Panas: Najib Berbohong Di Tawau Kata Zam‎

Kongsikan kepada yang lain
Share

Monday, May 11, 2015

“Najib tidak sewajarnya berbohong mengatakan menyokong Dr Mahathir ketika dicabar Tengku Razaleigh (Hamzah) dalam tahun 1987., kata Zainuddin Maidin dalam blognya
Terdahulu Najib dalam ucapannya berkata, beliau antara yang menyokong pentadbiran Dr Mahathir pada pemilihan Umno 1987, di mana ketika itu wujudnya Team A dan Team B, yang mana waktu itu Dr Mahathir hampir gagal mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri berpunca daripada hampir 50 peratus ahli Umno mendesak beliau meletak jawatan.

“Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

“Jadi, janganlah lupa, waktu dia jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakkan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)),” Najib dipetik sebagai berkata.

“1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi perdana menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah, kita beri sokongan, dia kekal,” katanya sambil mengatakan walaupun Dr Mahathir kini tidak menyokongnya, beliau berharap bekas perdana menteri itu tidak “bunyi sangat” atau merosakkan parti.

Zam berkata, selepas ucapan itu disiarkan, beliau menerima pesanan ringkas dari seorang bekas pegawai tinggi Umno yang berbunyi: “Dia bohong sokong Dr M 1987. Dia mula sokong TR (Tengku Razaleigh) saya masih ingat lagi. Masa itu dia timbalan, AI (Anwar Ibrahim). AI yang tekan dia sokong Dr M, banyak saksi yang masih hidup. He is really desperate. Dr M menang dgn 44 undi. He didn’t campaign at all. He is playing safe.”

“Najib selamat banyaknya atas ‘playing safe’. Najib punya bertahan selama ini (sebab) ‘playing safe’. Bila sampai dia menjadi perdana menteri pun, dia ‘play safe’, sampai orang lain yang mengemukakan dia,” katanya.

Zam mendakwa, Najib sering bersikap berkecuali dan memilih berdiam diri apabila timbul sesuatu isu penting.

“Dia berkecuali. Masa nak jatuhkan Pak Lah pun dia berkecuali. Dia mengelak dan dia tidak terlibat. Dia tidak terlibat dalam secara berterus terang,” katanya merujuk kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Zam juga menegaskan, pada tahun 1987 itu, beliau sendiri mengambil pendirian untuk tidak menyokong mana-mana pihak bagi mengelakkan perpecahan berlaku.

“Dr Mahathir menang secara persendirian. Dia menang atas tiketnya sendiri. Tak ada wang yang dibelanjakan. Apa pun tak ada,” kata Zam lagi.

Terdahulu hari ini, Zam di dalam blognya berkata Najib tidak lagi mendapat sokongan daripada rakyat, terutama partinya sendiri, dan beliau dijangka akan mengakui perkara ini pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini.

Zam turut menyeru rakyat Malaysia memanjatkan doa bersama Dr Mahathir yang kini berada di Mekah, agar perdana menteri meletak jawatan.

“Seluruh umat Melayu dan Islam di negara Malaysia tercinta ini, marilah kita bersama-sama menyertai doa mantan perdana menteri Dr Mahathir di tanah suci Mekah agar Allah membuka hati perdana menteri untuk dengan secara bijaksana berundur diri dan meletakkan jawatan pada masa yang sesuai bagi menyelamatkan maruah bangsa, agama dan negara,” katanya.

Sumber:
‎Sungai Rapat Online
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *