At Toharah

Kongsikan kepada yang lain
Share

At Toharah atau kebersihan adalah asas ibadah.

Kalau ibadah di tempat tidak bersih tapi tidak najis hukumnya makruh.

Kalau tempat najis, tidak sah.

Rumah orang bertaqwa laksana masjid atau rumah Allah.

Lahir batinnya hendaklah bersih.

Supaya roh suci datang ziarah.

Kalau rumah tidak bersih malaikat tidak ziarah.

Padahal malaikat-malaikat membawa berkat dan rahmat dari Allah.

Pengotor tidak disukai Allah sekalipun tuan rumah ahli ibadah.

Bersih menyenangkan jiwa, akal cerah.

Kalau tidak fikiran berserabut, jiwa tegang, mudah pemarah.

Bersih banyak peringkat kenalah buat.

Yang tertinggi bersih daripada najis sama ada aini mahupun hukmi.

Yang aini nampak oleh mata.

Yang hukmi hanya bersifat maknawi.

Peringkat kedua bersih daripada yang menjijikkan sekalipun tidak najis.

Dia mematikan selera atau meloyakan perasaan manusia.

Kenalah juga jaga seperti hingus atau tahi mata.

Yang ketiga bersih daripada yang mencomotkan sekalipun bukan najis.

Kerana ia tidak sedap dipandang oleh mata kepala.

Seperti tanah yang terpalit, tepung dan sampah yang berselerak di rumah.

Bahkan di dalam Islam meminta lebih dari itu.

Barang-barang di rumah tersusun, perabut-perabut di rumah teratur kalau ada perabut.

Kerana ia menyedapkan mata memandang.

Sunat hukumnya.

Pakaian mesti kemas, bersih, elok bercantik-cantik.

Tuhan itu cantik secara Tuhan Yang tidak dapat dibayangkan.

Maka Tuhan suka hamba-hamba yang bercantik-cantik.

Yang dimurka kalau megah dan riyak.

Kalau pandangan tidak sedap dilihat oleh mata di rumah makruh hukumnya.

Kerana dia membantu juga fikiran berserabut.

Jiwa tidak tenang.

Kemuncak kebersihan adalah kebersihan jiwa dan fikiran.

Terutama daripada syirik yang mengekalkan seseorang di dalam neraka.

Selain itu sombong, tamak, bakhil, cintakan dunia dan lain-lainnya.

Kerana kekotoran jiwa membawa perpecahan dan huru hara.

Yang akan menyusahkan kehidupan manusia.

Yang akan hilang keharmonian dan kebahagiaan bersama.

Orang yang pengotor fikirannya selalunya tidak teratur.

Menggambarkan fikirannya yang kusut berserabut.

Bahkan malaikat tidak menziarahi rumahnya.

Rahmat dan berkat masuk ke rumahnya bersama malaikat.

Kalau tidak, selalu sahaja berlaku krisis keluarga dan rumah tangga.

Yang selalu ziarah ke rumah adalah jin, syaitan dan roh-roh yang kotor.

Sekalipun tuan rumahnya sembahyang.

Tapi tidak membawa ketenangan.

Kerana malaikat tidak datang.

Rumah itu orang rasakan bagaikan kubur.

Tolong ambil peringatan nasihat sajak ini.

Rumah orang Islam tidak sepatutnya kotor atau berserabut.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *