***Wak Basiron di Hospital Bt Pahat***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,
Kalau ke Kluang melalui jalan Air Hitam, Yong Peng, selalunya selain membeli putu bambu sebagai jajan, anjang akan singgah restoran Zainab untuk menghilangkan penat dan mengelakkan mengantuk. Pekena kopi ‘O’. Terletak betul-betul bertentangan dengan Masjid Besar Yong Peng (seberang jalan) menjadikannya mudah dituju. Apa yang istimewanya di sini? Ia sebenarnya restoran lama, punyai pelanggan dari beberapa generasi. Masakannya, juadah nasi campur selera kampung.

Anjang ke sini kerana ada Wak Basiron dan isterinya. Restoran ini kepunyaan keluarga isterinya. Selain dari berniaga untuk mencari rezki keluarga, yang anjang ingat ketika itu mereka jadikan jualan ABC di restoran itu khas untuk membantu perjuangan. Duit jualan di situ tak diusik, ia digunakan sebagai modal pusingan dan keuntungannya 100% diberi kepada perjuangan Islam. Di situ mereka mencari keberkatan. Ini patut ditiru oleh semua peniaga Islam dalam mencari sebab agar Allah memberkati rezki mereka.

Jika Tuhan telah berkati sesuatu usaha, ia akan mampu bertahan dalam berhadapan cabaran-cabaran yang mendatang. Mungkin dengan cara Allah datangkan pelanggan-pelanggan baru atau Allah kekalkan pelanggan lama hingga beberapa generasi. Restoran mamak banyak mempercayai soal-soal keberkatan ini. Sebab itu mereka mampu bertahan beberapa keturunan. Selalunya di kaunter restoran mereka ada tabung-tabung derma untuk Madrasah Tahfiz. Mereka juga suka memberi makanan ke rumah anak yatim, rumah kebajikan dan asrama sekolah agama sempena Maulidur Rasul dll. Ada juga yang anjang tengok, suka memberi makanan burung merpati. Istiqamah setiap hari.

Berbalik kepada Wak Basiron, Era Al Arqam pernah menjadi anak buah Tuan Md Som di Kota Tinggi. Masa tu dia berkhidmat dengan Jabatan Perhutanan (Forest), Jemaluang. Masa anjang bertugas di Mersing, ada seorang dari Forest yang masih bersama dalam jemaah, En Salim. Di Grik, rasanya abang Idris tu bekas Forest. Wak Basiron ni terkenal sangat taat, baik hati dan pemurah. anjang dapat bbm dari saudara Husaini yang menziarahinya di hospital Bt Pahat. Rupanya Wak dah seminggu di wad. Allah uji dengan diabetes dan batu karang. Moga Wak tabah, sabar dan redha dengan apa yang Allah takdirkan. Sesungguhnya ia adalah penghapusan dosa dan peningkatan darat insyaAllah. Sesiapa yang berpeluang eloklah menziarahinya. Kata Us Husaini, Wak menjemput kawan-kawan menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya hari Sabtu ini, 1hb Feb 2014.

Ampun maaf.

Yayasan Nimas Ayu Pembayun, Jakabaring, Palembang.
6.38am, Jan 30, 2014

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

3 thoughts on “***Wak Basiron di Hospital Bt Pahat***

  • January 30, 2014 at 7:46 am
    Permalink

    Semoga Wak Basiron cepat sembuh ya. Mudah – mudahan di permudahkan. Pernah singgah di kedai beliau . Makan Nasi Ayam…

    Reply
    • January 30, 2014 at 10:18 am
      Permalink

      Pe kabo Man?

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *