Senjata

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Orang akal susah nak terima nas Al Quran dan Al Hadis bila berbeza dengan logik akalnya. Hiduplah dia ber’tuhan’kan akal tapi ambil juga Al Quran dan Al Hadis, mengikut yang sesuai dengan akalnya dan sudah tentu nafsunya.

Bila kita kata serban jubah itu sunnah Rasul, dia kata itu pakaian Arab. Kalau pakaian Arab, cuba tengok Arab sekarang, ramai sangat yang pakai short atau seluar nampak lutut. Dia jawab Arab dulu, kalau dulu, orang Cina pun ramai berjubah. Baju mereka macam jubah je. Tengok hero-hero Kung Fu tu. Mudah cerita, yang kamu Melayu sangat, kenapa pakai tie? Coat? Kenapa tak pakai samping dan tanjak?

Orang dah dapat kesedaran Islam sejak akhir 60’an, memuncak di tahun 80’an tapi mereka tak dapat lagi kesedaran. Dah dekat 2020, masih jauh ketinggalan.

Orang basuh telur sebelum buat roti telur atau kek, dia kata, kenapa dibasuh? Islam jawab, kulitnya bernajis kerana keluar dari bon*#* ayam. Dia jawab, Kita makan telur ni, isinya, bukan kulitnya. Walhal bila tangan yg basah pegang telur itu, atau pecahan isi telur itu mengalir ke kulitnya, kita pegang automatik bernajis, pegang tepung, tepung bernajis, pegang sudip, sudip bernajis. Akhirnya semua benda bernajis, makanan yang bernajis itulah kita makan dan hidangkan pada orang.

Islam ajar, awal-awal agama mengenal Allah seterusnya semua yang berkaitan dengan rukun iman. Pastu ajar dan praktikkan syariat Allah. Buat semua itu atas dasar cinta Allah, takut Allah, rindu Nabi. Bila pendidikan ikut akal, ajar kenal dunia je, B-o… bo, l-a….la= Bola. Akhirnya kenal bola lebih dari Allah. Siiibuuuuk dengan bola. A… Aa, Yam… yam= Ayam. Siiibuuk fikir makan ayam. Tinggal Fardhu Ain. Dah besar, dewasa, tua masih belum berubah. Akhirnya banyak guna akal. Solat Jumaat pun nak ditukarkan ke hari Sabtu. Perempuan boleh jadi imam sembahyang. Ini semua sekular totok.

Mereka yang ketinggalan dalam memahami agama sendiri, sedangkan masyarakat dah sangat berubah. Oleh kerana rasa malu, mereka berbeza dari majoriti masyarakat, mereka nak paksa masyarakat ikut mereka. Tiba-tiba dapat kuasa, lagi mudah nak di aktakan. Sebelum itu viralkan.

Ibarat Iblis yang sudah terlanjur berbuat 2 dosa, dilayan dan teruskan lalu terlibat dosa yang lebih besar.

1. Dosa pertama ego, sombong, takabbur. Rasa diri lebih mulia dari Adam. Adam dari tanah, dia dari api.

2. Dosa kedua, hasad dengki. Tak boleh terima Allah muliakan Nabi Adam dan meminta semua malaikat tunduk padanya. Iblis tak boleh terima.

Dari 2 dosa ini lahirlah dosa yang lebih besar iaitu ingkar arahan Tuhan untuk sujud. Dah terlanjur salah, bukan nak bertaubat, malu nak terima kebenaran lalu minta Allah panjangkan umur untuk sesatkan umat manusia, anak cucu Adam supaya sama-sama masuk neraka.

Itulah golongan sekular totok ni buat, bila bilangan mereka semakin minoriti, malu mereka berbeza dari umum umat Islam, akhirnya mereka nak paksa semua orang faham macam mereka faham. Nak ajak sama-sama tolak hukum hakam yang masyarakat awam pun dah tau.

Janganlah begitu. Allah ada cara nak hina kita kalau kita masih berdegil dengan Allah dan syariatNya.

Allah boleh datangkan musuh dengan senjata yang sangat canggih untuk menghancurkan kita. Kita yang masih belum yakin doa itu senjata orang mukmin sebab tak logik. Bukan kita usahakan untuk menjadi orang benar-benar mukmin agar doa kita boleh jadi senjata tetapi kita tafsir kot lain. Jangan doa sahaja! Jangan sembahyang hajat sahaja! Kenyataan tu dari satu sudut macam betul. Sedangkan tak tepat! Lebih parah kita kata, dah doa-doa tak dapat pun. Hancur aqidah!

Takut-takut Allah hina kita di tangan musuh-musuh kita. Cuba lihat senjata musuh:

Nur Muhammad Istanbul, Turki

9.38am, Jul 12, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *