***Pray For MH370***

Kongsikan kepada yang lain
Share

IMG_20140307_184644_editsalam ceria.2 hari lepas Pn Azwa dengan ayah dan ibunya datang ke Mat’am NM Irbid. Walaupun dah berumur 71 tahun, Cikgu Mohd Ani kelihatan gagah travel melihat kebesaran Allah di Jordan selepas mengerjakan ibadah umrah. Tahun lepas anjang bertemu dengan mereka di Mekah. Tahun 2012, sempat bertemu di Damascus, ketika mereka menziarahi maqam-maqam dan tempat bersejarah di Syria. Ketika itu En Nazif dan Pn Azni mengiringi bersama. Cikgu Mohd Ani dan isteri antara orang kuat jemaah di JB suatu ketika dulu. Menariknya, isteri beliau sangat kuat ingatan terhadap peristiwa-peristiwa lama di Johor Bahru seperti projek cili sos dan kicap, hubungan mereka dengan Pak Teh dan Mak Teh serta Aruah Hj Hassan Nako sekeluarga. Malah dia masih ingat naik van dari Batu Hampar menghantar rombongan pelajar ke airport Subang untuk ke Mesir di bulan 10 tahun 1989. Anjang pun dah lupa, itulah kali pertama anjang naik kapal terbang.

‎Kalau difikir-fikirkan, naik pesawat ni memang menakutkan. Kalau naik kapal, macam masih ada harapan jika tenggelam. Tapi, kapalterbang yang berada di ketinggian 34 ribu kaki dari aras laut, kalau jatuh, eeii takutnya. Dulu semasa sekolah rendah dapat hadiah novel ‘Tragedi 4 Disember’, menceritakan kisah di sebalik terhempasnya pesawat MAS di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada tahun 1977 yang membunuh Kesemua 93 penumpangnya dan 7 anak kapal. Pesawat MH653 dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur itu dirampas di udara dan akhirnya terhempas di kawasan berpaya. Tidak dapat dipastikan pihak mana yang merampas pesawat yang malang itu. Kesemua cebisan anggota badan mangsa dikebumikan bersama setempat di Kebun Teh kerana sudah tidak sempurna dan tak di kenali.

MemorialSejak semalam seluruh dunia masih berdoa dan mengharap agar berlaku keajaiban terhadap pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Flight-MH370MAsMalaysian_Airlines0803_840_883_100Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.

‎Anjang bukan percaya sesuatu boleh ditafsirkan berpandukan angka-angka. Dalam masa yang sama tidak menafikan ada angka-angka yang mempunyai hikmah tertentu di sisi Allah. Contohnya

1. Allah cipta langit dan bumi dalam masa 6 hari.

2. Rasul-rasulnya berjumlah 313 orang (yang wajib dipercayai 25 orang), 313 itu sama bilangan dengan tentera Tholut dan tentera Badar.

3. Allah tetapkan masa iddah itu dengan 3 kali suci.

4. Allah tentukan sempurnanya penyusunan seorang bayi itu selama 2 tahun.

Jadi, bila ada yang kongsi dengan anjang peristiwa yang berlaku berdasarkan angka-angka, elok juga kita ambil jika ia boleh menambah keinsafan dan menguatkan hubungan kita dengan Tuhan.

Dalam mesej yang disebar, diajak pembaca melihat tarikh berlaku kehilangan pesawat di atas iaitu 8.3, dilaporkan ia berlaku pada jam 12.41pagi. Maka, penulis mengajak kita semua meneliti surah Yasin yang mempunyai 83 ayat dan lebih khusus ayat 41 dan seterusnya. Mengapa tak diambil no 12 tu, anjang tak tau. Mari kita lihat firman Allah dalam surah Yasin yang kita baca dari kecil setiap malam Jumaat:

‎41. dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;

42. dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.

43. dan jika Kami kehendaki, Kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, –

44. kecuali dengan kemurahan (rahmat) dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.

45. dan apabila dikatakan kepada mereka: ” Berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat”, (Mereka tidak mengindahkannya).

46. dan (Itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan Tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).

47. dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.

48. dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): ” Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”,

49. mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang – (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).

50. maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.

Ya Allah, bantulah kami untuk bertambah takut padaMu atas segala kejadian yang berlaku. Jadikan kami takut setakut-takutNya padaMu ya Allah.

DQ, Irbid, Jordan.
Hj Hassan Mohd Zain dan Hj Rahim Skylab tak beri pendapat ke? dulukan terlibat dengan operasi di Bario?

DQ, Irbid, Jordan

2.47pm, Mac 9, 2014

‎TERKINI! PESAWAT MAS HILANG, NASIB 239 PENUMPANG BELUM DIKETAHUI

DIKEMASKINI 9HB. MAC

updated 17.00pm

Pesawat MH370 Ditemui?

Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya di dalam satu laporan berita. “Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.

“Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” tambahnya.Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan.

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan. ~astro awani

BREAKING 1328 hrs: Pegawai tentera dan DCA sedang meneliti rakaman radar di pusat kawalan udara di Subang kerana ada kemungkinan pesawat MAS MH370 berpatah balik ke KLIA dari kedudukan terakhir mereka 246 kilometer dari Ho Chi Minh.

Beijing pula mendakwa menemui serpihan pesawat dipercayai milik MAS di lokasi longitud 103 darjah 29 minit Timur dan latitud 6 darjah 42 minit Utara, kira-kira 170 batu nautika dari Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimanapun reaksi MAS belum dapat disahkan tetapi hanya mengesahkan tumpahan minyak di kedudukan 246 kilometer itu sahaja.

Pusingan yang dinamakan ‘air turn back’ biasanya dilakukan sekiranya pesawat menghadapi masalah teknikal, tetapi dalam kes ini pesawat itu tidak membuat sebarang hubungan kecemasan yang mengatakan pesawat itu bermasalah.

Hasil dari maklumat tersebut, penyiasat penerbangan kini menumpukan terhadap kemungkinan pesawat itu berpatah balik, menumpahkan minyak bagi mengaburi pihak berkuasa, menutup transponder dan terbang ke destinasi yang tidak diketahui sehingga kini.

Setakat ini 40 kapal perang dan 22 pesawat tentera dari 9 buah negara sedang menjalankan operasi mencari di seluruh kawasan yang disyaki.

Rakaman CCTV mengesahkan hanya dua penumpang sahaja yang kini disyaki dan bukannya empat seperti laporan sebelum ini.

Bagaimanapun, FBI masih tidak menolak kemungkinan keempat-empatnya masih dianggap suspek yang disyaki.

‘Waris dijadual diterbang jam 9 pagi ini’

Waris dan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 kini ditempatkan di Everly Hotel, Putrajaya dan akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk diterbangkan ke satu lokasi yang masih belum dimaklumkan 9 pagi ini.

Menurut seorang waris penumpang yang enggan dikenali, mereka juga dimaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menemui semua keluarga selepas subuh nanti.

Pihak pengurusan Malaysia Airlines bersama Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Angkatan Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia dijadual mengadakan sidang media di sebuah hotel di KLIA pagi ini berhubung perkembangan terkini mengenai pesawat yang dilaporkan hilang sejak awal pagi semalam.

Sementara itu, tinjauan Bernama di KLIA awal pagi ini mendapati keadaan di lapangan terbang itu kembali tenang dan beberapa wartawan tempatan dan luar negara masih menunggu untuk mendapatkan maklumat terkini.

Semalam, MAS melaporkan pesawatnya, MH370 hilang daripada radar, kira-kira dua jam setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 pagi menuju ke Beijing, China.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi semalam. – Bernama/MK

BREAKING 1254 hrs: Wartawan Wall Street Journal (WSJ) di Vietnam, Vu Trong Khanh memaklumkan sebentar tadi bahawa Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam, Nguyen Ngoc Dong mengesahkan bahawa:

1) Tumpahan minyak sepanjang 20 kilometer kini bergerak sejauh 80 kilometer ke barat daya dari kawasan lokasi teralhir pesawat MAS MH370 kali terakhir terputus hubungan.

2) Tiada tanda-tanda pesawat atau serpihan ditemui setakat ini di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, operasi mencari dan menyelamat diperluas ke barat daya oleh tentera laut Vietnam.

Dalam mesyuarat sebentar tadi, pegawai tentera memaklumkan mereka sudah menjalankan operasi seluas 240 batu nautika dari tempat yang disyaki.

Isu pasport palsu kini dalam siasatan FBI dan CIA yang meminta ejen mereka di Asia Tenggara supaya terbang ke Kuala Lumpur kerana dipercayai ada penemuan baru selepas satu kes pasport China didapati palsu (jumlah empat kesemuanya).

Wartawan Vietnam, Vu Trong Kanh yang mengikuti mesyuarat itu sedang mendapatkan maklumat dari pihak berkuasa negara itu tentang perkembangan usaha mencari dan menyelamat.

Sementara itu, kes pasport palsu makin rumit apabila warganegara China pula turut dikesan menggunakannnya menjadikan kes kini kepada empat.

Hishammuddin berkata nama keempat-empat penumpang tersebut sudah diserahkan kepada unit risikan untuk tindakan lanjut.

Sambil tidak menolak kemungkinan ia dirampas, kini usaha mencari dan menyelamat giat dijalankan

Dua tompok tumpahan minyak yang dipercayai datang daripada enjin pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines yang hilang awal pagi Sabtu ditemui dalam operasi mencari yang dilakukan pihak berkuasa Vietnam, lapor sebuah akhbar negara itu. Akhbar Tuoi Tre itu juga melaporkan tompokan minyak masing-masing sepanjang 20 kilometer pada jarak 500 meter antara satu sama lain itu ditemui juruterbang pesawat tentera Vietnam yang menyertai misi pencarian tersebut.

Tompokan minyak itu dilaporkan ditemui 140 kilometer ke selatan Pulau Tho Chu di pesisir selatan Vietnam.

Selain tompokan minyak, pasukan pencari Vietnam juga mengesan kepulan asap di permukaan laut berhampiran tempat tompokan minyak ditemui di koordinat 7.25 utara, 103.2320 timur.

Sebelum itu akhbar yang sama melaporkan pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing itu terhempas di Laut China Selatan dalam kawasan perairan Malaysia.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik berkata pesawat itu dipercayai terhempas kira-kira 300 kilometer dari Pulau Tho Chu. Pulau itu terletak 102 ke barat daya resort peranginan Phu Quoc dekat kawasan perairan sempadan Malaysia dan Vietnam.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.

Dalam pada itu, Vietnam juga menyatakan kesediaan untuk menggerakkan misi mencari dan menyelamat sekiranya ada permintaan daripada kerajaan Malaysia.

“Oleh kerana pesawat itu hilang dalam kawasan perairan Malaysia, Vietnam tidak boleh menghantar pasukan penyelamatnya tanpa permintaan rasmi daripada Malaysia,” kata Mejar Jeneral Pham Hoai Giang, pengarah Jabatan Mencari dan Menyelamat di Kementerian Pertahanan Vietnam dipetik oleh Tuoi Tre. -astroawani

Pasport curi tambah lagi misteri kehilangan MH370

Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan wujud unsur jenayah berikutan laporan bahawa seorang warga Itali yang disenaraikan dalam penerbangan MH370 tidak pernah menaiki pesawat tersebut.

Menurut laporan agensi berita asing, penumpang Luigi Maraldi, 37, disenaraikan dalam senarai penumpang penerbangan yang dikeluarkan oleh Malaysia Airlines sebelumnya, tetapi akhbar Itali Corriere Della Serra melaporkan dia tidak berada dalam pesawat itu.

Maraldi dilaporkan kehilangan pasportnya di Thailand Ogos lepas.

“Mereka (pihak berkuasa Malaysia) mempunyainya (maklumat) tetapi ia masih dalam (semakan),” kata Timbalan Menteri Pengangkutan Aziz Kaprawi kepada pemberita lewat petang ini di sebuah hotel di KLIA.

Menurut Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman Penerbangan, pihak berkuasa telah meneliti semua rakaman CCTV penumpang serta bagasi.

“Setakat ini kita puas hati,” katanya, sambil menambah maklumat lanjut tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan. –

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

  • khazanah yang dibawa mh370 (16)
  • anjangmuor 313 (15)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Pray For MH370***

  • March 10, 2014 at 12:57 am
    Permalink

    Ulasan Mus:
    Pristiwa tanjung kupang terjadi tahun 77,anak kapal 7 org, hingga skg 37 tahun. Flight MH370 boeing 777,hilang sabtu 7, penumpang 227,indon 7..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *