Bagaimanakah proses permohonan Sijil Pengesahan Halal (SPH) dibuat?

Kongsikan kepada yang lain
Share

‎119. Bagaimanakah proses permohonan Sijil Pengesahan Halal (SPH) dibuat?
119.1. Semua permohonan pensijilan halal adalah menggunakan borang yang perlu diisi secara on-line melalui sistem e-halal yang dibangunkan oleh JAKIM di laman web sesawang : http://www.halal.gov.my. Kategori permohonan yang layak adalah seperti berikut:
119.1.1. Pengeluar / pengilang produk (manufacturer / producer)
119.1.2. Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer)
119.1.3. Pengusaha pembungkusan semula (repacking)
119.1.4. Premis makanan (food premise)
119.1.5. Premis sembelihan (abattoir / slaughter house)
119.1.6. Farmaseutikal
119.1.7. Logistik (pengangkutan, pergudangan)
119.2. Sistem e-halal akan mengasingkan permohonan mengikut negeri berdasarkan dimana lokasi kedudukan kilang / premis makanan diproses secara automatik.
119.2.119.3. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) / Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) akan menguruskan proses pengesahan permohonan bagi kilang / premis makanan di negeri masing-masing melalui sistem berkenaan sehingga selesai.
119.3.119.4. Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dengan menyertakan salinan dokumen sokongan yang berkaitan mengikut kategori seperti berikut :
119.3.1.119.4.1. Produk makanan
119.3.2.119.4.2. Premis makanan (hotel / restoran)
119.3.3.119.4.3. Barang gunaan
119.3.4.119.4.4. Kosmetik dan dandanan diri
119.3.5.119.4.5. Premis sembelihan
119.3.6.119.4.6. Farmaseutikal
119.3.7.119.4.7. Logistik
119.4.119.5. Salinan borang permohonan on-line hendaklah dihantar bersama-sama dokumen sokongan permohonan untuk disemak oleh pegawai JAIS dalam tempoh 5 hari bekerja.
119.5.119.6. Jika perlu, pemohon perlu melengkapkan dokumen sokongan tambahan yang diminta dalam tempoh masa yang ditetapkan.
119.6.119.7. Surat arahan pembayaran fi pensijilan halal akan dikeluarkan sekiranya permohonan yang dihantar lengkap dan sempurna. Bagi permohonan yang tidak lengkap, surat bayaran tidak akan dikeluarkan dan permohonan ditolak secara automatik.
119.8. Proses audit akan dilaksanakan oleh pegawai auditor JAKIM / JAIS selepas bayaran fi dijelaskan oleh pemohon.
119.7.119.9. Setelah melalui proses audit yang sempurna, permohonan tersebut akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Halal Negeri Selangor (MJPHNS) untuk dibincangkan.
119.8.119.10. Jika Mesyuarat bersetuju dengan kelulusan permohonan tersebut, sijil akan dikeluarkan oleh JAKIM.
* Sebarang maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang JAKIM : http://www.halal.gov.my dan JAIS : http://www.jais.gov.my.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),
Bangunan Sultan Idris Shah,
Tingkat 1 Menara Selatan
No 2 Persiaran Masjid,
40676 Shah Alam Selangor
Tel: 03-55143400 Fax: 03-55103368
Email: info@jais.gov.my

Hak Cipta Terpelihara © 2013 Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Selangor
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *