SEJARAH HAJI & PERISTIWA PADANG ARAFAH

Kongsikan kepada yang lain
Share

SEJARAH HAJI

Haji mengingatkan kita

Sejarah pengorbanan

Pengorbanan yang ikhlas

Agung lagi suci

Kerana Allah Nabi Ibrahim sembelih anaknya

Nabi Ismail kerana Allah nyawa tebusannya

Sejarah berkata lagi

Tentang pengorbanan itu

Siti Hajar kerana Allah

Taatkan suami tinggal sendiri

Tinggal di Tanah Haram

Suami datang setahun sekali

Di tanah kering kontang

Hanya tawakkal kepada Ilahi

Tatkala Nabi Ismail lahir teruji lagi

Air susunya telah pun kering sama sekali

Siti Hajar mencari air

Ke hujung ke pangkal

Berlari-lari dari Sofa ke Marwah

Beberapa kali

Aduh hatinya cemas

Anak kecilnya tiada rezeki

Tapi hatinya teguh kepada Allah

Yakin sekali

Di dalam mencari-cari

Terpancar air dari bumi

Berkat dari tendangan

Kaki anaknya bakal Nabi

Dia pun mengumpul air sambil bersyukur

Dengan menyebut Zam-zam, Zam-zam

Itulah dia air Zam-zam

Yang kekal hingga ke hari ini

Mu’jizat seorang Nabi berkat isterinya

Sudahkah kita mengambil

Pengajaran dari cerita ini

Cintakan Allah menegakkan agamaNya

Wajib berkorban

Taat, sabar dan tawakkal

Jadikan pakaian

Cintakan Allah

Pengorbananlah sebagai bukti

PERISTIWA PADANG ARAFAH

Padang Arafah mencatat peristiwa

pertemuan pertama Adam & Hawa

setelah berpisah 40 puluh tahun

angkara iblis dan syaitan durjana

Adam di cipta sedari tanah

Hawa pula dari tulang rusuknya

ditiupkan roh supaya sempurna

Di Padang Arafah detik bermula

itulah asal kejadian manusia

Adam & Hawa insan bertaqwa

hidup bersama di dalam syurga

segala rahmat Allah memberi

segala nikmat Allah disyukuri

iblis & syaitan merasa iri

menggoda Hawa setiap hari

termakan Hawa khuldi larangan

Allah melihat dengan kemurkaan

Adam & Hawa terpisah akhirnya

hukuman Allah tak dapat di sangka

tercampak mereka ke dunia nyata

menangis keduanya menyesali diri

bertahun lamanya mereka mencari

Mengharap dan menanti Adam berjumpa

keseorangan Hawa tiada pembela

Adam merintih hatinya sepi

pintu taubat masih terbuka

doa mereka dikabulkannya

bertemu akhirnya Adam & Hawa

di Padang Arafah detik bermula

D

j

m

m

h

  • padang arafah mencatat peristiwa (1)
  • peristiwa padang arafah (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *