13 lagi bekas ahli Al-Arqam tiba dari Arab Saudi

Kongsikan kepada yang lain
Share

Anjang: no komen, Baca boleh, tak baca pun boleh. Tapi yang ibu Khaulah tulis ni, wajib baca.http://khaulahattamimizone.blogspot.com/2013/05/kami-dan-abuya.html?m=1
13 lagi bekas ahli Al-Arqam tiba dari Arab Saudi
2013/05/05 – 05:16:24 AM Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias Kuala Lumpur: Seramai 13 ahli syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd termasuk anak perempuan bekas pemimpin Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.
Kumpulan itu tiba dari Jeddah kira-kira jam 1 tengah hari menggunakan Penerbangan Arab Saudi bersama lima kanak-kanak. Mereka sebelum ini ditahan pihak berkuasa Arab Saudi atas kesalahan Imigresen, dipercayai menjadi pengikut balu arwah Ashaari, Khatijah Am.
Sumber memberitahu, tiada tangkapan atau rampasan barangan dibuat ketika pemeriksaan dilakukan ke atas mereka. Namun, lapan orang daripada kumpulan itu termasuk anak Ashaari, Fathiayyah diberi bon jaminan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk hadir memberi keterangan di jabatan itu, Selasa ini.
“Khatijah yang dikenali sebagai Ummu Jah disyaki pemimpin kumpulan itu, masih ditahan bersama dua lagi pengikutnya di Makkah.
“Difahamkan, setakat ini siasatan masih dijalankan dan mereka berdepan hukuman pancung jika didapati bersalah,” katanya di sini, semalam.
Sumber itu berkata, kepulangan 13 individu itu menjadikan 45 rakyat Malaysia yang ditahan berhubung kes itu, dibenarkan meninggalkan Arab Saudi setakat ini.
“Manakala baki 30 orang termasuk Ummu Jah masih ditahan,” katanya.
Pada 29 April lalu, BH melaporkan seramai 12 pengikut Al-Arqam termasuk dua anak lelaki dan menantu Ashaari ditahan JAIS setibanya mereka di KLIA.

.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *