GISB Komited Jana Pendapatan Melalui Jualan Biskut Raya

Kongsikan kepada yang lain
Share

Para tenaga kerja Bakeri Ikhwan yang tekun menghasilkan biskut raya yang berkualiti..

LABUAN 6 Jun (Udabayas)- Global Ikhwan Sendirian Berhad (GISB) melalui Bakeri Ikhwan cawangan Labuan komited menjana pendapatan yang lebih pada tahun ini melalui penjualan produk biskut raya khususnya menjelang sambutan aidilfitri yang menjelang tiba.

Siapa sangka melalui penjualan kuih raya, Bakeri Ikhwan mampu meraih jualan sebanyak suku juta ringgit hasil jualan produk biskut rayanya pada tahun lepas hasil kerja keras secara berpasukan oleh para pekerjanya yang terlatih dan mahir mengeluarkan produk biskut raya yang berkualiti dan enak.

Menurut Pengurus Operasi Bahagian Pengeluaran Biskut Raya GISB Labuan, Athirah Zakaf 29, pada tahun ini Bakeri Ikhwan telah membawa para pekerja yang terlatih dari seluruh negara bahkan seorang pekerja dari negara Australia ke Restoren dan Bakeri Ikhwan yang terletak di Bangunan Ujana Kewangan, Labuan bagi membantu penghasilan produk biskut raya untuk dipasarkan bukan sahaja di Labuan bahkan ke negeri Sabah dan juga negara Brunei Darul Salam.

Kata Athirah lagi, pihaknya masih mengekalkan pengeluaran biskut raya tradisi turun temurun seperti biskut Tart Nenas, Makmur, Semperit, kuih Bangkit dan lain-lain lagi yang masih menjadi pilihan para pembeli disamping membuat beberapa pembaharuan terhadap beberapa jenis biskut tradisi mengikut permintaan pelanggan dengan memasukkan bahan seperti ‘Cheese’, coklat dan lain-lain lagi bahan.

Menceritakan mengenai sejarah pembabitan syarikat tersebut dalam penghasilan biskut raya, mereka bermula dengan mengeluarkan 12 hingga 15 jenis biskut pada tahun 2004 dengan hanya bermodalkan RM 15 ribu yang mencatatkan jualan sebanyak RM 30 ribu ketika itu, ujar Fazuin Zakaf 36 tahun, yang merupakan Pengurus Jualan Biskut Raya GISB Labuan.

Kini GISB perlu berbangga kerana telah berjaya menghasilkan sebanyak 56 jenis biskut raya yang dihasilkan untuk pasaran musim lebaran tahun ini yang mana produk mereka mendapat sambutan hangat dari masyarakat dari dalam dan luar Labuan, kata Fazuin.

Ketika ditanya mengenai rahsia produk biskut raya, syarikat nya menggunakan ‘pure butter’ bagi menjamin kesedapan dan ketulenan rasa bagi setiap jenis biskut raya yang dihasilkan yang mana para pengguna boleh mendapatkan produk mereka bermula dari harga RM 26 hingga RM 35 mengikut saiz bekas dan bahan yang digunakan, ujar kedua-duanya.

“Para pembeli juga diberikan peluang untuk merasai dahulu produk biskut raya yang dipamerkan sebelum mereka membuat pilihan untuk membeli agar mereka benar-benar berpuashati dengan kualiti dan keenakan produk biskut raya yang di beli dari Ikhwan Bakeri”, tambah Fazuin.

Antara jenis yang kerapkali mendapat jualan tinggi adalah jenis Dahlia Susu (Semperit), Makmur Sabah, Tart Nenas, Almond London, Snow Almond dan Marble Almond disamping mereka juga turut menjual kek Lapis Sarawak.

Disamping itu juga produk biskut raya mereka juga turut ditempah oleh jabatan-jabatan kerajaan dan swasta untuk tujuan Rumah Terbuka Aidilfitri dan majlis-majlis keraian selepas sambutan lebaran setiap tahun.

Apa yang penting usaha ini menjadi kebanggaan kepada GISB yang merupakan syarikat bumiputera islam disamping menjadi pembakar semangat kepada usahawan-usahawan bumiputera yang lain khususnya di Labuan dalam menceburi bidang perniagaan dengan penuh usaha dan iltizam.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *