***Travel Alone***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Ikut sunnahnya travel kena berjemaah. Tapi anjang ni dah tak ikut sunnah. Tak ikut sunnah, bid’ah. Allah, nak wat camne, tak mudah nak dapat visa masuk Saudi ni. Visa ni pun anjang mohon asalnya semasa balik Malaysia bulan 6 lepas. Mulanya mohon visa haji…tak dapat, apply pula visa tijarah, dapat tapi kena tunggu lepas musim haji. Itupun berkat bantuan kawan-kawan, Ust Hanif, Syh Zaimus dan tak lupa Mutawwif kita, Syh Al Faiza. Jadi, visa-visa ni pun semuanya bid’ah belaka. Mana ada di zaman Rasulullah SAW. Negara Islam sebenar kepunyaan semua umat Islam. Lebih-lebih lagi mekah dan Madinah. Patutnya, sesiapa saja di kalangan umat Islam boleh ‘roh…jai’ (pergi…datang) sesuka hati. Yahudilah yang memecah-mecahkan negara-negara Islam dan mengujudkan visa-visa ini. Sedangkan di zaman Empayar Islam, seorang muslim dari Eropah atau wilayah Balkan boleh musafir melalui puluhan kota-kota negara hingga sampai ke Mekah untuk menunaikan haji tanpa apply 1 visa pun.
Akhirnya anjang, travel alone la. Tapi naik bas, tak la seorang. Satu bas 40 seater dari Amman ni, ada la 7 orang penumpang. Sikit sangat, sebab visa umrah belum buka. Cuma bila tak berjemaah, hilanglah rahmatnya. Kenalah uruskan sendiri. Padan muka anjang!! 3 kotak. 2 berisi limau dari ladang RSA di Jerash. Satu dari Irbid dengan macam-macam isian. 3 beg dengan pelbagai kandungannya. 1 tin minyak zaitun dan beg galas. Ketika pemeriksaan kastam Saudi, kena punggah turun semuanya, koyakkan semua selotep di kotak, buka zip beg, pastu tak puas hati, scan pula. Pastu loading balik. Bila masuk Saudi, tukar bas pulak, punggah balik barang, kena angkat satu-satu ke bas lain. Troli tak ada. Ramai pula yang bawa beg seakan-akan beg kiriman anjang. Begitu juga kotak yang tak berikat tali tu, dah nak terburai isi perutnya. Paling anjang bimbang minyak zaitun sebab ada berbelas-belas tin minyak zaitun dalam ‘sunduq’ bas tu. Kita punya tak de apa-apa tanda pulak tu. Takut bergaduh dengan ‘bangsa’. Driver pulak boleh kata dengan selambanya, ‘ni bukan kau punya!!…malasnya nak… Eeii… Naik darah ‘Bugis’ anjang kang! Tu la, jalan seorang-seorang lagi. Tapi, semua ni amanah. Kena usahakan sampai pada mereka yang dikirim. Lagipun yang kirim Ibu Amanah. Kenala amanah membawanya. Berkat bawa barang kawan-kawan ni agaknya, perjalanan agak ‘clear’.
Penat? Biasala. Dah ‘travel alone’, nak ajak Alun Jerash, dia tak ada visa. Janji nak pekena ‘ras ghanam’ pun belum tertunai. Lagipun mungkin kawan-kawan bimbang travel dengan anjang, sebab pada 30hb 5 yang lalu, anjang masuk Saudi, dari Jordan juga. Naik bas macam ni la. Tapi berdua. Berdua dengan Syh Najri. Sambil makan-makan kuaci dan mengingati mati.
Ampun maaf
Dalam Bas Al Muttahidah otw ke Mekah
11.53pm, Dis 2012

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Travel Alone***

  • December 26, 2012 at 7:57 am
    Permalink

    Ya Allah kau bantu dan mudahkan perjalanan Anjang,minta anjang kirim salam pada kawan-kawan di Haramain,Abang Zul ,Rindu kat Anjang,

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *