***Fail Sulit-5***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria. Ada masalah sikit dalam tulisan anjang bila translate dari English ke BM. ‘File’ dalam BI. Anjang terjemah ke BM dengan ‘Fail’. Anjang faham. Sebab anjang yang tulis. Orang Malaysia pun faham, anjang rasa. Tapi orang Australia jadi ‘confuse’ sebab ‘fail’ dalam BI, punyai makna yang lain iaitu ‘Gagal’. hahaha terasa gagal anjang dalam menyampaikan mesej. Sebab jemaah kebenaran ini menghimpunkan etnik baru dari pelbagai rumpun Melayu. Trade marknya, hidung pesek. Rupanya ada hadis yang popular di kalangan pencinta kebangkitan Islam Akhir Zaman, akan ada golongan dari Timur yang akan memuliakan Islam kembali dan mereka berhidung pesek. Bila BUJ meminta setiap BOD yang hadir dimajlis bersama Syh Riyadh, beliau dapati pemimpin-pemimpin di hadapannya bertanggung jawab untuk Syarikat GISB dari segenap pelusuk dunia. Seluruh Malaysia, seluruh Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, Australia, Eropah dan Timur Tengah lalu terluncur di bibirnya, BUJ adalah Kaabah. Umpama Kaabah yang berhimpun segala manusia di kelilingnya. Padanya, BUJ adalah ibunya. Kalau BUJ ada 30 orang anak, dialah anak yang ke 31. Sedangkan dia adalah kerabat diraja. Dia telah bermimpi bertemu dengan BUJ sebelum pertemuan lahir. Maka bersyairlah dia, memuji BUJ. Membawa beberapa kisah menarik pentingnya kasih ibu. (Ada masa anjang coretkan nanti, InsyaAllah) Ketika sampai ke istana RSA, dari dalam kenderaan lagi dia dah pastikan yang mana BUJ. Katanya, kalau dibariskan 1000 wanita pun, dia masih mengenali yang mana satu BUJ. Baginya BUJ adalah penyelamat, penyabar dan penyayang. Baginya semua ahli-ahli GISB adalah keluarganya. Yang lebih berumur adalah abangnya, yang muda adiknya. Yang perempuan kakak dan adiknya. Untuk pengetahuan pembaca, dalam budaya bangsa Arab, bila dia telah mengaku bersaudara, dia akan bermati-matian membantu. Sungguh dia didatangkan oleh RSA. Betapalah kalau IM dan PBT sendiri yang muncul di hari kelahiran Rasulullah SAW kali ini.

Musuh yang berangan-angan nak bersorak gembira akan kecewa menderita.

Mari baca kisah aktiviti TZ yang dikongsikan kawan-kawan kepada anjang. Sy Anuar Abd Rahman bertugas di Perlis pada tahun 2006, tahun kuarantin di Nilai. Sebelum kuarantin beliau telah dihantar menjawat jawatan Pengarah Perlis, Us Wan Azli Timbalan dan Syh Kamil sebagai penolong.

Mereka menyewa kafe baru (bangunan yang ada sekarang di Kuala Perlis) sebagai Kafe Ikhwan menggantikan gerai yang BUJ istilahkan kedai orang asli. Jadi Sy Anuar menyahut hasrat BUJ dan bersama-sama membangunkan kafe baru bersama beberapa org ahli full time.

Ketika itu Cg Azmi jarang atau boleh kata kurang sangat terlibat dalam membangunkan projek jemaah kerana sibuk dengan pengedaran kek yang dibuat oleh isterinya. Sedangkan masa itu jemaah dah ada kedai kek yang diasaskan oleh ibu Mak Wan Jabariah dan ia adalah di bawah projek jemaah.

Bila renovation kafe telah siap, team Perlis meminta izin daripada Cg Azmi untuk gunakan tanah wakaf jemaah di Kg Bukit Chabang, Jln Padang Besar. Dengan persetujuan beliau team negeri telah mula membuat beberaapa projek di bekas perkampungan Al Arqam itu dengan membeli beberapa ekor ayam dan itik, projek penternakan dimulakan.

Oleh kerana untuk buat penumpuan, rumah usang yang ada di sebelah rumah Cg Azmi mereka minta untuk dijadikan tempat rehat dan bermalam. Bermulalah team negeri berkampung.

Projek demi projek diusahakan bagi menjadikan Kg Bukit Chabang meriah. Angsa pun dibeli dan projek ayam itik pun berkembang. Oleh kerana tanah yang luas, mereka membersihkan dan memulakan pula tanaman pokok herba. Pecah Beling dan Misai Kucing ditanam. Anjang sempat menziarahi projek mereka. Simple tetapi praktikal. Rasanya sempat packaging teh herba. Cantik.

Namun Cg Azmi tidak pun memperdulikan usaha yang dibuat. Dia terus menumpukan pada pengedaran keknya.

Di waktu itu TH sudah mula datang bersama TZ, MJB dan beberapa orang yang selalu dibawa. Bukan semangat disemarakkan tetapi projek mereka diperlekeh, maklumlah mereka berusaha dari zero. MJB kata akan datang membawa traktor untuk ‘plough’ tanah yang belum kami usahakan. Mereka menunggu dan membuka ruang, agar projek jemaah bertambah meriah. 

Di waktu yg sama bila ada program bersama Abuya, Sy Anuar akan menceritakan perkembangan Kg Bukit Chabang termasuk projek baru iaitu Teh Pecah Beling. Namun usaha mereka selalu dipandang prejudis oleh Cg Azmi. 

Padahal projek itu dalam pengetahuan BUJ dan BUJ ada sampaikan tentang projek tu kepada SB Utara. Sy USU pun dihantar untuk menengok-nengok projek itu. Bahkan BUN menghantar Pak Najib (biras Syh Johari melalui Mbak Neneng) suami isteri, untuk tinggal di situ dan membantu projek itu.

Setelah dia dilantik menjadi timbalan, Syh Kamil selaku s/u selalu diminta oleh Cg Azmi untuk membuat program tanpa menjemput Sy Anuar. Setiap kali pertemuan secara tak langsung dia mempertikaikan Sy Anuar. Syh Kamil mula bosan dengan sikapnya dan minta izin Sy Anuar agar tidak hadir majlis yang Cg Azmi anjurkan. Maka Cg Azmi mula meninggalkan Syh Kamil bila melihatnya Syh Kamil tak termakan hujah-hujahnya malah berani menyanggahnya.

Dia mula mengumpul beberapa orang untuk membuat majlis tanpa pengetahuan Sy Anuar selaku pengarah dan Sy Kamil selaku s/u. Antara yg terlibat ialah Dr Yusri, Hj Osman HA dan En Azman. En Azman pun tidak berapa setuju tapi tak boleh mengelak. Ini diceritakan sendiri oleh En Azman pada kami. 

Cg Azmi meluaskan pengaruhnya kepada orang-orang lain maka jelaslah berpecah jemaah kepada 2 kumpulan. Kumpulan di bawah Cg Azmi yang memanggilnya bapak dan team Syh Anuar. Ketika itulah Sy Anuar berkata kita serah balik tanah yang kita usahakan kepada Cg Azmi. 

Sejak itulah team asal mula menjual ayam-ayam dan itik yang ada dan adakan kenduri kepada anak-anak asrama. Ada yang diserahkan pada Us Mulkan untuk terus membelanya.

Team negeri mulai jarang ke Bkt Chabang dan peristiharan pun berlaku, Sy Anuar di pindahkan ke Penang.

Akhirnya Cg Azmi sendiri berterus terang memberitahu dia tidak menyokong projek yang Syh Anuar buat kerana Tn Zul beritahu, projek-projek itu semuanya projek peribadi Syh Anuar, bukan projek jemaah. Padahal semua orang tahu, Cg Azmi yang buat projek peribadi dan Tn Zul tak kata apa-apa pun. Sebab dah confirm tak betul. Dibiarkan. Yang baru dibina, betul-betul untuk jemaah itulah yang diracuni. ‘Baik’ betul tindakan Tn Zul, ‘divide and rule’. Maka berkempenlah Cg Azmi agar orang-orang perlis tak menyokong Syh Anuar. Kadang-kadang tak direct terjun, cucuk seseorang, orang itu yang laksanakan kehendaknya. Yang dicucuk pun dah sedia bermasalah. Nak tutup kesalahan diri, tuduh orang lain bermasalah. Besar kesalahan Tn Zul, memecah belah dalam jemaah dan menutup projek untuk Islam.

Moga Allah ampunkan kita semua dan Tn Zul.

Ada lagi ke fail lain? Ada, tapi malas nak tulis. Semuanya samada ke arah pecah belah, mem’beku’kan jemaah atau menutup projek.

Tapi kisah belikan tiket supaya Syh Farul keluar dari Mekah, balik Malaysia, tinggalkan BUJ keseorangan rasanya perlu dikongsikan, korang nak baca ke kisah tu?

Tak nak, tak pe…

Bilik Sy Farul, Istana RSA, Mekah.

7.40pm, Jan 16, 2013.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

8 thoughts on “***Fail Sulit-5***

  • January 16, 2013 at 7:23 pm
    Permalink

    Eh….nk la sgttt

    Reply
  • January 17, 2013 at 8:24 am
    Permalink

    Syukran syeikh atas sume perkongsian…yg cerita ttg syh fakhrul blik malaysia tu….nak la baca… 🙂

    Reply
  • January 18, 2013 at 8:19 am
    Permalink

    nak nak …
    b the way ? “MJB” tu siapa eh ?
    sorry tanya ….

    Reply
  • January 20, 2013 at 4:37 am
    Permalink

    Tq syeikh. Layaaaaan…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *