***Apakah Keindahan Indonesia?***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,
“Kalau Ummu sudah makan empek-empek, minum air Sungai Musi, ya Ummu seperti asli Palembang!” Kata Ustaz Umar, Mufti Kesultanan Palembang kepada Dato’ Nimas Ayu Pembayun Ibu Hatijah Aam ketika berkunjung ke rumah Yayasan Nimas Ayu Pembayun di Jakabaring, Sumatera. Ust Umar diberi gelaran oleh baginda Sultan Mahmud Badaruddin iii, sebagai Pangeran Mandi Api kerana kehebatan ilmu ‘dalaman’nya. Beliau berdakwah kepada samseng-samseng jalanan dengan membawa mereka kembali kepada Allah. Mampu berjalan atas api dan bermain bola api (terkenal di pendalaman Indonesia) tanpa menggunakan jin dan sihir tetapi dengan berzikir kepada Allah. 

Pak Benny yang datang bersamanya pula berterus terang, tertarik dengan GISB kerana syarikat atau jemaah ini mempunyai perbezaan dengan jemaah Islam di Indonesia. Kalau di Indonesia, sejak kecil beliau hanya mengenali samada NU atau Mohammadiyah dengan cara berdakwah mereka tertumpu dengan ceramah-ceramah dan pengajian kitab semata. Manakala GISB mempunyai gerakan ekonomi dan kebudayaan yang mampu menarik khalayak yang ramai di tengah masyarakat khususnya para remaja. Beliau merupakan orang istana Kesultanan Palembang yang mendapat gelaran Pangeran dan banyak terlibat di dalam urusan protokol istana.

Leftenan Kolonel Hassan pula dengan penuh semangat menegaskan dia tidak boleh bertolak ansur dengan orang yang ingin menghina-hina Islam. Anjang lihat, ketika menziarahi makam-makam para auliaAllah sekitar kota Palembang, dia sangat berperanan dalam soal menjaga keselamatan kami semua.

Izyani yang juga seorang anggota TNI pula menangis terharu bila dapat bertemu dengan Dato’ Nimas Ayu Pembayun Ibu Hatijah Aam. Baginya, inilah yang selama ini dicari-cari iaitu untuk mendapat pimpinan menuju Tuhan. Supaya seluruh manusia hidup berkasih sayang. Dia rasa bersalah kerana tidak dapat menutup aurat ketika bertugas kerana dasar TNI masih belum membenarkan anggota  wanitanya menutup aurat sewaktu bertugas.

Semasa menerima jemputan seorang ahli Parlimen Indonesia, Syofwatillah Mohzaib ke pasentrennya yang mempunyai daya tarikan luar biasa iaitu mempunyai mashaf Al Quran yang besar diperbuat dari kayu tembusu Dato’ mengungkapkan kekagumannya dengan kehebatan Allah yang boleh menarik manusia hanya dengan melihat Al Quran yang sangat besar itu. Telah ramai pengunjung dari seluruh dunia yang datang melawatnya dan mengakui, ia hanya ada di Palembang sahaja. Kata Dato’, “Al Quran telah berdiri di sini.” bila melihat susunan ukiran tulisan Al Quran umpama daun pintu setinggi 5 tingkat menempatkan 15 juz Al Quran. Kata Dato’ lagi, dengan mukjizat terbesar ini, ramai orang tertarik untuk datang ke Palembang. Satu dunia berziarah ke sini, walhal ia hanyalah berbentuk tulisan, tetapi jauh lebih cantik dari tulisan di zaman dahulu yang hanya di atas pelepah tamar dan kulit-kulit binatang.

Betapalah kalau Al Quran itu telah diamalkan dan menjadi pakaian diri. Berakhlak dengan akhlak Al Quran. Berhibur, berekonomi, mengambil dasar pendidikan dan seluruh aspek kehidupan dari Al Quran, maka ia akan menjadi daya penarik orang untuk datang kepada kita. Kalau hanya berbentuk tulisan sahaja pun manusia telah tertawan, betapa lagi jika ia di amalkan dan diperjuangkan. Hj Syofwatillah yang juga terkenal dengan nama singkatnya, Ofwat mendengar penuh perhatian kata-kata dari Dato’ yang sangat beliau hormati. Beliau pernah menziarahi Abuya sewaktu hayatnya dan memohon doa ketika baru masuk di alam politik.

Dato’ dan rombongan juga menerima undangan ke rumah ketua DPR (Speaker Parlimen) Repablik Indonesia, Marzuki Alie. Oleh kerana Pak Marzuki dipanggil secara mengejut oleh Bapak Presiden ke Jakarta, kami dilayan oleh isterinya Asmawati, anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) RI penduduk asli Sumatera. Beliau tersangat ingin mendengar buah-buah fikiran atau yang beliau katakan wacana maka program ziarah tersebut menjadi majlis ilmu yang sangat memberi pengajaran pada semua.

Dato’ menyatakan perlunya kita kepada Rasulullah SAW untuk mendapatkan Tuhan. Agar dekat dengan Allah. Untuk dapatkan redha Tuhan. Adalah satu pembohongan bagi orang yang mengatakan dia boleh ‘direct’ dengan Allah seperti yang dipegang oleh kaum Wahabi kerana jika betul-betul seseorang itu boleh berhubung direct dengan Tuhan, sudah pasti dia menjadi seorang yang paling kenal Allah. Jika dia adalah seorang yang sangat kenal Allah, sudah pasti dia menjadi orang yang paling takut dengan Tuhan. Takutkan Allah terkesan di wajahnya. Umpama seorang yang sangat kenal dengan harimau, tentulah dia berasa gerun dan takut dengan harimau lantaran kenalnya dengan sifat harimau tersebut. 

Oleh itu hamba yang sangat takut dengan Tuhannya, sudah tentu sangat membangunkan syariat Allah dalam kehidupannya contohnya sanggup berpoligami kerana ia telah disyariatkan dan merupakan sunnah Nabi SAW. Tetapi realitanya berapa orang sahaja yang sanggup melaksanakannya. Apakah kita boleh terima seseorang itu boleh ‘direct’ dengan Tuhannya sedangkan dia sangat longgar melaksanakan syariat. Tiada kesan takutkan Allah di wajahnya.

Kelihatan Asmawati sangat bersungguh-sungguh mendengarnya. Tuhan jadikan seorang yang berkedudukan begitu tinggi, suaminya pula seorang yang berpengaruh besar di dalam parti dan kerajaan kepada lebih 200 juta orang rakyat kelihatan begitu selesa mendengar nasihat dan panduan dari Dato’, seolah-olah mendengarnya dari mulut ibunya sendiri atau guru yang mendidiknya. Tuhan telah persiapkan pihak atasan untuk mudah menerima kehadiran rombongan GISB dari Malaysia.

Menerima jemputan Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia propensi Sumatera Selatan, KH Shodiqun ke pejabatnya pula adalah satu penghargaan kepada Dato’ Ayu Pembayun Hatijah Aam dan GISB Holdings. Sangat menghormati Abuya dan perjuangannya membuatkan beliau begitu mesra dan berulang-ulang mempelawa, jika datang ke Palembang bertamulah di rumahnya. Bertambah kemesraan yang sedia terjalin kerana isterinya sendiri adalah bekas anggota jemaah Al Arqam. 

Tak sempurna post ni kalau anjang tak coretkan kunjungan Mejar Imran ke YNAP. Beliau yang bergegas dari ‘out station’ semata-mata kerana ingin bertemu dengan Dato’ dan para Pemimpin GISB kerana disapa rindu dengan jemaah. Pernah berkunjung ke Malaysia membuatkan hatinya tidak melupakan pengalaman dengan jemaah di tempat-tempat kita seperti Merbuk. Bukan kebetulan agaknya bila beliau membuka internet sehari dua ni terus mendapat sentuhan nasyid Cinta Agung.

Bila ditanya oleh Dato’ kepadanya, apakah keindahan Indonesia? Spontan Pak Mejar yang berpakaian lengkap seorang pegawai TNI berkata: “Wali-walinya!” Kelihatan aneh bila seorang pegawai tinggi tentera meyakini masalah di Indonesia hanya boleh diselesaikan oleh para wali Allah. Bukan oleh pakar politik mahupun orang-orang kaya juga panglima tentera. Pak Mejar yang datang dengan isterinya juga berkongsi cerita karamah yang berlaku di perkuburan 40 wali Allah di Kambang Koci. Sebenarnya cerita yang sama mempunyai beberapa versi tetapi ‘ibrahnya sama iaitu kemuliaan yang Allah tunjukkan terhadap para waliNya.

Semasa berjalan beriringan dengan Pak Benny menuju perkuburan Kambang Koci, melalui tepi susunan kontena-kontena di kawasan pelabuhan Palembang, Pak Benny ada ‘mention’ anjang, semua ini asalnya kawasan perkuburan tetapi sudah dipindahkan kerana dibesarkan sebagai pelabuhan kecuali kawasan pemakaman wali-wali yang tidak mampu diubah. Sebab apa tak boleh diubah?, macam-macam sebab. Ada yang jenteranya rosak dll. Tetapi rupanya ada yang lebih besar dari itu, mari kita baca kisahnya di bawah:

Kisah pemindahan makam wali di Palembang
Pernah suatu ketika dalam ziarahnya, Habib Sholeh bin Muhsin Al-Hamid (Tanggul) diberitahu bahwasanya pemakaman ini akan dibongkar, mendengar hal itu ia hening sesaat dan berkata bahwa pembongkaran tidak akan terjadi, dikarenakan Allah SWT yang akan selalu menjaganya, dan hal ini benar-benar terbukti. Sebagai contoh tatkala ada usaha untuk memindahkan jenazah dari pemakaman ini ke pemakaman lain dalam usaha mengambil alih area pemakaman pada tanggal 19 Disember 1997, setelah peti-peti jenazah yang berjumlah lebih kurang 104 buah (dihitung berdasarkan jumlah nisan yang nampak) disiapkan di Kambang Koci untuk memindahkan makam yang ada, didapatlah kabar mengenai jatuhnya pesawat Boeing 737-300 Silk Air dari Singapura di Muara Makati, Perairan Sungsang, Sumatera Selatan yang menewaskan seluruh penumpang dan awak pesawat. Dan yang mengherankan jumlah korban tewas yang dipastikan sebanyak peti yang disiapkan, yang terdiri dari 104 penumpang termasuk 7 awak. Mengingat keperluan yang lebih mendesak akhirnya peti-peti yang telah disiapkan tersebut tidak jadi digunakan, dan malahan pekuburan yang telah disediakan bagi jenazah Kambang Koci diisi dengan jenazah korban tewas kecelakaan pesawat tersebut.

Nah! Inilah keistimewaan Indonesia, ia dipelihara oleh Allah Taala berkat wali-wali Allah yang masih hidup di sisi Tuhan mereka. Mari teruskan berselawat kepada Rasulullah SAW dengan membawa hati yang mendalam agar terhubung  dengan baginda, moga hidup ini penuh keberkatan. Baginda adalah anak kunci kejayaan dunia akhirat.

Di bawah kemah program Maulid Nabi dan perasmian YNAP.
10.03am, Feb 1, 2014

  • wali allah yang masih hidup di malaysia (178)
  • pangeran mandi api (28)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Apakah Keindahan Indonesia?***

  • February 4, 2014 at 4:07 pm
    Permalink

    alhamdulillah, terima kasih tuhan atas pemberianMU ini.iaitu maklumat cerita2 masakini hal islam semasa daripada orang2MU.

    Reply
  • February 6, 2014 at 12:40 pm
    Permalink

    As Salam saudara2 seperjuangan masakini,
    sejarah berulang….perkembangn islam nusantara berkaitan sejak sebelum melaka, kemudian demak di jawa, islam mataram, islam pajang, islam palembang lebih 100seratus kerajaan kesultanan melayu tersebut pasti ada berdepan dengan penjajah belanda dan inggeris…termasuk juga adanya perjanjian-perjanjian, sampai pilipina pun sanggup bertebal muka nak tuntut sabah??????ahli sejarah tentu tau peristiwa yang ada tercatit dalam lipatan sejarah kerajaan-kerajaan islam di nusantara?????apakah ia akan bangkit semula mengemilangkan dan menjunjung sunnah rasulullah….allah sahaja yang maha mengetahuinya?ada mitusnya…hingga barat pun sanggup bagi kemerdekaan bersama pastinya dengan bebrapa syarat yanag telah ditandatangani antara penjajah barat dan kesultanan melayu islam…..kena buat penelitian/research….agar terdedah semuanya dan terlihat kebesaran isla nusantara??? apakah ini ulangan sejarah??? sama-sama kita saksikan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *