***Pangeran Tokak di Palembang***

Kongsikan kepada yang lain
Share
Apa Hubungan Buaya Dengan Manusia?
Apa Hubungan Buaya Dengan Manusia?

Salam ceria.
Semasa melawat maqam ayahanda Sultan Mahmud Badaruddin i di Palembang, iaitu di Makam Kebon Gade, Jalan Sultan Muhammad Mansyur, 32 Ilir, di mana dimakamkan Sri Paduka Sultan Muhammad Masyur Jayo Ing Lago bin Susuhunan Abdurrahman yang memerintah pada tahun 1118-1126 H atau 1706-1714 M,kami berpeluang mendengar kisah penjaga maqam yang luar biasa. Kisah menarik itu diceritakan oleh Tuan Mufti Kesultanan Palembang, Pangeran Mandi Api, Ustaz Umar Abdul Rahman kepada kami ketika menziarahi maqam yang terletak di sebuah pulau (pulau sungai). Menurut beliau, maqam tersebut dikawal oleh seorang khadam yang merupakan wali Allah yang boleh berupa menjadi seekor buaya yang akan berenang mengelilingi pulau tersebut mengawal maqam di raja.

Pengawal itu diberi gelaran ‘Pangeran Tokak’  atau ‘Panglima Raden Tokak’ dan maqamnya terletak berhampiran maqam ayahanda Sultan. Selain berdoa di maqam Ayahanda Sultan, kami juga berdoa di sisi maqam ‘Pangeran Tokak’ yang juga seorang wali Allah.

Masyarakat Melayu selalu mengaitkan buaya dengan sesuatu yang tidak elok seperti ‘buaya darat’ sedangkan buaya amat akrab dengan kehidupan masyarakat Melayu Islam dan kisah wali-wali Allah. Pagi tadi anjang terbaca di internet 2 kisah tentang buaya yang dikaitkan dengan Islam. Kalau ‘free’ bolehlah korang membacanya.

Ampun maaf.
Bilik Suluk, Irbid, Jordan.
10.33pm, Feb 13, 2014
………………………………………………………………
BERITA i-

Pembaca buku di Rusia dikejutkan dengan satu lukisan kartun yang terdapat dalam buku kisah dongeng Rusia untuk pengajaran kepada anak-anak mengenai aspek kebersihan. Apa yang memeranjatkan dalam kartun tersebut sang buaya memegang sekeping kertas. Setelah dibuat kajian kertas tersebut ialah merupakan naskhah Al Quran dari surah Hijir , surah ke 15, ayat 1 hingga 15.

Pelukis yang melukis kartun tersebut sendiri tidak mengetahui bahawa gulungan kertas tersebut ialah dari Al Quran. Pelukis kartun tadi berkata dia membuat carian dalam internet dan mendapati gambar tersebut cantik dan amat sesuai untuk lukisannya tanpa mengetahui ianya adalah surah Al Quran.

SUBHANALLAH ! Buaya adalah makhluk ALLAH. Buaya-buaya amat menghormati ulamak-ulamak Islam di Negeri Sembilan pada zaman lampau. Buaya-buaya amat penting dalam menjaga kelangsungan ekosistem kita terutama dalam aspek kebersihan sungai dan laut.

Crocodile taught Quran to Russian readers

The tale is of educational nature and depicts value of cleanliness and its maintenance.
Source : islam.ru | 29 May 2013 http://islam.ru/en/content/news/crocodile-taught-quran-russian-readers

The tale is of educational nature and depicts value of cleanliness and its maintenance. But why is the page from the Quran in the hand of the crocodile that supposedly teaches cleanliness to the boy? The tales publisher contacted the artist who worked on book illustration and received no concrete answer as to why she decided to use the Quranic page. Apparently the artist had no idea as to what text was written on the page of a picture she found on the Internet and her search for suitable colors ended on that particular picture.

Surah Al-Hijr

1. Alif, Laam, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan.
2. Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam.
3. Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka).
4. Dan tiadalah Kami binasakan (penduduk) sesebuah negeri melainkan ada baginya tempoh yang tertentu dan termaklum.
5. Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya.
6. Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): “Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila”.
7. “Sepatutnya engkau membawakan malaikat kepada kami (untuk menjadi saksi tentang kerasulanmu), jika betul engkau dari orang-orang yang benar!”
8. Tiadalah Kami menurunkan Malaikat melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan pada ketika itu mereka (yang ingkar) tidak akan diberi tempoh lagi.
9. Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
10. Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), dalam kalangan kaum-kaum yang telah lalu.
11. Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.
12. (Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu dimasuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).
13. Mereka tidak percaya kepada Al-Quran yang engkau bawa, padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan orang-orang yang telah lalu (yang mendustakan Rasul-rasulnya).
14. Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada):
15. Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: “Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)”. (Al-Hijr 15:15)
………………………………………………………………..
BERITA ii-

Lebih 3000 ekor buaya yang terdapat di Sg Linggi dan Rembau sepatutnya menjadi tarikan pelancongan Islam ke sini kerana buaya-buaya di sini dikatakan telah menurut kata-kata ulamak silam di Negeri Sembilan dengan izin Allah yang hingga ke hari ini tidak mengganggu kehidupan manusia di sini.

Kisah lanjut buaya dan ulamak di http://waghih.blogspot.com/2010/05/3000-buaya-di-pantai-melaka-dan-ulama.html

‘Pengawal pintu’ mati terdampar
27 Jan 2014

Bangkai seekor buaya tembaga dipercayai berusia hampir 100 tahun digelar ‘Pengawal Pintu Sempadan Sungai’ ditemui terdampar di tebing sungai Kuala Linggi di Kota Simpang, Lubok Cina, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, buaya tembaga dengan ukur lilit hampir tiga meter dan berat tiga tan itu digelar pengawal pintu sempadan Negeri Sembilan – Melaka berikutan sering menonjolkan diri setiap kali nelayan turun ke sungai untuk menjaring udang galah dan ikan.

Kejadian disedari seorang nelayan sungai Zainal Md Ali, 63, kira-kira jam 9.30 pagi ketika menjaring udang selepas terhidu bau busuk dari tebing sungai sebelum menemui bangkai buaya tembaga sepanjang tujuh meter.

Menurut Zainal, dia terpandang reptilia terbabit dipenuhi lumpur lalu mendekatinya sebelum menyedari ia tidak bergerak dan dipercayai mati tiga hari lalu dalam keadaan dihurung lalat selain tubuhnya dicarik biawak.

“Kepala buaya berkenaan menghala ke tebing sungai dan saya lihat seluruh badannya dipenuhi lumpur dipercayai tidak berupaya bergerak kerana sudah tua.

  • Raden tokak (57)
  • raden tokak palembang (6)
  • sejarah raden tokak (4)
  • kisah raden tokak (2)
  • makam raden tokak (2)
  • misteri raden tokak (2)
  • sejarah pangeran mandi api kota palembang (1)
  • raden toka (1)
  • raden tok (1)
  • legenda raden tokak (1)
  • buaya raden tokak (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *