***PENGAJARAN DARI FITNAH TERHADAP GISB- Siri vii- Hukum Menuduh Orang Berzina Tanpa Saksi***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Hukum Menuduh Orang Berzina Tanpa Saksi

1. Dalam Pos FB Rahmat Zainab merayu… pulangkan Zainab kepada Ibu – 9, ayah Zainab ada mengatakan tentang Tuan Fadhil, (kau rogol dia) rogol lebih berat dari zina.

2. Dalam Pos FB Rahmat Zainab merayu…Pulangkan saya kepada ibu – 3 Rahmat menulis tentang Azwa: (dulu di Jordan dia suka laki-laki Arab, tiap kali ada peluang dia akan tidur dengan mereka)

3. Dalam Pos FB Rahmat Zainab merayu… pulangkan Zainab kepada Ibu – 15 Rahmat menulis tentang Zainab bahawa Tuan Fadhil memperkosa ibunya.

Kesemua tuduhan ini melibatkan zina sedangkan tiada saksi. Oleh kerana Pos bersiri ini untuk mendidik masyarakat dengan ilmu agar tidak berfikir, berperasan dan bertindak tanpa panduan, mari kita jelaskan apakah hukum seseorang yang menuduh orang lain yang terkenal dengan bermaruah sebagai penzina atau perogol, tanpa saksi.

Islam agama yang sempurna. Kedatangan Rasulullah SAW menjadi rahmat sekalian alam. Tapi kenyataan-kenyataan Rahmat dan Dr Mahmod dah bukan rahmat lagi. Ia termasuk dalam hukum Qazaf. Apa itu Qazaf?

Qazaf atau menuduh orang lain berzina termasuk dalam Hukum Jenayah Islam iaitu Hudud. Antara lain yang termasuk dalam hudud ialah zina, mencuri, merompak, minum arak dan murtad. Itu hukum yang telah dihad-hadkan, ditentu-tentukan. Buat ini balas ini. Hukum qisas bukan hudud, balas jenayah seseorang sama dengan apa yang dia buat seperti bunuh balas bunuh. Taazir pula, hukum yang tiada di dalam Hudud dan Qisas tetapi diserah kepada hakim.

Qazaf ni melemparkan tuduhan zina kepada orang lain yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya.

Firman Allah S.W.T:

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksiannya itu selama-lamanya, kerana mereka itulah orang-orang yang fasik”( Surah An-Nur:4)

Tetapi para ulama meletakkan syarat-syarat bagi si penuduh.

Seseorang yang menuduh orang lain berzina mestilah mempunyai syarat-syarat berikut:

1. Berakal

2. Baligh

3. Kemahuan sendiri

4. Tahu qazaf itu haram

5. Bukan ibubapa atau datuk dan ke atas kepada penuduh.

Begitu juga orang yang dituduh itu pula mesti juga mempunyai syarat sebagaimana berikut:

1. Dikenalpasti orangnya.

2. Seorang yang baik dan bersih daripada perbuatan zina dan terpelihara kehormatannya dari sebarang kejahatan.

Kalau Rahmat dan Dr Mahmod cukup syarat-syarat di atas, sedangkan Tuan Fadhil sangat cukup syarat sebagai orang yang dituduh, jika sabit kesalahan, di dalam sebuah negara yang menjalankan hukum hakam Islam, Rahmat dan Dr Mahmod boleh dihukum qazaf seperti berikut:

1. Sebatan sebanyak 80 kali sebatan jika penuduh gagal membawa 4 orang saksi.

2. Jika tuduhan tersebut bukan tuduhan zina atau menafikan keturunannya maka ia hendaklah dijatuhkan hukuman ta’azir.

3. Jika penuduh tidak cukup syarat yang membolehkan hukuman qazaf dijalankan maka ia boleh dikenakan hukuman ta’azir.

Tiga cara melakukan qazaf iaitu:

a. Tuduhan secara terang ( Sorih)

Tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tetap yang membawa makna zina dan penafian keturunan maka hukumannya adalah hukuman qazaf.

b. Tuduhan secara kiasan (Kinayah )

Tuduhan dengan menggunakan perkataan lain tetapi boleh juga membawa kepada zina atau lainnya jika niat zina maka hukumannya adalah hukuman qazaf. Hukuman ta’azir jika tidak niat zina. Seperti menuduh Azwa tidur dengan lelaki Arab.

c. Tuduhan secara sindiran ( Ta’ridh)

Tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang tidak jelas dan tidak tetap tetapi boleh memberi makna yang lain daripada zina maka jika niat zina maka hukumannya adalah hukuman qazaf. Hukuman ta’azir jika tidak niat.

Sudah sampai masanya kita menjaga mulut dan tangan kita dari terus menerus menuduh orang lain kerana akibatnya sangat buruk. Kalau Rahmat tak tahu hukum hakam Fekah kerana dulu hanya ambil jurusan Bahasa Arab sahaja, elok mengaji semula supaya ada ilmu. Kalau Dr Mahmod tak mampu ajar Ilmu Fekah, kena cari guru lain sebab Ilmu Fekah juga wajib dipelajari. Sebab Imam Malik ada berpesan:

Sesiapa yang berfeqah sahaja tanpa bertasawuf dia telah fasik,

Dan siapa yang bertasawuf sahaja tanpa berfeqah, dia telah jadi kafir zinddiq.

Mengikuti Siri tuduhan Rahmat ini kita lihat dia tidak berfekah kerana melanggar hukum syariat malah boleh dihukum qazaf. Tasawuf lebih-lebih lagi tak ikut kerana memfitnah, memaki hamun orang sesuka nafsu. Tak tau hukuman apa yang patut dikenakan. Biarlah Allah sahaja yang bertindak. Saman sivil tetap akan dibuat.

Villa GISBH, Amman.

2.50 am, Mac 31, 2018

  • bertasawuf kena berfekah (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *