***Terima Kasih Bonda Wasilah***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Berada dalam majlis ilmu bersama bonda wasilah adalah saat-saat yang paling bahagia. Mengapa tidak?, kita akan dapat panduan-panduan terkini, bagaimana nak berperasaan dengan Tuhan. Nak berinteraksi dengan Al Khaliq. Menghalusi ibadah dan beradab denganNya.Mendalamkan rasa-rasa kepadaNya. Dan ianya praktikal. Memang boleh dibuat. Mudah diamal. Bukan teori-teori dengan bahasa bombastik. Tapi malang, tak berpijak di bumi nyata. Dan yang paling penting BUJ Ar sendiri dah mengamalkannya. Orang kata, ‘masin’. Mudah kita nak ditiru, memang dah jadi amalannya, baru dia sampaikan. Betul-betul macam Abuya. Abuya kan?!, amal dulu sesuatu ilmu, baru dia sampaikan. Macam Rasulullah lah, baginda bukan cakap tak serupa bikin. Itu juga salah satu sebab, Abuya tu macam Nabi. Rasulullah SAW sendiri yang beritahu. Nabi yang cakap. Sabda baginda:

علماء أمتي كأنبياء بني إسرائيل –  

(Ulama umatku seperti nabi-nabi Bani Israel)

Difinasi ulama di dalam Islam ialah:

1. Orang yang berilmu

2. Beramal dengan ilmunya

3. Takutkan Tuhan

Maka ciri-ciri ini memang ada pada Abuya, siapa pun tak dapat menafikan. Malah lebih jauh dari itu, kita meyakininya sebagai mujaddid dan PBT. Sangat tepatlah dia persis nabi terhadap kaumnya. Itulah rasa yang telah dihadiahkan ke hati Syh Nasir Ar. Merasakan berkhidmat dengan Abuya itu seolah-olah berkhidmat dengan seorang nabi. (Tolooong jangan salah faham! wahai yang susah nak faham! Kerana ramai juga pembaca blog anjang yang goblog)

Bila Bonda Wasilah Ar menjadi wakil kepada RSA, jelas kelihatan, beliau dipakaikan dengan kekuatan hujjah, kemuliaan ilmu, ketegasan prinsip, kehalusan amal dan ketepatan rasa-rasa yang amat mendekati mursyidnya.

Bila renung-renungkan kata-kata BUJ Ar, terasa mahalnya ilmu-ilmu yang disampaikan dan panduan-panduan yang diberi. Ruginya bagi sesiapa yang tak direzkikan mendengar ilmu-ilmu ini. Beribu kali rugi bagi mereka yang asalnya dalam nikmat sebegini, tetapi oleh kerana ingin mengekalkan kesombongan, Allah tarik nikmat besar ini maka gersanglah dari siraman ilmu-ilmu ilham yang sangat menyuburkan jiwa. Apa yang boleh dibuat hanya, mencari-cari di celah-celah patah perkataan di buku-buku Abuya, minda-minda yang lama, bukan untuk beramal hanya untuk menyerang dan menyalahkan BUJ Ar dan menonjolkan dirinya, kononnya lebih berminda. Walhal, malulah pada diri sendiri, buku-buku yang digunakan itupun susunan Bonda Wasilah Ar.

Beberapa hari yang lepas, anjang berpeluang mendengar penjelasan bonda Wasilah Ar tentang bacaan dalam sembahyang. Bonda menerangkan bila kita menyebut tasbih ‘subhanallah’ dalam solat seperti; 

‘Subhan robbiya a’la wa bihamdih’

hendaklah kita rasakan Allah yang bersifat dengan ketinggian itu, tak ada langsung kekurangan, Maha Sempurna. Dalam apa pun, kata-kataNya (quran) dan perbuatannyaNya, tiada kekurangan. Allah Maha sempurna. Kemudian, ketika bibir mengucapkan ‘subhanallah’ bisikkan di hati: ‘Tuhan!, sucikan juga hatiku!’

Supaya hati suci, mampu untuk taat setaat-taatnya kepada yang Maha Suci, kerana semua keputusanNya dan takdirNya Maha Suci.

Ooh, amat mahal panduan ini. Tak tau, nak dibayar dengan apa? Terima kasih bonda Ummu Ar. Ruginya selama ini, tak pandai merespon kepada Tuhan. Sesungguhnya kita amat perlukan kesucian hati. Kemurnian roh. Sebab Tuhan hanya menerima mereka yang suci hatinya di kalangan hamba-hambaNya. Firman Allah:

يَوْمَ لا يَنفَعُ مَالٌ وَلا بَنُونَ إِلا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ.. 

Hari kiamat itu ialah hari yang tiada berguna lagi harta dan anak pinak kecuali sesiapa yang datang kepada Allah membawa hati yang sejahtera.

Ya, hati yang selamat. Yang suci dari penyakit-penyakit hati.

Suci dari al wahan; cinta dunia dan benci mati. Suci dari mazmumah. Ego, hasad dengki, bakhil, pemarah, tamak, zalim dll. Jika seseorang mati sedangkan di dalam hatinya masih ada penyakit, maka orang ini akan masuk ke neraka dahulu. Harta benda melimpah dan anak-pinak yang ramai tidak akan dapat menyelamatkan kita. 

Atas kasih sayang Tuhan, melalui bonda wasilah, diajarnya kita bagaimana meminta kesucian hati iaitu setiap kali mengungkapkan kalimah tasbih khususnya dalam sembahyang. Rupanya terlalu banyak kali kita bertasbih di dalam solat. 

Ketika doa iftitah kita bertasbih sekali. Ertinya kita akan bisikkan di hati meminta Allah sucikan hati kita sekali setiap kali berdoa iftitah. 

Setiap kali rukuk kita bertasbih 3 kali. 3 kali jugalah kita merespon agar Allah sucikan hati kita. Begitu juga 2 sujud, 6 kali bertasbih. 6 kali jugalah meminta tanpa jemu agar Allah sucikan roh kita. 

Jika bersembahyang tamam sehari semalam, ada 5 waktu sembahyang fardhu, ada 17 rakaat solat fardhu yang di dalamnya ada 5 kali doa iftitah, 5 kali tasbih. 

17 kali ruku’, ertinya 17×3=51kali tasbih, 

34 kali sujud yang di dalamnya ada 34×3=102kali tasbih, jumlahnya 5+51+102=158 kali kita perlu bertasbih dalam sembahyang fardhu. Ertinya 158 kali kita kena merespon kepada Tuhan, ‘sucikanlah hatiku, sucikan hatiku, sucikan hatiku’ setiap hari.

Anjang rasa kalaulah kita istiqamah lakukan dari lubuk hati yang mendalam, walaupun Tuhan belum kabulkan, sudah tentu ia melunakkan hati yang keras. Malah kita bersangka baiklah dengan Allah, yang Maha Mendengar agar mengkabulkan permintaan kita. Masakan Tuhan tergamak membiarkan permintaan hamba-hambaNya yang lemah dan dhaif ini, sedangkan kesucian hati itulah keselamatan baginya. Kebahagiaannya dunia dan akhirat.

Terima kasih Bonda Wasilah atas anugerah ini. Moga tidak kami sia-siakan. Ya Allah, berkat RSA selamatkanlah Bonda Wasilah dunia dan akhirat! Amiiin!

Musolla pinggir kolam. Istana RSA Mekah.

11.44pm, Jan 1, 2013.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

3 thoughts on “***Terima Kasih Bonda Wasilah***

  • January 2, 2013 at 2:48 am
    Permalink

    Terima kasih syeh atas perkongsian ilmu dan rasa. Selalu ana baca blog syeh tp tak ucap terima kasih pon. Ampun syeh,ampun abuya,bonda wasila.mzb

    Reply
  • January 3, 2013 at 12:02 pm
    Permalink

    آمين يا رب العالمين

    Reply
  • January 16, 2013 at 9:46 am
    Permalink

    Syukran RSA , syukran BU , syukran Sy 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *