***Umrah 2013: Kisah dan Iktibar- i***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria.

“Kumpulan Umrah di Retajj Sofwa tu macam-macam masalah!” Kata Pak Teh Khairil sebaik masuk ke bilik 704 Wahj Fooz berkain pelikat. Hilang pening anjang dengar cerita Khairil. Anjang pening sebab bersoal jawab dengan Ummu Salimah malam tadi, tiba-tiba dia terpaksa di bedah untuk kali ke 3. Bleeding teruk hingga 7 liter. Baby kecil selamat dilahirkan seberat 1.95kg. Masuk akubator. Kira anak anjang yang ke 17 la. Ummunya masih di ICU. Moga-moga keduanya selamat. Ingatkan boleh tangguh bersalin. Kena tarikh 3 Mac. Sama birthday dengan Abi. “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ .

“Masalah apa Khairil?”

“Semasa di Madinah lagi, ada sepasang suami isteri dah bergaduh dengan ana.”

“La, kenapa la enta bergaduh dengan mereka?!”

“Semua benda tak puas hati. Nak dijadikan cerita, ketua kumpulan pula tak faham tanggung jawab. Bila dapat kunci hotel, dia terus agih-agihkan pada sesapa je di depannya.”

Pat-patnya,

Sapa cepat dia punya.

Berteraburlah jemaah tanpa susunan. Ramai yang tak dapat bilik, sedangkan banyak bilik yang belum penuh. Kunci diambil, bawa bagasi dan barang sendiri je. Terpaksalah diketuk setiap bilik, nak pastikan bilik yang mana ada kekosongan.

Dalam kekalutan inilah, terpisah bilik antara suami isteri. Biasalah, terpisah-pisah di sini. Datang nak beribadah, bukan nak SSI. (SSI pun ibadah gak, “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ ) tapi mungkin dia dah bayar lebih, untuk dapat, bilik khas, maka terkeluarlah amarahnya. Sapa jadi mangsa, siapa lagi kalau bukan petugas dan mutawwif. 

Selepas meluahkan kemarahannya, mereka terus nak melakukan umrah. Bila diminta menunggu mutawwif untuk membimbing dan memimpin, dia bukan saja menolak, malah menjawab dengan sombong;

“Tak payah! Saya dah selalu datang sini buat umrah!”

Khairil tak boleh buat apa-apa. Dibiarkan keduanya pergi. Tapi hati siapa tak terasa. Dia uruskan kedatangan mereka dari Madinah. Kenderaan, bagasi dan lain-lain. Dengan kelemahan yang berlaku, ada ramai je yang tenang. Sabar dan redha. Tapi ramai juga, tak dapat menahan sabar. Maka…..

Keluarlah peluru berpandu, menikam hati kita….

Janganlah petugas dan mutawwif pula tak sabar. Kena la sabar, khasnya Pak Hendra. Sebab kalau Pak Hendra pukul, bisa tewas mangsa. Sebab Pak Hendra, semua orang Arab kata Sudani (Orang Sudan) tapi hidungnya kurang besar saiznya. 

Kena sabar. Berbanyak sabar. Sebab Mekah ada Tuannya. Mereka tetamu Allah. Allah ada cara melayan mereka. 

Abdul Muttalib ketika berkata kepada Abrahah, “Aku hanya mau kau kembalikan kambing-kambing kami! Ia milik kami. Adapun Kaabah milik Allah, Allah la yang akan membelanya.

Jadi, merendah dirilah di bumi Mekah. Jangan sombong-sombong!!.

Apa yang terjadi, sepasang suami isteri ini sesat selama 2 hari. Tak makan apa-apa. Minum air zam-zam aje. Bilik hotel tak dapat, katering pun melepas. Akhirnya Abil dapat call, ada orang jemaah yang sesat. Bila guide teksi, sampai dekat hotel, kena tambang SAR200 pula. Mahal gila. Di’kencing’ driver teksi. Tapi tak sampai-sampai hotel. 

Lalu Abil mencari dan dekati, rupanya sedang menangis di bawah jambatan. Bila ditanya, kenapa tak masuk hotel? Jawabnya tak tau hotelnya di mana. Abil tunjukkan, “Ni hotel Pak Cik!”, betul-betul depan jambatan, depan matanya. 

“Oh, ni ke hotelnya?!”

Hah… Dah depan mata pun tak nampak. Boleh je Tuhan lakukan macam-macam. Tapi di sini tak pelik, mutawwif pun boleh sesat, menangis teresak-esak. Tak jumpa hotel. Akhirnya tidur di masjidil haram. Ada hp tu. Dah lama di Mekah.

Moga-moga kisah ini menginsafkan kita semua.

704, Wahj Al Fooz, Misfalah, Mekah.

11.53am, Mac 1, 2013 .

  • travelog umrah (12)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

4 thoughts on “***Umrah 2013: Kisah dan Iktibar- i***

  • March 1, 2013 at 11:16 am
    Permalink

    Semoga dipermudahkan urusan.. Amiin~

    Reply
  • March 1, 2013 at 6:29 pm
    Permalink

    Subahanallah, kerja tuhan tak siapa yg tahu,

    Reply
  • March 1, 2013 at 6:30 pm
    Permalink

    Alhamdulilah tahniah sykh dgn kelahirannya.

    Reply
  • March 3, 2013 at 3:30 am
    Permalink

    Salamm utk semua………………selagi yg haq itu masih jd pegangan selagi itulah keajaiban akan berlaku.positif atau negatif semua nk bw kita makin hampir pd Tuhan.mazmumah kita dibongkar2 utk kita lbih kenal diri kita.klu ✗ de ujian misalnya ,itulah ujian.. ,kpd para wali2, yg selalu kita bc ujian itulah hiburan.tapi kita org biasa ni sgt lah takut dgn ujian ,takut ✗ lepas.Atk

    Reply

Leave a Reply to ummu khuzaifah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *