CELIKKANLAH ROHKU

Kongsikan kepada yang lain
Share

Ya Allah! Engkau celikkanlah rohku.

Agar jasad lahirku patuh kepada-Mu.

Hidupkanlah jiwaku agar jawarihku taat dan setia kepada-Mu.

Tuhan!

Hidupkanlah rohku dengan mengingati-Mu.

Tuhan!

Hidupkanlah jiwaku dengan rasa bertuhan.

Bangunkanlah jiwaku dengan rasa kehambaan.

Agar fitrahku dapat dikembalikan kepada asal kejadian.

Fitrah semulajadi sebelum dirosakkan dia telah kenal Tuhan.

Dia telah berjanji kepatuhan dan ketaatan.

Tuhan!

Janganlah Engkau biarkan rohku di dalam kebutaan.

Nanti kelak dia tidak akan kenal lagi kebenaran.

Janganlah Engkau tinggalkan jiwaku buta.

Hingga dia tidak kenal lagi Tuhan dan kebenaran.

Tuhan!

Peliharalah fitrahku.

Janganlah sampai ada yang merosakkannya.

Jagalah fitrahku agar ia tetap dengan sifat asalnya.

Tuhan!

Rosak fitrahku maka rosaklah jawarihku.

Rosak fitrahku, rosak pulalah syariatku.

Yang paling aku takut, jangan sampai rosak perhubunganku dengan Tuhan.

Kalau berlaku, punahlah kehidupanku Dunia dan Akhirat.

Sia-sialah umur dan kehidupanku.

Malanglah aku dan binasalah aku.

Oleh itu sekali lagi harapanku kepada-Mu.

Jagalah fitrah semulajadiku.

Aku tidak mampu menjaganya kerana banyak ujian.

Engkau sajalah yang mampu menjaganya.

Menjelang tidur

08 – 11 – 1999

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *