***Jaga Ayam Itik pun dapat Tuhan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Rupa-rupanya jaga binatang cara orang Tuhan tak sama dengan orang lain. Ternak haiwan orang yang ada roh berjiwa perjuangan berbeza dengan penternak tradisi di kampung-kampung. Lebih-lebih lagi berbeza dengan penternak komersial.

Ternak cara komersial yang penting untung. Kapitalis tumpukan keuntungan duniawi. Tak untung, tak buat. Untung sikit merungut. Rugi, tukar bisnes lain. Pokoknya untung. Sanggup suntik harmon, supaya cepat harvest sebab apa? Nak untung lebih. Kalau kapitalis pure tu, sanggup bunuh ternakan kalau terlebih di pasaran semata-mata untuk mengawal harga. Nak sedekah atau beri percuma tak pernah tergambar kecuali kalau ada value di sudut keuntungan. Berat! Berat! Kalau orang Islam berfikiran dan berperasaan begini.

Orang kampung yang ada asas syariat, bela ayam itik untuk elak pembaziran. Kalau ada makanan-makanan lebih, tak dibuang begitu sahaja tapi beri pada ayam itik. Kenduri kendara atau raikan tetamu boleh sembelih. Lagipun orang lain semua bela ayam, kenalah bela juga. Ada la sedikit kebaikan tapi tak cukup kuat untuk membina watak bangsa baru.

Atas nama pendidikan untuk membangunkan roh, bela ayam itik sangat berbeza matlamat dan perlaksanaannya. Niat pun dah berbeza. Ada macam-macam niat, ikut panduan pemimpin. Yang paling simple tapi menyentuh ialah nak ambil berkat. Bela ayam, itik, angsa, arnab, puyuh, merpati hatta lembu, kambing dan kuda pun demi nak ambil keberkatan.

Macam mana tu? Ye la, pemimpin yang minta bela ternakan. Taat pemimpin itukan keberkatan. Tentu ada hikmah yang tersembunyi. Di rumah orang bukan Islam, selalu kedengaran anjing menyalak. Rumah orang Islam terdengar suara angsa, ayam mutiara, ayam piru dan burung puyuh. Di awal pagi kokokan ayam jantan mengajak umat Islam membangunkan malam. Terhubung hati dengan Tuhan.

Keberkatan juga kita harapkan kerana ayam itik itu sentiasa berzikir, bertasbih kepada Allah. Jadi niatkan menjaga, membela, berkasih sayang dengan makhluk yang sentiasa bertasbih kepada Allah adalah untuk mengambil keberkatan. Moga kita pun tak putus dengan Allah. Malah diberitahu, jika kita menjaga ternakan dengan sebaiknya, ternakan itu akan sentiasa mendoakan kita.

Baru-baru ni ada kisah burung pinguin yang saban tahun berenang ribuan km semata-mata menziarahi orang yang pernah menyelamatkan nyawanya. Itulah hubungan rasa. Sebab itu dalam menternak haiwan, kena ada rasa. Kena ada hati. Nak bagi makanan pun kena bawa rasa. Kena ada hati. Bukan main campak je.

Sebaiknya makanan itik contohnya, walaupun lebih-lebihan makanan atau sayur-sayuran, eloknya direbus dahulu. Dimasak untuk membasmi kuman. Janganlah masak guna gas. Membazir, punah roh. Cari kayu api, hidup jiwa. Ada usaha. Kena susah sedikit. Lepas mendidih. Sejukkan. Gaul dengan dedak. Beri itik makan. Beri makan dengan bawa hati dan perasaan. Bercakap-cakap dengan itik ayam tu. Kena ada rasa, kena halus. Kena ada kesungguhan.

Hari-hari kena kira berapa jumlah telur. Berapa yang menetas. Berapa ekor yang mati. Sebab apa mati. Kalau pengeluaran telur ayam, itik atau puyuh berkurangan, kena sembang. Kena tanya…

“Itik-itik, kenapa telur kamu berkurang?”
“Puyuh-puyuh, semalam telur kamu banyak, sebab apa hari ni berkurang?”
Bukan main-main. Tanya betul-betul. Rasakan mereka memang memahami kita. Paling tak, Allah yang sebenarnya penjaga mereka, sangat memahami kita. Sebenarnya mereka semua sangat terhubung dengan Allah. Mereka berzikir bertasbih kpd Allah. Kita ada mursyid. Mereka direct dengan Allah. Kalau terputus je dengan Allah, nyawa mereka ditarik. Mati kena sembelih. Jadi mangsa haiwan lain dsb. Jadi kena bersembang-sembang dgn mereka.

Jangan seperti melepaskan batok di tangga. ‎Kena ada perasaan. Paling tidak, kena ada rasa dengan pemimpin. Katakan,
“Burung, kenapa kau tak bertelur. Nanti aku akan kena tanya. Kenapa bertelur sedikit. Nanti aku kena marah.”
Kalau ada rezki, kamu akan dengar burung puyuh itu menjawab.
“Macam mana aku nak bertelur banyak, kamu tak kuat dengan Allah. Solat pun tak bawak rasa. Tak takut Allah. Tak rindu, bimbang, cemas, tak terasa diperhati. Selamba je dengan Tuhan.”
“Sedangkan kami tak pernah putus bertasbih kepada Allah.”
Tapi belum sempat habis burung tu bercakap, kamu dah jatuh pengsan terperanjat. Ia macam cerita kartun tapi perkara ini benar. Ia boleh berlaku.

Jadi, atas nama pendidikan roh, walaupun hanya menternak ‘pet’ kena ada rasa. Macam kuih karipap, dihidang kepada kita, bila menjamahnya, tawar je. Tak ada rasa perencah kari, tak ada rasa bilis, tak ada rasa kentang atau sardin. Rasa tepung dan garam pun tak ada. Bila makan, rasa nak marah. Kenapa tawar sahaja. Baru kita faham, pentingnya rasa.

Kadang-kadang Tuhan uji kita dengan serangan haiwan pemangsa ke atas ternakan kita. Tikus membunuh anak-anak merpati. Kucing menyerang burung-burung ternakan. Atau kambing kita hilang, patutnya sudah cukup memberi kita keinsafan bahawa kita adalah hamba Allah. Kita hanya khadam. Kita tak punya apa-apa. Tapi kita ada Allah yang Maha Segala-galanya. Kita ada Rasul yang luas rahmatnya. Kita ada kekasih-kekasih Allah. Bukan kita rasa tak ada apa-apa lalu tak berbuat apa-apa!

Oleh itu, dalam berbuat apa-apa di dalam perjuangan kebenaran perlu bersama rasa. Rasa-rasa kehambaan dan rasa-rasa bertuhan. Walaupun hanya dalam aktiviti membela binatang ternakan, wajib membawa bersama ‘rasa-rasa’ betapa lagi dalam majlis rasmi bersama Tuhan di dalam sembahyang. Didikan orang roh, bela ayam itik pun dapat Tuhan. Tanpa didikan sebenar, sembahyang pun boleh membawa ke neraka.
Ampun maaf.

Rumah Tetamu GISBH Tepekent, Istanbul, Turki
8.26pm, Mac 14, 2016

Penguin lawat penyelamatnya setiap tahun!

RIO DE JENEIRO – BRAZIL . Siapa sangka, seekor penguin yang pernah diselamatkan oleh seorang nelayan akan kembali semula “melawat” penyelamatnya itu setiap tahun.

Joao Pereire de Saouza, 71, nelayan dari sebuah perkampungan di pinggir Rio de Janeiro, Brazil menjumpai seekor penguin yang sakit terdampar di atas batu pada tahun 2011.

Penguin yang kelaparan serta dipenuhi minyak itu kemudiannya dirawat oleh Pereire de Saouza sehingga kembali pulih dan menamakan haiwan laut itu sebagai Dindim.

Selepas penguin itu kembali pulih, Pereire de Saouza melepaskan semula ke laut namun dia tidak menyangka haiwan itu kembali semula mencarinya selepas beberapa bulan kejadian tersebut.

Menurut Pereire the Saouza, Dindim tinggal bersamanya selama 11 bulan dan akan pergi ketika proses penukaran kulit.

“Semua orang menyangka dia tidak akan kembali namun haiwan itu pulang semula melawatnya sejak empat tahun lalu.

“Dindim akan tiba pada bulan Jun dan akan kembali semula ke laut pada bulan Februari,” katanya kepada Globo TV.

Penguin itu dipercayai berenang lebih 5,000 kilometer setiap kali dia kembali kepada warga emas itu.

“Saya menyayangi penguin tersebut seperti anak sendiri dan percaya haiwan itu juga menyukainya,’ katanya.

Menurut Pereire de Saouza, tiada siapa dibenarkan untuk menyentuh penguin itu kerana haiwan itu akan mematuk individu lain.

“Saya turut akan memandikannya, menyuapkan makanan malah ia turut selesa tidur di ribanya.

Sementara itu, ahli biologi Joao Paulo Krajewski berkata, dia tidak pernah melihat perhubungan seperti ini sebelum ini.

“Saya rasa penguin tersebut percaya lelaki itu adalah sebahagian daripada keluarganya,”

KISAH SEORANG WALI ALLAH DAN ANJING

Suatu hari, seorang wali Allah yang dikenali sebagai Ba Yazid atau Abu Yazid Al Bustami sedang berjalan-jalan di satu lorong. Tiba-tiba seekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut jubahnya tersentuh kulit anjing itu, maka Abu Yazid menarik pakaiannya ke atas.

Tiba-tiba anjing itu bersuara seperti suara manusia, “Kalau kulit aku kering, terkena kulitku, tuan tidak perlu mencuci pakaian tuan, tapi kalaulah kulit aku basah, tuan boleh menyamak pakaian tuan itu. Tetapi sifat benci yang ada di dalam diri tuan itu tidak boleh dicuci walaupun dengan tujuh batang sungai sekalipun. Dosa batin itu payah untuk dicuci.”

Abu Yazid berkata, “Wahai anjing, kamu ini sangat bijak. Marilah tinggal dengan aku seketika.”

“Tidak, kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina manusia sedangkan tuan dipuji oleh dunia.Tambahan pula aku tidak menyimpan makanan untuk esok, sedangkan tuan menyimpan makanan untuk setahun,” jawab anjing itu.

Mendengarkan kata-kata anjing Abu Yazid berbisik sendirian: ” Kalaulah dengan seekor anjing pun tidak sudi bersamaku, apakah aku layak untuk menghampiri Tuhan dan duduk di `majlis-Nya’? Puji-pujian bagi Tuhan yang menghinakan diriku dan mengajar manusia melalui perkara-perkara yang kecil.”
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *