***Selawat Nabi-1***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Abuya tak ajar kita semua Islam dalil semata-mata. Abuya didik kita dengan Islam praktikal. Dulu kalau kita masuk ke kampung-kampung atau markaz-markaz Darul Al Arqam, sebelum waktu sembahyang akan terdengar selawat yang mendayu-dayu. Selawat Badawi menjadi amalan pratikal. Sumber ketenangan dan kebahagiaan kita. Itu berterusan di era Rufaqa’ dan lebih-lebih lagi di era Ikhwan. Jadual disusun untuk berselawat di sepanjang malam. Di sini kami ada blog Syh Rahman. Sebab dia up date setiap malam. Pedek kata, bukan bermula dengan dalil. Mubasyarah ilat tatbiq. Sebab bila Syh Idzwan minta dalil-dalil tentang selawat, anjang kurang bersemangat nak carikan. Tapi hajat kawan kena tunaikan. Cuma lambat. Nantilah untuk post akan datang. 

Hari ni dapat gambar-gambar aktiviti Maulidur Rasul di Malaysia. Nampak meriah seperti di Bt Hampar dan SP. Moga Rasul gembira dengan majlis yang kita buat. Moga RSA menghadiahkan ke hati kita cintakan Nabi Muhammad lebih dari diri, harta dan keluarga kita. Hingga kita sanggup berkorban apa sahaja untuk mereka. Demi tertegaknya semula keagungan Islam yang dijanjikan.

Post kali ni kita baca kisah seorang waliAllah bernama Sufyan As Sauri yang menceritakan satu kisah yang menarik mengenai selawat.

Bila bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia membaca selawat kepada Rasulullah saw. Saya mendekatinya lalu bertanya: “Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih,tahmid dan tahlil justeru hanya membaca selawat sahaja? Adakah sesuatu berlaku kepada diri anda? Siapakah anda ini? Tanya orang itu. Saya Sufyan As Sauri” Jawab saya. Baiklah akan aku ceritakan.” Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji.

Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus bertafakkur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya.

Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada di sisiku. “Ada apa kesusahanmu?” tanyanya. “Ayahku telah meninggal dunia,” aku menangis. Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. “Jangan menangis, semua manusia mesti menemui kematian.” “Tapi wajahnya” kataku “Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku” aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesuatu. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini berlaku.

Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia datang tadi.

Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini? Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. “Aku ini Muhammad” jawabnya. “Muhammad siapa”? aku meminta penerangan lagi.

“Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran” jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu, tidak berkata apa-apapun.

“Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia di dalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk ini, ia memohan kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku” jelasnya.

Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan bercahaya lebih dari mulanya.

Baiklah setakat ini sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi.

Surau Istana RSA, Mekah

4.44am, Jan 24, 2013.ImageImageImage

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *