Kasih Sayang Fitrah pun telah hilang….

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam Syawal.

Semalam En Rahman Sony ada hantar gambar orang sedang kumpul ramai-ramai. Ada Polis dll. Rupanya di belakang kafe Ikhwan di Kajang. Seorang staf kita terdemgar ada objek jatuh dari tingkat atas. Agak kuat bunyinya. Sedih, kasihan, marah bercampur-campur bila diberitahu rupanya yang jatuh itu adalah bayi yang dicampak dari tingkat atas. Kata En Rahman; bayi itu masih bernyawa, terketar-ketar.

Ya Allah! Selamatkanlah Bani Insan….

Seorang bayi lelaki berada dalam keadaan kritikal setelah dipercayai dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di Pusat Hentian Kajang semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, bayi lelaki yang masih bertali pusat dan tidak berpakaian itu ditemui seorang pemilik restoran berhampiran lokasi bayi itu dibuang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Sabri Abdullah berkata menurut saksi berkenaan, perkara itu disedari apabila terdengar dentuman kuat di bahagian belakang restorannya.

“Hasil pemeriksaan saksi mendapati terdapat seorang bayi lelaki yang ditemui di atas jalan di belakang kedai bersebelahan perancah pembinaan,” katanya.

Sejurus itu, saksi telah membawa bayi berkenaan ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke Hospital Kajang.

Mohd Sabri berkata bayi berkenaan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Beliau berkata susulan kejadian itu, pihaknya menahan seorang wanita warga asing pada 11.30 malam pada hari yang sama di perkarangan Hospital Kajang.

“Penahanan wanita itu bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut,” katanya.

Mohd Sabri berkata wanita itu kini direman tujuh hari sehingga Ahad depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi berkenaan.

– Bernama

AM: Ya Allah! Datangkanlah penyelamat dengan segera. Cukupkanlah syarat-syarat para pejuang agamaMu.

Amman Airport

5.02pm, Jun 25, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *