Rai anak yatim di rumah terbuka

Kongsikan kepada yang lain
Share

WARTAWAN SINAR HARIAN

24 JUN 2018

Hasnan bersama isterinya bergambar bersama sebahagian anak yatim yang hadir pada majlis rumah terbuka mereka semalam.

JITRA – GISB Holding Sdn Bhd mengadakan majlis rumah terbuka untuk meraikan  anak yatim dan masyarakat setempat di Villa GISB Wilayah Utara, di sini, semalam.

Ahli Lembaga Penasihat GISB, Hasnan Abdul Hamid berkata, sebanyak empat buah rumah anak yatim dijemput bagi memeriahkan sambutan hari lebaran ini.

Katanya, antara rumah anak yatim terlibat adalah Pusat Jagaan Baitul Mahabah Al-Hashimi, Pusat Jagaan Insan Kesayangan, Pusat Jagaan Islam Hidup Matiku, dan Pusat Jagaan Permata Indah.

“Selain itu, kita juga menjemput pelajar dari Maahad Tahfiz Permata Hati serta ahli -ahli dari Persatuan Cina Muslim Kedah untuk memeriahkan sambutan pada hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, tujuan mengadakan majlis ini adalah untuk bersama-sama meraikan sambutan hari raya selain  berkongsi kesyukuran dengan masyarakat setempat.

“Kami turut menjemput pelanggan-pelanggan yang sentiasa menyokong kami selama ini, kerana tanpa sokongan mereka mana mungkin kami mampu berdiri di sini,” katanya.

Hasnan berkata, GISB adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan makanan halal seperti roti, kicap  mi, kopi, tauhu dan lain-lain lagi.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *