***Sanliurfa: Memburu Keberkatan Nabi Ibrahim AS. ii***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Apa maksud Allah pintu 313A?
Pintu 313A, Apa maksud Tuhan?

Awal pagi kami dah keluar. Sebelum sarapan lagi. Subuh di musim panas ni awal. 3.44am dah masuk. Lepas solat, dalam jam 5.15am kami dah berkumpul di lobi hotel EL RUHA. Kalau sebut nama hotel ni EL RUHA macam hotel roh A, nanti ada yang marah. Lagilah kalau sebut gate untuk berlepas ke sini semasa di AirPort Sabiha bernombor keramat 313 malah ada A lagi, ada yang marah. Macam kebetulan. Tapi percayalah, semua tu tak sia-sia. Demi Allah tak sia-sia. Ada la maksud Tuhan di situ.

Kami tak tersilap gate, 313A

Ni Hotel tempat kami menginap…

Dari hotel kami menyeberang jalan ke sebuah taman. Tn Nasirlah yang banyak bercerita kerana pernah ke sini. Sebelum menyebarang jalan lagi Tn Nasir dah tunjukkan dua tiang batu di atas bukit. Menurut yang diceritakan, ia adalah tiang menjanik yang melastik jasad Nabi Ibrahim. Kata beliau, bandar Sanliurfa dulu ketika bersama Abuya, keadaannya tak cantik dan membangun begini. Sekarang keadaannya sudah jauh berbeza. Taman yang kami pergi mempunyai laluan pejalan kaki. Ada kedai-kedai barang hadiah cenderahati. Ada bangku-bangku untuk orang berehat di bawah payungan pokok-pokok besar di kelilingi dengan tanaman bunga yang indah.

Lihat 2 tiang menjanik di puncak bukit

Lokasi pertama yg kami ziarahi ialah sebuah kolam yang agak besar dan memanjang cantik bersimen. Di dalamnya terdapat banyak ikan-ikan yg sehat tanpa gangguan. Bentuk badannya agak panjang. Anjang rasa dari keluarga kap atau koi. Cuma warnanya tidak menarik. Kumpulan ikan ini kelihatan jinak dan menunggu pengunjung menabur makanan. Rupa-rupanya itulah kolam yang terjadi hasil dari dibakarnya Nabi Ibrahim. 

Inilah kolam lokasi Nabi Ibrahim AS dibakar.

Ikan di kolam kesan Nabi Ibrahim AS dibakar. Maha Suci Allah

Menurut sejarah, setelah Nabi Ibrahim memecahkan berhala kaumnya, baginda ditangkap dan dimahkamahkan. Ditanya apakah baginda yang pecahkan dan hancurkan segala berhala di rumah sembahan. Nabi Ibrahim menafikan dan meminta mereka bertanya kepada berhala yang paling besar, yang tidak dirosakkan. Kalau-kalau dia boleh menjawab. Hakim dan mereka yang menghadiri kes itu marah kerana mereka tahu Nabi Ibrahim sedang menghina Tuhan mereka. Lalu hukuman dijatuhkan iaitu akan dibakar.

Sejarah Ringkas terjadinya kolam dan ikan

Anjang terasa ada baiknya juga Namrud yang sangat jahat dan mengaku tuhan tu kerana ‘at least’ Nabi Ibrahim dimahkamahkan. Di Malaysia, pernah ada kumpulan yang besar, bukan seorang seperti Nabi Ibrahim, dihukum begitu sahaja, tanpa dibicarakan. Dinafikan langsung hak mereka. Dari satu sudut, lebih zalim dari Namrud.
Bila seluruh rakyat dikerahkan membawa kayu api, maka timbunan kayu api itu membukit tingginya. Bila api dinyalakan, seorang pun tidak mampu menghampirinya kerana terlalu besar maraknya. Lalu Nabi Ibrahim terpaksa dilempar dengan alat yang berupa lastik besar dari tebing sebuah bukit. Alat yang dikenali sebagai manjenik itu masih kekal tiangnya hingga ke hari ini sebagai saksi kezaliman Namrud dan kerajaannya terhadap seorang Nabi. Kebenaran yang dibawa dengan hujah gagal dilawan, maka kuasa brutal digunakan. Tetapi kuasa Allah lagi hebat. Api yang panas menjulang jadi sejuk dan Nabi Ibrahim diselamatkan. Bukan sejam dua dibakar. Bukan 24 jam. Bukan 1 hari dua tapi selama 40 hari. 
Setelah 40 hari, Nabi Ibrahim AS keluar dari tapak pembakaran dengan keadaan selamat. Bukan baginda sahaja selamat, seinci jubah baginda pun tak disentuh api. Malah Allah jadikan kawah pembakaran itu menjadi tasik kecil atau kolam yang kemudiannya muncul ikan-ikan yang tidak dimakan oleh penduduk setempat malah anjang lihat tiada burung atau pemangsa yang menganggu mereka, sebagai kemuliaan peristiwa Allah selamatkan utusan-Nya. 
Maha Besar Allah yang mengizinkan kami melihat kebesaran-Nya dan kemuliaan orang-Nya di kolam yg Allah kekalkan ini. Datang ke sini dengan ALP pula. Terima kasih Tuhan!

Berkatilah pimpinan GISBH… Aamiin

Setelah bergambar di depan kolam untuk dikongsi dengan kawan-kawan nanti, kami melangkah ke kanan menuju sebuah kolam lagi. Ia disambung antara satu dengan lain dengan tali air yang jernih airnya juga dipenuhi ikan yg sama. 
Kebenaran itu bersifat fitrah. Kalau diterima dengan hati yang suci, tiada kepentingan dan hasad dengki nescaya akan memperolehi hidayah dan taufik Ilahi. Itulah yang terjadi kepada Zulaikha puteri Namrud. Apabila melihat kebesaran Allah berlaku kepada Nabi Ibrahim, hatinya meruntun tak boleh menerima kekafiran ayahnya dan tak dapat menolak kebenaran Nabi Ibrahim AS lalu memeluk agama Islam. Namrud sangat marah lalu memaksa anaknya keluar dari agama tauhid tetapi iman yang telah terpasak di hati tidak bergoncang sedikit pun. Ugutan bapanya tidak dipeduli. Demi menjaga wibawanya sebagai raja yang mengaku Tuhan tetapi tak berjaya mengubah anak perempuannya sendiri maka Namrud tergamak menjatuhkan hukuman bunuh juga kepada puterinya dengan dibakar. 

Zalikha, agungnya imanmu sanggup mati demi keyakinan… di depan kolam Siti Zalikha

Di tapak Zulikha dibakar ini Allah tunjukkan kebesaran-Nya lagi dengan terbitnya mata air lalu terjadi kolam yang indah ini hingga menjadi pengajaran kepada umat sepanjang zaman. Syurgalah buat Zulaikha.

Sejarah kolam Zalikha

Keluar dari tepi kolam kami terus menuju ke Masjid Maulid Al Khalil atau tempat kelahiran Nabi Ibrahim Al Khalil AS yang dijadikan masjid. Di pintunya tercatat kata-kata dalam Bahasa Arab bererti:

“Segerakan sembahyang sebelum terlepas waktu,

Segerakan taubat sebelum mati.”


Tn Nasir meminta Lokman bertanya kepada seorang pemuda yang duduk mencangkung di tembok depan pintu masjid beberapa perkara.

“Ikan di kolam ni boleh di makan?”

Spontan dia menjawab,

“Tak boleh!”

“Sebab apa?”

“Ikan itu dari peristiwa Nabi Ibrahim AS dibakar, tak boleh makan!”

“Dia tau sejarah tu.” Kata Tn Nasir yang sedang mengajar kami khususnya anjang, mengenal masyarakat.

“Cuba tanya dia tentang 2 tiang di atas bukit tu pula.”

Nampaknya dia tak tahu sejarah tiang tersebut. Pendidikanlah yang memainkan peranan untuk masyarakat mengetahui sejarah untuk membina sejarah pula.

Generasi muda ramai yg tidak tahu sejarah

Masuk kawasan masjid yang agak luas, kami terus menuju ke pintunya tetapi tertarik dengan satu sudut berpagar di kanan kami. Rupa-rupanya di situ pernah disemadikan pejuang terkenal Syed Nursi Badiuzzaman yang terkenal dengan perjuangannya dan ‘Risalah An Nur.’ Ulama, Sufi, pejuang yang sangat mirip dengan perjuangan Mursyid. Pengaruhnya sangat kuat. Walaupun setelah kematiannya dan dikebumikan di situ, pengikut-pengikut setianya sentiasa berbondong-bandong datang menziarahi makamnya. Benarlah para Syuhada’ dan Anbiya’ tidak mati seperti matinya manusia biasa. Tuhan izinkan mereka berperanan.
Melihat keadaan pengaruhnya yang tetap kuat walaupun setelah dikebumikan, pihak tentera Turki yang sekular telah mengorek kuburnya di waktu malam dengan memaksa adiknya Abd Majid untuk menandatangani surat persetujuan dan memindahkannya ke lokasi yang diketahui ramai. Ketika jenazah dibongkar ternyata Allah muliakan orang-Nya kerana jasad Syed Nursi Badiuzzaman masih utuh walaupun telah 3 bulan dikebumikan.

Di sinilah makam Syed Nursi Badiuzzaman yg dibongkar tentera lalu dipindahkan. Boleh baca novel Pak Latip untuk dapatkan cerita yg detail.

Setelah dipindahkan, Allah takdirkan ada orang menemuinya lalu dibongkar dan dipindahkan lagi. Sekali lagi, ada orang yg menemuinya, lalu dikorek lagi dan dipindahkan ke tempat yang tidak diketahui hingga hari ini. Begitu takutnya musuh-musuh Allah dengan kekasih Allah ketika mereka masih hidup dan selepas kematian mereka. Al-Fatihah untuk roh Syed Nursi Badiuzzaman.
Selepas itu kami menziarahi gua tempat kelahiran nabi Allah Ibrahim AS. Maha Suci Allah, kekasih-Nya hanya gua tempat lahirnya. Bukan katil bertilam empuk. Pintunya rendah, kena tunduk untuk memasukinya. Di gua itulah baginda tinggal hingga berumur 15 tahun. Pilunya hati. Ruangnya sangat sempit. Apa yang baginda makan ketika kecilnya? Apa yang baginda minum? Tidurnya bagaimana ketika itu? Allah susah-susahkan ketika kecil tetapi Perjuangannya sangat dahsyat ketika dewasa. Berjalan untuk berjuang dan berdakwah di seluruh tanah sekitar Turki, Palestin dan Mekah yg sangat jauh. Hanya berjalan kaki dan berkenderaan haiwan. Dari gua sesempit ini lahir perjuangan yg sangat hebat. Lahir dua bangsa yg besar Yahudi dan Arab. 

Memasuki pintu gua Nabi Ibrahim AS

Meminum air dari kolam gua Nabi Ibrahim AS

Allah muliakan keluarga mereka dengan menjadikan sebahagian dari kejadian yang berlaku pada mereka sebagai amal ibadah yang terus diamalkan selagi ada orang beriman. Seperti amalan saie dari Sofa ke Marwa mengambil peristiwa berlarinya Siti Hajar mencari-cari air untuk menyusukan Nabi Ismail AS. Amalan sembelihan pada Hari Raya Korban mengambil iktibar kisah penyembelihan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Ismail AS. Bahkan setiap hari, umat Islam bersolat kena menyebut nama Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sangat berkat Nabi Ibrahim dan keluarganya. Tak pernah mengata ‘tidak’ dalam setiap perintah Allah. 

Suasana di dalam gua yg dipenuhi air.

Sebab itulah ALP bersama-lama di dalam gua Nabi Ibrahim. Merintih dan munajat di dalam hati mereka. Mengambil sebanyak-banyak keberkatan. Meminum air dari telaga gua yg penuh berkat ini. Moga Allah memberkati seluruh kepimpinan GISB dan family mereka seperti Allah berkati Nabi Ibrahim dan keluarga baginda. Moga Allah berkati semua kita. Terasa berat untuk meninggalkan gua yg berkat ini. Entah bila boleh datang kembali. Air dari gua Nabi Ibrahim sajalah yang boleh dibawa balik untuk diagih-agihkan.
Bahagia kami bertambah berganda-ganda bila memasuki Masjid Maulid Al Khalil bila kunci pintu dibuka kerana di dalamnya ada keberkatan yg sangat-sangat besar iaitu terdapat janggut Rasulullah SAW yg sangat mulia dan kesan tapak kaki baginda. Ya Allah! Dengan apa akan kubayar nikmat yg besar ini. 

Kesan Tapak Kaki Rasulullah SAW yg mulia di Masjid Maulid Al Khalil
Janggut baginda yg mulia. Ya Allah! Berkatilah kami semua….

Moga Allah izinkan kami mengulangi ziarah ini di lain masa. Kami kembali ke hotel untuk bersarapan. 
Bersambung…..
Villa GISB Istanbul, Turki

4.13 pm, Mei 28, 2017
Nota Keberkatan:
Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar:

“Telah meriwayatkan Abdul Razzaq daripada Ibnu Juraij, beliau berkata: Aku diberitahu bahawa nabi pernah buang air kecil ke dalam sebuah bekas yang diperbuat daripada tembikar. Kemudian, baginda meletakkannya di bawah katilnya.”

Apabila baginda hendak mengambilnya kembali, ternyata bekas itu tidak mengandungi apa-apa. Rasulullah SAW bertanya kepada seorang perempuan yang bernama Barakah, pembantu Ummu Habibah yang datang bersamanya dari Habsyah: “Di manakah air kencing di dalam bekas itu?” Dia menjawab: “Aku telah meminumnya.”

Rasulullah SAW bersabda: “Semoga engkau beroleh kesihatan, wahai Ummu Yusuf!” Dia memang digelar dengan gelaran Ummu Yusuf. Selepas peristiwa itu, dia tidak pernah sakit, kecuali sakit yang mengakibatkan kematiannya. (Ibnu Hajar, al-Talkhis al Habir fi Takhrij Ahadith al-Syarh al-Kabir, (2: 32))

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasaei secara ringkas. Berkata al Hafiz al-Suyuti: “Ibnu Abdil Bar telah menyempurnakan penulisan hadis ini di dalam al-Isti’ab.” Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW bertanya Barakah tentang air kencing yang terdapat di dalam bekas tersebut. Lalu Barakah berkata: “Aku telah meminumnya, wahai Rasulullah!” Seperti yang disebut oleh hadis. (Al-Suyuti, Sharh Sunan Al-Nasaei, 1:32).
Dalam Bukhari dan Muslim: Para sahabat berebut mendapatkan sisa air wudhu’ Nabi untuk digunakan membasuh muka mereka. Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam kitab sahihnya akan perlakuan para sahabat dalam bertabarruk dengan air bekas wuduk Junjungan Nabi SAW. Demikian dahsyat dan bersungguh-sungguhnya mereka bertabarruk dengannya sehingga Imam al-Bukhari meriwayatkan yang mereka seolah-olah hampir saling berbunuh-bunuhan kerana berebut-rebut mendapatkan bekas jatuhan air wuduk dan air ludah baginda SAW.
Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim berkata: “riwayat-riwayat ini merupakan bukti/hujjah untuk mencari barokah dari bekas-bekas para wali” (fihi al-tabarruk bi atsar al-salihin).
Anas berkata: “Nabi sall-Allahu álayhi wasallam tinggal bersama kami, dan begitu beliau tidur, ibuku mulai mengumpulkan air peluhnya dalam suatu botol kecil. Nabi sall-Allahu álayhi wasallam terbangun dan bertanya, “Wahai Ummu Sulaim, apa yang kau lakukan?” Dia (Umm Sulaim) menjawab, “Ini adalah air peluhmu yang akan kami campur dalam minyak wangi kami dan itu akan menjadikannya minyak wangi terbaik.” (Hadits Riwayat Muslim, Ahmad). Perbuatan tersebut tidak dilarang oleh Rasulullah SAW.
Ibnu al-Sakan meriwayatkan melalui Safwan ibn Hubayra dari ayah Safwan: Sabit al-Bunani berkata: Anas ibn Malik berkata kepadaku (di tempat tidurnya saat menjelang wafatnya): “Ini adalah sehelai rambut Rasulullah sall-Allahu álayhi wasallam. Aku ingin kau menempatkannya di bawah lidahku.” Thabit melanjutkan: Aku menaruhnya di bawah lidahnya, dan dia (Anas) dikubur dengan rambut itu berada di bawah lidahnya.”

Ibnu Sirin (seorang tabi’in) berkata: “Sehelai rambut Nabi sall-Allahu álayhi wasallam yang kumiliki lebih berharga daripada perak dan emas dan apa pun yang ada di atas bumi maupun di dalam bumi.” (riwayat Bukhari,Baihaqi dalam Sunan Kubra, dan Ahmad)
Hafiz al-’Ayni berkata dalam ‘Umdat al-Qari, Vol. 18, hlm. 79: “Ummu Salamah memiliki beberapa helai rambut Nabi dalam sebuah botol perak. Jika orang jatuh sakit, mereka akan pergi dan mendapat barakah melalui rambut-rambut itu dan mereka akan sembuh dengan keberkatan itu. Jika seseorang terkena penyakit mata atau penyakit apa saja, dia akan mengirim isterinya ke Ummu Salamah dengan sebuah bekas air, dan dia (Ummu Salamah) akan mencelupkan rambut itu ke dalam air, dan orang yang sakit itu meminum air tersebut dan dia akan sembuh, setelah itu mereka mengembalikan rambut tersebut ke dalam bekasnya.”

  • anjangmuor blogspot 313 (1)
  • cerita dewasa ibu dan anak di hotel (1)
  • cerita dewasaa ibu dan anak (1)
  • ceritadewasaibu dan anak (1)
  • Ceryta dewasa ibu dan anak bergambar (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Sanliurfa: Memburu Keberkatan Nabi Ibrahim AS. ii***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *