SPR sahkan keputusan penuh

Kongsikan kepada yang lain
Share

PUTRAJAYA, 24 Syaaban 1439H, Khamis – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) awal pagi ini, mengumumkan keputusan penuh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), di mana menyaksikan Barisan Nasional (BN) kecundang ditangan Pakatan Harapan (Harapan).

Daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, gabungan empat parti yang membentuk Harapan iaitu Bersatu, PKR, PAN dan DAP dan menggunakan logo PKR pada PRU kali ini, Harapan memperoleh majoriti dan akan membentuk Kerajaan Pusat.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, Barisan Nasional (BN) memperoleh 79 kerusi, PAS (18), PKR (104), DAP (sembilan), Parti Warisan Sabah (lapan), Parti Solidariti Tanah Airku (satu) dan Bebas (tiga).

Pengumuman penuh bagi kerusi Parlimen itu adalah siri akhir sidang media keputusan rasmi PRU-14 di Bilik Sidang Media, Menara SPR, Presint 2, Putrajaya, kira-kira jam 4.45 pagi ini.

Sebelum itu, beliau bersama timbalannya, Tan Sri Othman Mahmood dan pegawai kanan SPR bergilir-gilir mengumumkan keputusan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen bermula jam 12.43 tengah malam tadi.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *