***Cara Mudah Mengukur BMI***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Selama ni tak hirau sangat soal berat badan. Berat badan kena sesuai dengan ketinggian. Kalau lebih berat, risiko ditimpa penyakit adalah tinggi. Hukum adat la. Kalau Tuhan kehendaki, sesiapa pun boleh Tuhan sehatkan, sesiapa pun Dia boleh sakitkan malah matikan. Tuhan Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Apa itu BMI? Malas nak cari di internet, baca la terus post anjang ni. Anjang pun ambil dari internet, ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ.

Apakah itu BMI (Body Mass Index)

Dari Wikipedia, BMI merujuk kepada Body Mass Index atau Bahasa disebut, Jisim Indeks Tubuh (JIT).
KEPENTINGAN BMI/JIT?

BMI sebenarnya adalah suatu langkah yang digunakan untuk menilai tahap kegemukan seseorang dengan mengukur ketinggian dan berat individu tersebut. Melalui BMI, seseorang individu dapat menentukan dirinya mengalami masalah kegemukan ataupun tidak.

Ciri nyata yang menandakan berlebihan berat badan ini adalah memiliki lemak badan yang berlebihan. Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan penurunan berat badan. Pengambilan kalori yang berlebihan serta kurang bersenam merupakan penyebab utama seseorang itu mengalami penambahan berat badan.
Apabila kalori diambil berlebihan, bakinya akan ditukarkan menjadi lemak tepu yang akan meningkatkan lagi kolesterol dalam darah. Setiap orang perlu memberi perhatian yang serius terhadap berat badan mereka. Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik.

Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi Indeks Jisim Tubuh (BMI):
Berat tubuh badan(KG) bahagi Ketinggian(M) kali Ketinggian(M)

Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m Mula-mula, kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336 Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6 Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal

* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan

* 30 dan keatas,anda adalah obesity

Sumber:
http://pendidikansainssukan36.blogspot.com/2013/06/apakah-itu-bmi-body-mass-index.html?m=1

Tapi kalau malas atau tak sempat nak mengukur berat badan sebab tak de tali tape. Nak pinjam dengan Kak Aishah di Butik Siti Khatijah malu sebab nampak dia sibuk sangat menyiapkan tempahan orang. Lebih-lebih lagi Jakel membuat tawaran hebat, maka pelanggan Jakel Tg Malim pun setelah membeli kain di Jakel, buat tempahan terus dengan Kak Aishah. So, sapa-sapa nak buat baju yang selesa dipakai, tempahlah di Butik Siti Khatijah, Kak Aishah sedia menyiapkannya. Ooop, terkempen.

Anjang dah buat 2 helai. Yang pertama beri baju yang agak sempit di leher, lupa nak ‘mention’ dia supaya betul, al hasil, dia buat betul-betul seperti baju yang anjang beri. Sempit di leher. Satu lagi anjang beri untuk ukur, baju yang memang ‘ngam’ dengan anjang. Alhamdulillah, bila siap, betul-betul ngam…Hj Hashim, Pengurus Andalusia Tg Malim pun tempah jubah dengan Kak Aishah. Korang bila lagi? Tapi biasanya dia buat baju perempuan.

Ok, nak cari tali tape susah. Nak cari timbang pun susah. Nak timbang di farmasi malu. Lebih-lebih lagi nak timbang di R&R, semua orang tengok. Jadi, bila masa nak tengok BMI?

Mudah aje, ikut panduan berdasarkan gambar di bawah, dengan mudah pembaca boleh tahu, berat anda sesuai dengan ketinggian atau berlebihan ataupun kurang. Anjang dah cek. Lebih sikit. Pastikan ye, guna jari telunjuk. Amirul lebih, Miqdad lebih, Mujahid lagi lebih. Susah nak cari yang ideal. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ

Dah tau BMI, cek pulak selawat cukup tak 1 jam setiap sebelum solat? Solat malam cukup ke tak? Wirid zikir cukup tak? Taubat lebih tak? Kelas masuk tak? Kuliah ikut tak? Pengorbanan, setiap hari tak? Supaya pembangunan fizikal, mental dan spiritual di usahakan. Lebih-lebih lagi pembangunan spiritulnya atau rohnya. Moga menjadi orang yang selamat. Selamat dunia, selamat akhirat. Moga dilayakkan menjadi penyelamat.

Bilik SS, Jerash, Jordan.
9.28am, Mac 1, 2014

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *