Ramadhan: Masa untuk Perpaduan, buang persengketaan!

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Perpaduan ni nak bermula di mana? Semua orang nak perpaduan. Raja cakap. Mufti beritahu. Ahli akademik forumkan, wartawan uar-uarkan, apa lagi ahli politik. Mereka yang paling banyak pidatokan tentang bersatu dan perpaduan, walaupun realitinya dari mulut yang sama timbul perpecahan demi perpecahan dalam masyarakat.

Negeri utara Malaysia yang mengaku hanya ikut Al Quran dan As Sunnah itu jelas nampak perpecahan. Raja pun berani depa ‘sound’. Mufti tak tegur pula. Ada ke Al Quran dan As Sunnah yang sohehah mengajak kepada perpecahan? Tak ada! Full stop. Jadi nak bermula di mana perpaduan ni?

Dalam GISBH, perpaduan ditegaskan selalu oleh YBM Pengerusi Eksekutifnya, Tuan Mohd Rasidi Abdullah seperti panduan sajak-sajak Mursyidnya, Abuya Ashaari bermula dari ada rasa-rasa dengan Allah.

Semua kita tahu nama-nama Tuhan yang utama ada 99 banyaknya. Tapi Allah memerintahkan setiap perbuatan yang baik atau mulia yang hendak dibuat, hendaklah menyebut namaNya. Iaitu dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ini memberi erti, Tuhan hendak memberi tahu hamba-hamba-Nya bahawa pengasih dan penyayang Tuhan mengatasi Jabbar, Qahhar, Ghodob dan lain-lain.

Ia memberitahu bahawa kalau kita meneliti kehidupan kita banyak berhubungkait dengan kasih sayang-Nya. Ia Tuhan mengajar kita agar kita cinta kepada-Nya. Supaya kita bermesra dengan-Nya. Kita senang dengan-Nya, bahagia bersama-Nya. Kita jadikan dia kawan yang Maha Tinggi lagi simpati. Kawan yang setia, Pengasih, menjaga dan mengawal keselamatan kita. Kita bawa Dia ke mana-mana di dalam kehidupan kita.

Apabila perasaan itu sebati di dalam jiwa kita, maka terhubung pula kasih sayang kita sesama makhluk-Nya. Kalau Tuhan mencintai kita, kita kenalah mencintai hamba-hamba-Nya pula. Jika kita dicintai kenalah kita mencintai. Cinta kita kepada Tuhan itu boleh mendorong kita mencintai makhluk-Nya. Itulah rahsianya mengapa Tuhan menyuruh kita menyebut nama-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tapi kita menyebutnya tidak dari perasaan. Hanya kita menyebut dengan lidah sahaja. Kita menyebut tidak dari hati dan jiwa.

Kerana itulah kita dengan Tuhan tidak cinta sesama makhluk pun kita tidak cinta.

Kalau dengan Tuhan tidak cinta, dengan makhluk Tuhan tidak cinta, macam mana hendak terjalin perpaduan. Kerana perpaduan itu adalah ikatan jiwa berpunca dari kasih sayang. Ia bukan ikatan fizikal atau jasad lahir.

Di sinilah salahnya pemimpin-pemimpin kita. Mengajak orang bersatu tapi tidak mengikat jiwanya. Ajak orang bersatu, dengan Tuhan tidak cinta dengan makhluk Tuhan pun tidak cinta. Saranan itu hanya sia-sia sahaja.

Kalau semua manusia memburu cinta Allah, perpaduan akan terjadi dengan sendirinya dan ia mesti bermula dari sembahyang yang dihayati. Menghayati bacaan-bacaan dalam sembahyanglah yang akan menyuburkan rasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan di hati.

Itulah rahsia perpaduan dalam GISBH yang disuburkan sentiasa oleh YBM PE dan seluruh ALP melalui kuliah-kuliah dan panduan nasihat mereka.

Bila kasih sayang itu anak kunci perpaduan. Macam mana caranya? Praktiknya bagaimana? Kenalah bertegur sapa, beri hadiah, kalau bersalah-minta maaf, kalau ada orang bersalah, maafkan je. Antara lain, yang paling mudah, belanja makan. Makan bersama. Sebab itu GISBH buka banyak restoran, untuk mengajak masyarakat berkasih sayang. Mengajak ke arah perpaduan, walaupun berlainan bangsa, negara dan agama.

Itulah yang terjadi di Amman, Jordan semalam. Duta Besar Malaysia ke Jordan, TYT Datuk Jilid Kuminding menjadi pelopor perpaduan sesama Duta-Duta Besar Negara ASEAN di Jordan bila bersungguh-sungguh menganjurkan Majlis Perpisahan dengan Duta Besar Filipina ke Jordan. Siapa yang berperanan membantu? Sudah tentu Restoran Nur Malaysia Amman, anak syarikat GISBH di Jordan.

Majlis yang dianjurkan oleh Kedutaan Malaysia ini untuk meraikan perpisahan dengan Duta Filipina yang akan tamat tempoh perkhidmatannya di Jordan. Turut dijemput seluruh Duta-Duta Asean di Jordan iaitu Duta Brunei, Indonesia dan Thailand. Masing-masing datang dengan pasangan masing-masing kecuali Duta Brunei yang isterinya pulang ke Tanahair.

Alhamdulillah, Pegawai Kedutaan Malaysia tiba awal dan berbuka ringan. Diikuti oleh Duta Besar Malaysia dan Filipina lalu disusuli dengan kedatangan Duta Brunei, Thailand dan Indonesia.

Majlis dimulai dengan jamuan sate. Walaupun sate daging agak lewat dihidang, sate ayam dan kuah kacangnya mendapat pujian dari semua; “Sate Malaysia sedap!” kata mereka. Alhamdulillah sate semua habis dimakan malah pegawai-pegawai kedutaan ‘order’ lain untuk bawa balik.

Antara menu yang disediakan ialah :

– Sate daging dan ayam

– Nasi ayam madu

– Kuih ketayap

– Buah tembikai susu

– Bubur kacang hijau

– Teh tarik

– Air mineral

Dapat nikmati makanan Malaysia di Jordan adalah satu nikmat yang sukar dilupakan. Mana larat makan hummus, falafil, kebab, qataif atau mansef hari-hari.

Di majlis itu juga diadakan penyampaian hadiah dari seluruh Duta yang hadir kepada Duta Filipina yang bakal berpindah.

Duta Besar Indonesia selepas majlis terus keluar dan menyebut “Saya dah banyak kali datang. Gambar saya dah ada ke?” (Maksudnya frame gambar beliau telah dipamerkan di galeri kafe ke?) Bila wakil GISB mengatakan, “Dah ada. Dah lama kita letak.” Beliau terus mencari dan Duta Malaysia sendiri yang tunjukkan padanya “Ni dah ada gambarnya!”… Duta indonesia seronok, ambil gambar dan tunjuk pada yang hadir dengan ceria. Dia juga bergambar dengan fotonya menggunakan handphonenya. Ikatan serumpun semakin erat di Kafe Ikhwan.

Pihak GISBH, juga memberi hadiah cenderahati berupa produk kuih raya kepada Duta Filipina lalu beliau mengucapkan ‘Terima kasih’ dalam bahasa Melayu. Kelihatan beliau sangat teruja. Ketika bergambar dikeluarkan produk kuih raya dari goodies beg. Katanya biar orang tahu apa hadiahnya.

Bahkan selepas itu mengucapkan tahniah kepada Duta Malaysia dengan mengatakan “congratulations because you have Malaysian Restaurant”.

Dutuk Jilid jawab, Ini restoran mereka dan rakyat Asean sangat seronok dengan kewujudan Restoran Malaysia ini. Saya dah sebut kepada mereka, jangan hanya tumpu kepada pelanggan dari Asean tapi target pelanggan tempatan.”

Sekarang mereka dah ‘establish’, orang tempatan bahkan orang luar yang datang melancong dan yang pernah ke Malaysia akan datang makan di sini dan mengenali Malaysia negara yang terkenal dengan syurga makanan”. Kata Datuk Jilid kepada Duta Filipina. Beliau sangat mempromosi NMA kepada Duta Filipina.

TYT Duta Malaysia ketika berbual-bual tak rasmi selepas selesai semua Duta bersurai sambil menunggu Mi kuning GISBH untuk dibawa pulang, mencadangkan diadakan bazar ASEAN di depan NMA, malah beliau akan mempromosi kepada lain-lain kedutaan seperti Bangladesh dan Sri Langka. Ini berikutan sambutan hangat Bazar Ramadhan yang Kedutaan anjurkan di perkarangan kedutaan baru-baru ini.

Tengok! Hanya dengan makan-makan dan saling memberi hadiah boleh jadi alat untuk capai perpaduan. Walaupun berlainan agama, bangsa dan negara.

Elok juga semua parti politik di Malaysia yang masih belum reda bahang pasca PRU14 pakat-pakat berbuka puasa di rangkaian restoran GISBH. Yang dah pecah-pecah hati itu nanti ditautkan kembali.

Nik Abduh, Nik Omar dan Ibu tercinta, Tuan Sabariah boleh berbuka di Manna wa Salwa atau di Manisnya Madu di KB.

DS Jamal Yunos, DS Azmin Ali dan Azwan Ali boleh berbuka di GHC GISBH Bandar Country Homes Rawang atau di Restoran Ikhwan Bukit Bintang. Atau lajak sikit ke Ikhwan Chicken Roast Putrajaya

Abang Mat boleh berbuka di Love and Care Sydney kalau-kalau musafir ziarah Sirul Azhar di sana. Tak salah juga kalau nak singgah makan di Mehrimah Restaurant, Singapore.

DS Shahidan, DS Azlan Man dan Datuk Ismail boleh makan di restoran Ikhwan Fried Chicken Satun, bukan jauh mana pun dari Kangar. Moga kasih sayang kembali berbunga.

Itu semua sekadar cadangan sahaja. Yang penting kena usahakan perpaduan. Bukan beri pendapat semakin menimbulkan perpecahan dalam masyarakat. Semua orang kena bertaubat dan kembali kepada Allah Taala. Perpecahan adalah kemurkaan Allah. Perpecahan hanya akan menyulitkan perhubungan sesama insan sedangkan kehidupan memerlukan kita sentiasa berhubungan.

Villa GISBH Amman.

3.19pm, Mei 26, 2018

IKHWAN CHICKEN ROAST

91, Jalan Diplomatik, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia

Dr Siti

+60 11-3743 5283

https://g.co/kgs/kj8e36

GHC GENERASI HARAPAN CORNER, BCH

GH (Generasi Harapan) Corner, Bandar Country Homes, Rawang

https://foursquare.com/v/5441bb10498ef831a6278b58

RESTORAN IKHWAN BUKIT BINTANG

64, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

+60 3-2143 8313

https://goo.gl/maps/dordNmHLAFB2

RESTORAN IKHWAN KOTA BHARU (MANNA WA SALWA)

Lot pt 2222 , Mukim Padang Bongor , Daerah Panji, Kota Bharu 15400 Kelantan

013-9846313

RESTORAN IKHWAN MANISNYA MADU

647D, Jalan Pengkalan Chepa, Kampung Kok Pasir, 15400 Kota Bharu, Kelantan

01111760313

https://goo.gl/maps/1JvEuJuC1TM2

IFC IKHWAN FRIED CHICKEN SATUN

83/3 Saridphoominart Alley, Tambon Phiman, Amphoe Mueang Satun, Chang Wat Satun 91000, Thailand

+66 97 361 3313

https://goo.gl/maps/251sHpcwNTB2

MIHRIMAH RESTAURANT SINGAPORE

744 North Bridge Road

https://maps.google.com/?q=1.303090,103.859276

Kamalia

+65 8524 5520

CAFE NUR MUHAMMAD SYDNEY

Nur Muhammad Cafe

shop 2/1/27 Murray St, Pyrmont NSW 2009, Australia

+61 498 333 808

https://goo.gl/maps/b95FfZVqckp

Hanisah

+61 412 965 708

Syurabil Ismail

: +610498333808

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *