***Ladang Gargil Pertama di Malaysia Oleh GISB***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Sewaktu belajar di Mesir sekitar tahun 1989 dan 1992, anjang kena menyesuaikan diri dengan budaya, cara hidup, cuaca, persekitaran, pergaulan hatta makan minum masyarakat setempat. Sedangkan dalam masa yang sama kita tak mampu meninggalkan cara hidup bangsa kita yang kita membesar dengannya. Contohnya dalam menghadapi hidangan, kita orang kampung biasa makan ulam dari pelbagai jenis tumbuhan. Ada ulam segar seperti ulam raja, tenggek burung, pegaga, selom, salad, timun, kacang panjang atau yang dicelur seperti kacang bendi, peria, peria katak dll. Bila sampai di Mesir, biasanya makan salad atau daun bawang. Taburkan sedikit garam halus, perahkan lemon. Ia sudah cukup membuka selera ditambah dengan cili segar, makan sambil berbual-bual dengan Sidi Gharib, boleh membantu selesaikan baki nasi di talam. hehehe.

Tapi dalam banyak-banyak ulam di tanah Arab, yang paling popular ialah ‘Gargil’, sebutan asalnya ‘Jarjir’ tapi di Mesir biasa sebut gargil. Popularnya kerana terdapat mathal qadim Arab menyebut:

لو عرفت المراءة فوائد الجرجير لزرعته تحت السرير

yang ertinya, ‘Kalaulah seorang wanita itu tahu faedah gargil, nescaya dia akan menanamnya di bawah katil.’

Dalam ertikata yang lain, gargil yang bentuknya seperti sawi tetapi mempunyai rasa yang agak pahit berlemak ini menjadi pengalaman dan keyakinan masyarakat Arab mempunyai faedah yang ‘power’ khususnya dalam membantu menguatkan ‘tenaga batin’. Mudah cakap untuk ‘SSI’ lah.Walaupun ia mempunyai banyak khasiat lain seperti:

1. Membantu menumbuhkan/melebatkan rambut.

2. Membantu menambah kekurangan vitamen C.

3. Mengurangkan kandungan gula dalam darah (baik untuk anjang ni)

4. Baik untuk sakit-sakit sendi.

5. Merawat keracunan akibat merokok

6. Sangat baik untuk membantu penghadahaman.

7. Baik untuk merawat sakit kuning.

8. Juga baik untuk melawaskan buang air kecil.

dan banyak lagi kelebihan atau khasiatnya tetapi…..

bila anjang ke Jordan, Syria, Saudi tetaplah majoriti orang Timur Tengah mengaitkan daun ini dengan kekuatan seksual.

Jadi bila anjang ke kolam Sungai Serai, sebelum bertolak ke Jordan, rupa-rupanya En Wahab dah buat kejutan. Dia sudah menanam gargil di Malaysia. Ya, siapa tak kenal En Wahab Pertanian, berkat Abuya, kat mana dia dihantar hampir pasti dengan izin Allah pertanian menjadi. Di Jerash pun dia mampu bertani, kalah Abu Mu’taz dan lain-lain petani. Salad dan tomatonya sangat menjadi. Sekarang dia tanam gargil di Sg Serai, yang anjang rasa merupakan kebun (insyaAllah akan jadi ladang) pertama gargil di Asia Tenggara.

Ladang Gargil Pertama di Malaysia
Ladang Gargil Pertama di Malaysia
Terbaik dari ladang
Gargil baik untuk kesihatan

Tapi buat masa ini, hanya ada di Pasaraya Ikhwan BCH. Sesiapa yang berhajat nak makan ulam cara Arab, bolehlah dapatkan di Pasaraya Ikhwan. Kira murah la tu, kalau tak nak kena beli tiket ke negara Arab. Baru boleh merasa ‘penangan’ gargil. Paling murah mungkin RM1500 one way. Jadi, kalau nak rasa juga, kena la pegi ke Rawang. Beli di pasaraya Ikhwan kat Bandar Country Homes. Berkat insyaAllah, En Wahab tanam ni!!! Terbaik dari ladang. Nak tambah berkat lagi, order ikan-ikan keli dari En Rizal, terbaik dari kolam!!

Di Pasaraya Ikhwan BCH..
Di Pasaraya Ikhwan BCH.

Anjang sempatlah bawa balik daun kesum dan pandan ke Irbid untuk kegunaan Mat’am Nur Muhammad di Irbid ni. Terima kasih kepada En Wahab, Imam Ghazali, En Rizal, En Ikrimah, Anas dll, moga Allah bantu semuanya dalam membangunkan pendidikan Islam di kolam.

GISB Syria, DQ, Irbid

11.51pm, Jan 10, 2014

 

  • gargil (107)
  • pokok jarjir (25)
  • daun jarjir (21)
  • khasiat sayur gargil (14)
  • tanaman jarjir (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

15 thoughts on “***Ladang Gargil Pertama di Malaysia Oleh GISB***

  • February 11, 2014 at 7:01 am
    Permalink

    Maha hebat Tuhan yg Maha agung
    Rezekikn kami iman yg haq
    Rezekikn kami kesehatan baik
    Rezekiknlh kami kekayaan yg baik dn banyak
    Yg berada d langit ya Allah, turunknlh
    Yg berada d dlm bumi, keluarknlh
    Yg berada d lautan ya Allah, timbulknlh
    Yg jauh, dekatknlh
    Yg dekat berkatknlh
    Agar kami dapat yg bersih lg suci
    Mudah beribadah dn bersyukur kepadamu
    Agar hati ini sentiasa takut padamu dan rindukn nabimu kekasehmu jungjungan kami nabi Muhammad S.A.W.

    Reply
  • February 11, 2015 at 7:56 pm
    Permalink

    En. Wahab nie ada jual benih nya skali x agaknya ? Berminat la nak tanam kat pasu . Hehehee

    Reply
  • April 2, 2015 at 10:28 pm
    Permalink

    Assalamualaikum
    Blh pos ke ulam tu? Atau kene dtg ke pasaraya ikhwan sahaja.?

    Reply
    • April 5, 2015 at 12:38 pm
      Permalink

      Salam. En Halim, buat masa sekarang, kami stop dulu tanaman gargil memandangkan kami dah berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Musim kemarau pula dan kehabisan benih. Mohon maaf.

      Reply
      • June 18, 2016 at 12:17 am
        Permalink

        Di Kota Tinggi ada tanam gargil ke?
        Boleh beli di Kota Tinggi ke?
        Boleh beri no tel

  • April 13, 2015 at 9:11 am
    Permalink

    Nak jugakkk…. teringinnn… lama tak makan gargil ni… tp sampai skrg masih ingat lg rasanya. Erm..dapnyaaa.. nanti mohon tuan update yer mane bleh dpt gargil ni. Syukrann.

    Reply
  • May 12, 2015 at 11:10 pm
    Permalink

    Saya d pasir gudang johor. Anjang d Kota Tinggi kat lokasi mana? Ada ladang gargil kat KT ni? Kalu ada senang nk beli.

    Reply
  • March 9, 2016 at 9:11 pm
    Permalink

    as salam
    tuan ulam gargil ada ?
    boleh pos

    Reply
  • March 25, 2016 at 11:40 am
    Permalink

    Mohon anjang update cerita pasal gargil ni. X pon bgtau lokasi yg mudah didapati di Selangor ni…saya amat menghargai klu anjang berbuat demikian

    Reply
    • July 17, 2017 at 12:30 pm
      Permalink

      maaf sangat2 sbb saya banyak di luar negara. Us Wahab yg tanam di Selangor pun skrg base di Indonesia… Kira belum sempat bersambung tanaman girgil ni…. Ampun maaf

      Reply
  • April 21, 2016 at 3:05 pm
    Permalink

    Assalamualaikum..
    Nak tanya.. skrg tanaman gargil tu dah ada ke belum?..

    Reply
  • April 21, 2016 at 11:59 pm
    Permalink

    Utk baby yg dmam kuning, minumkn jusnya atau bagaimana ye ?
    Mga usaha berterusan pihak tuan drahmati n dberkatiNYA .

    Reply
  • May 20, 2016 at 11:13 am
    Permalink

    Assalamualaikum…saya tinggal di emerald west ..sgt teringinkan makan ulam gargil ni..dlu saya belajar Di iskandariah mesir..masih Ada jual lagi ke Di pasaraya ikhwan BCH?

    Reply
  • June 18, 2016 at 12:41 pm
    Permalink

    Dimana saya boleh dptkan gargil ni

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *