Anwar hilang kata-kata ekoran kenyataan MB

Kongsikan kepada yang lain
Share

Datuk Seri Anwar Ibrahim terkedu sejurus selepas Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu bahawa sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasannya bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Dalam reaksi segeranya di Twitter, Anwar menjawab tweet sebuah portal berita yang melaporkan perkembangan itu, hanya dengan menulis dua tanda soal “??”.

Menjawab soalan sultan, Khalid hari ini menjelaskan, di sebalik pemecatannya daripada PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti anggota dewan negeri.

Justeru, kata Khalid, sultan berpuas hati dengan penjelasan yang dipersembahkan dan selanjutnya memperkenannya terus memegang jawatan menteri besar.

Berikut beberapa reaksi segera di Internet berhubung keputusan terkini istana:

Datuk Ahmad Maslan, Ketua penerangan Umno
Sultan Selangor sudah memberi perkenan agar Tan Sri Khalid terus jadi MB Selangor. Episod amat menarik. Adakah PKR dan DAP akan mohon “sembah derhaka”?

Latheefa Koya, peguam dan pemimpin PKR
Amboi tebalnya kulit. Orang pecat dia, dia pula suruh exco letak jawatan!

Abdul Rahman Dahlan, menteri perumahan
Ekoran majoriti ADUN Selangor menyokong TSKI (Khalid), Pakatan tak boleh dakwa Khalid tiada kesahan jadi MB. Pakatan sebenarnya tiada kesahan membentuk kerajaan.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *