah Tuhan nak anjang patah balik, redha je la.
Tapi anjang tak putus asa, anjang minta pembantu driver tu tunggu dulu.
Anjang jumpa lagi staf bermuka kelat tu, dia kata lagi, “ni undang-undang! Tak boleh, kalau nak cuba, tunggu pegawai atasan.”
“Apa masalah kamu? Balik Amman, dan ambil flight.”
Mati akal kita, takkan nak kata, nak jimat duit… Bisnesman ni Beb.
Akhirnya, anjang duduk sambil melayan hati dan perasaan. Hadiah fatihah diteruskan, berhubung dengan Abuya. Abuya pasti dengar. Wasilah pun dah izinkan. tambah nazar lagi, tapi bukan sembelih kharuf, kopak riyal. Pegi ni pun tak mintak apa-apa dari Nizam. Tak sampai 2 minit dah dipanggil seorang staf lain, sangka baik, kot-kot lepas kali ni.
Rupanya sama je. “Kamu kena naik flight!”
Masa tu nak minta tolong kawan-kawan hantar power dah tak boleh, bb dah luar kawasan. Nak sms, kredit pulak habis.
Tapi baiknya staf ni dia banyak bertanya, “Kali pertama ke datang Saudi?”
“Tak, dah banyak kali.”
Sebenarnya dia takut, masuk dan tak nak keluar-keluar. Kalau dah banyak kali masuk keluar, agak boleh percaya mamat ni.
“Asal Malaysia?”
“Ya”
“Belajar di mana?”
“Dulu di Jordan, khirrij. Tahun 1997.”
“University mana?”
“Muktah.”
“Ambil jurusan apa?”
“Syariah dan Dirasat Islamiyah.”
“Ooh, Syariah dan Dirasat Islamiyah.”
Sambil membelek paspot anjang yang ada 10 visa Jordan, dia tanya lagi.
“Di Jordan berapa lama?”
“3 bulan.”
“Buat apa?”
“Ziarah isteri.”
“Isteri belajar di mana?”
“Universiti Yarmuk.”
“Ooh Yarmuk…”
Akhirnya dengan kuasa roh, dia lembut hati. Tak taulah apa kerajaan ajaib buat pada hatinya. Dia kata, “Sebenarnya tak boleh masuk dengan bas, kali ni je aku beri. Lepas ni, kamu kena naik flight!”
Pembantu driver di sebelahku berbisik, “Ucap terima kasih!”
Anjang pun cakap la, “Syukran..” Tak perasan, dia jawab ke tak sebab hati dah lega dapat masuk.
Tapi macam biasa la, kena ambil gambar dan ambil cap sepuluh jari, kalau Waqqar susah sikit la, sebab jari tangannya ada 11, hehehe.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan.
Bilalah nak sampai Mekah, bekalan paru goreng Ibu Matun dah habis. Madinah dah lepas, Mekah lagi 162km. Masalah jalan jauh ni, dengan kenderaan awam pula, susah nak qadha hajat dan jaga ibadah. Tak larat nak tidur dah, akhirnya corat coret la, apa lagi?
Ampun maaf.
Dalam bas ke Mekah.
9.56am, Dis 24, 2012

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Travel Alone by Bus***

  • December 25, 2012 at 6:23 pm
    Permalink

    Berdebar2 membaca catatan tuan kali ini. Tak dapat bayangkan jika sye berada dlm situasi tuan. Tak sabar nak baca sambungannya. Doakan sye semoga dpt bertamu dgn org2 yg penuh berkat disana. (Mashaallah layak ke hamba yang hina ini) Semoga dpt bertemu dgn anjang suatu hari nti. Ampun maaf. MZB

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *