***Bukan Menyedihkan tetapi…***

Kongsikan kepada yang lain
Share
Takutilah Tuhan!!!
Takutilah Tuhan!!!

‎Salam ceria.

Tahun 2014 telah berlalu. Berbagai peristiwa menyayat hati berlaku kepada rakyat negara kita atau kepada kepentingan Malaysia. Kesannya masih terasa di hati hingga sekarang bila dikenang-kenangkan.

Kita ambil yang besar-besar. Kehilangan pesawat MH370 adalah sesuatu yang sangat misteri. Bukan sekeping duit syiling atau loket pusaka. Bukan juga jam tangan atau kereta mewah. Tetapi sebuah pesawat yang sangat besar. ‎Dengan 239 penumpang dan anak kapal di dalamnya. Hingga saat ini, secara rasminya, tiada satu petunjuk pun yang benar-benar berwibawa untuk menentukan lokasinya. Pilu hati dengan kematian seseorang yang kita sayangi, sudah terlalu menyiksa jiwa. Tetapi masih ada kubur atau tempat persemadiannya yang boleh kita ziarahi tetapi lebih pilu dan sedih berpanjangan jika ia lesap begitu saja tanpa berita. Entahkan hidup, entahkan mati. Sudah hampir 1 tahun, masih kekal misteri.

‎Belum terubat kesedihan akibat kehilangan MH370, dunia digemparkan dengan terhempasnya pesawat MH17 akibat ditembak di ruang udara Ukraine menyebabkan 280 penumpang dan 15 orang anak kapalnya terbunuh. Satu berita yang menggegarkan hati-hati yang sedang cuba dijinakkan dengan Tuhan. Di sana-sini orang menyeru Pray For MH370. Dalam sekelip mata, isteri-isteri menjadi balu, anak-anak menjadi yatim, ibu bapa kehilangan anak-anak tercinta, warga MAS dan seluruh dunia berdukacita. Siapakah dalangnya? Hingga kini belum dijumpa. Apabila telah berlaku, sebagai mukmin kita kena sabar dan redha. Ambillah iktibar agar takut dengan Allah yang Maha Berkuasa.

Di akhir tahun pula berlaku musim tengkujuh tetapi kali ini ia sungguh luar biasa. Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang antara yang paling teruk terjejas. Kerugian berjumlah berjuta-juta RM. Air naik dengan cepat menyebabkan banyak harta benda gagal diselamatkan. Ribuan orang duduk di pusat-pusat penempatan mangsa banjir. Bukan sedikit rumah yang hanyut dan musnah dibawa banjir. Ia umpama Tsunami di Acheh 10 tahun yang lalu tetapi kurang korban nyawa. Mungkin kerana Allah mahu kita sempat kembali kepada-Nya. Mengiktiraf Maha Kuasa Allah. Menambah rasa gerun dan takut kepada-Nya.

Banjir belum surut, entah gelombang ke berapa‎ akan tiba? Ramai yang masih di pusat pemindahan. Pembersihan lumpur-lumpur dan sampah sarap pasca bah besar belum selesai, sampai pula berita kapalterbang AirAsia QZ8501 terhempas di laut Jawa membunuh 155 orang penumpangnya dan 7 orang anak kapal. Oh Tuhan! Apakah maksud semua ini…?! Setelah berhari-hari pencarian, akhirnya lokasinya ditemui, mayat demi mayat dijumpai. Malah ada mayat yang masih duduk terikat di seat pesawat di dasar laut. Yang telah pergi di kalangan orang Islam, moga-moga dianugerahkan syahid akhirat. Berbahagialah hendaknya mereka di sana. Tetapi, iktibar dan pengajaran adalah untuk kita, yang masih diberi peluang menghirup udara-Nya, memakan rezki-Nya, berjalan di atas muka bumi-Nya.

Malang lebih 1000 kali malang. Bukan sedih dan menyedihkan, tetapi tersangaaattt sediiihhh bila anjang baca berita di bawah‎. Mengapa kita tidak mahu mengambil iktibar?! Kepada seluruh remaja GISB khasnya, janganlah korbankan prinsip kamu sebagai seorang Islam hanya kerana ingin memenuhi hobi-hobi kamu. Apakah kita ingin Allah lakukan sesuatu yang akibatnya menyesal pun tidak berguna? Menyesal pun sudah terlambat. Marilah kita kembali kepada Allah, takut dengan segala ancaman-Nya. Marilah kita muliakan Rasulullah SAW, membalas rindunya kepada kita.Apakah di bulan kelahiran baginda, kita mengambil idola selain baginda?! Tidakkah kamu mempunyai hati dan perasaan terhadap nabimu? Tangisilah sikap degil kita ini, sebelum sampai waktunya, air mata darah pun tak berguna…

Ya Allah, ampunkan kami semua.

Bilik Villa, AB.

10.39am, Jan 12, 2015

Video gadis Melayu dipeluk artis K-Pop dikecam‎

KUALA LUMPUR, 11 Januari:

Kegilaan gadis Melayu terhadap bintang k-pop dari Korea pada hari ini dilihat sangat membimbangkan.

Bukan sahaja meminati lagu, malah mereka teruja hingga ada yang sanggup merelakan diri dicabul seperti memberi keizinan tanpa mengambil kira persoalan hukum agama terhadap perlakuan mereka itu.

Ini terbukti apabila satu klip video yang berdurasi selama 3 minit 21 saat menunjukkan beberapa orang gadis Melayu bertudung lingkungan 20-an merelakan diri mereka dipeluk dan dicium di atas pentas pada satu persembahan K-Pop yang diadakan di ibu negara petang semalam.

Video tersebut telah dimuat naik di laman Facebook Sukan Star TV dan sudah ditonton lebih 327,047 kali.

Ia juga telah dikongsikan oleh pengguna laman sosial lebih 12,654 kali dan 8,080 orang menyukainya serta mendapat pelbagai komen.

Ramai daripada penggguna Facebook mengutuk sikap gadis-gadis Melayu terbabit yang disifatkan sebagai sangat memalukan.

Seorang pengguna Facebook, Musemmil Genjuro menulis: “Maaf bercakap. Tak pelik ke? Kenapa semua perempuan yang disentuh semuanya bertudung? Di situ kita nampak kebodohan dan kelemahan akidah umat akhir zaman.

Sementara itu seorang pengguna Facebok yang bukan beragam Islam menggunakan nama Mathis Mim menulis: “Walaupun saya bukan seorang yang beragama Islam, saya sendiri malu tengok benda ni.

“Apa yang dah sebenarnya terjadi dengan rakan rakan kita ini? Adakah masyarakat kita, bangsa Malaysia lebih mengagungkan budaya sekular yang dibawah pengaruh barat ini?

“Bukan sekadar memalukan agama Islam sendiri namun memalukan budaya bangsa Malaysia yang bersopan santun dan berintegriti dalam menjaga maruah diri

“Renungkanlah saudara saudara sekalian. Inikah yang dimaksudkan dengan budaya bangsa Malaysia? Saya mohon sangat pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengemukakan dasar-dasar yang dapat menghalang benda-benda seperti ini dari berlaku.

“Negara sedang bersusah, dilanda bencana, perlukah konsert sebegini? Tunggu dan lihat, tuhan itu maha mengetahui, semua akan dibalas . tunggu dan lihat kesan akibat kita menjunjung sangat budaya jahil ini,” katanya.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

  • iktibar banjir terhadap diri sendiri (10)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Bukan Menyedihkan tetapi…***

  • January 12, 2015 at 3:04 pm
    Permalink

    Kata orang tua2 guru kencing berdiri anaknya. Kencing berlari. Guru pencuri murid nya penyamun

    Reply
  • January 12, 2015 at 6:08 pm
    Permalink

    Ya Allah datangkanlah seorang pemim- pin yang super Soleh untuk mengantikan pemimpin yang dah tak mampu menyela matkan umat dari kemurkaan Allah dan azabNya dunia akhirat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *