***Tak Sesat Kalau Macam Ni!***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria.

“Kalau boleh berpoligami, berbaik-baik dengan madu macam ni, ni tak sesat. Tak kan sesat macam ni!”

Kata isteri Datuk Zainol. Datuk adalah seorang tokoh korporat yang income bisnesnya RM3juta sebulan. “Abang kalau nak poligami pun saya setuju macam ni. Tapi benarkan saya tinggal di Mekah.” Sambung Datin. Itulah cerita yang dibawa oleh Syh Salleh yang baru sampai dari Madinah pagi ni.

Sebelum tu, Datuk Rozanna seorang pengusaha pelbagai bisnes termasuk perlancongan terkejut gembira bila dibawa ke Ladang Kurma GISB.

“Dah lama saya cari Al Arqam, lepas pengharaman hilang terus. Tak jumpa-jumpa. Rupa-rupanya di sini. Dah tak pakai hijau-hijau dah?”

“Kalau dah membesar sampai ke Mekah dan Madinah, ni bukan sesat!”

“Kalau Abuya ada lagi, saya nak jadi pengikut Abuya, walaupun sekejap.”

“Walaupun hanya 2 hari di Madinah, saya rasa sangat terkesan. Rasa rugi 8 hari di Mekah, tak ke mana-mana. Balik Malaysia nanti saya nak usaha datang semula ke sini. Nak jumpa sangat Ummu Jah.”

Banyak lagi cerita menarik dari Madinah. Tunggulah nanti keluar di TvRSA. Tapi begitu sekali ada ramai orang yang tak percaya Arqam sesat. Ada pula orang yang tak terkesan langsung berita di akhbar dan tv. Kut kut ada pembaca ingat, masuk tv macam Zawawi Aman dan Hashim Jaafar tu terus popular macam Johan Maharaja Lawak Musim ke 7. Rupa-rupanya langsung tak terkenal. Kalau terkenal, macam mana datuk-datuk dan datin ni tak tau langsung. Atau mungkin ada golongan tertentu dalam masyarakat Malaysia tak endahkan berita-berita di tv dan paper atau internet. Semalam ada kawan di Twitter kata, yang confirm betul berita di Utusan Malaysia ialah keputusan no ekor. Anjang reply dan jadual waktu sembahyang. =D/=Dº°°ºнå•нå•н庰°º=D=D/ tapi sebenarnya ada je banyak berita yang betul cuma yang menjadi kemarahan rakyat ialah berita-berita berprofil tinggi, kena ikut arahan di sebalik tabir.

Bila GISB ada version di balik tabir dengan Kerajaan Ajaib ramai yang kata sesat. Bila kata Rasulullah SAW tinggal serumah, lagilah ramai yang melenting. hahaha. Teringat masa anjang di Mesir 1989, kalau tak silap. Datuk Abu Bakar Hamzah berucap di PMRAM, semasa soal jawab pelajar Malaysia bertanya tentang Al Arqam. Walaupun seorang pemimpin PAS, beliau adalah kawan Abuya dan simpati perjuangan Arqam. Soalan pelajar Azhar yang anti Arqam tu, apa pendapat Ustaz tentang Al Arqam kata Rasulullah datang Sg Penchala? Dengan selamba Ustaz Abu Bakar Hamzah yang terkenal lantang, pakar mantiq dan jadal serta tak terikat dengan sesiapa menjawab, “Bukan Rasulullah SAW je ke Sg Penchala, Allah pun ke Sg Penchala.”

Nah kau… Bungkam semua. Simple je bagi orang yang Allah nak beri faham tapi, sangat berat untuk yang tak ada rezki memahaminya.

Cuba korang perasan, kalau korang tak nak bela RSA, BUJ dan orang-orang RSA, Allah boleh datangkan entah sapa-sapa dari mana-mana untuk membela mereka. Jadi sapa yang rugi? yang tak doa, tak bela, tak khidmat, tak belajar dengan mereka…itulah yang rugi. Pendek kata (pendek kata lagi…bila la panjang nak berkata-kata), sapa yang tak ada rasa hamba, tak nak tawadhu’ itulah yang rugi. Demi keberkatan doakanlah, belalah, berkhidmatlah…belajarlah. Ok, selagi seseorang tu sembahyang berkiblat yang sama dengan semua muslim, jangan sewenang-wenang menuduh mereka sesat. Lagilah macam Hashim Jaafar kata, ‘agama baru’. Lembutnya lidah…maaf zahir batin. 

Bilik Faah, Mat’am As Sari, Mekah.

10.23am, Jan 3, 2013

.Image

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *